Sila teruja pabila melihat tajuk itu. Amboi semangat bagai nak memulakan kembali rutin semasa lepas bercuti 2 minggu padahal dalam hati perasaan bercampuk aduk. Sedih sebab tinggalkan rumah, malas nak pergi kelas, nervous sebab assignment tak siap lagi. Tapi itulah kan, dah namanya tanggungjawab kenalah kita laksanakan ye tak? Kata nak dapatkan masa depan yang gemilang dan terbilang. Hidup ni kenalah bersusah-susah dulu takkan asyik nak seronok je. Ewah pandai pula saya berfalsafah hari ni.
Mood raya masih ada tapi macam dah kurang sikit dah. Sekarang kena cari balik mood nak belajar. And its been an awesome raya walaupun tak meriah macam dulu. Mungkin sebab dah besar, mungkin sebab dah tak dapat duit raya. Dan sepanjang beraya everyone keep comment betapa berbezanya saya dulu dan sekarang. Like this: "Ehh nampak berisi lah sekarang ni, tak macam dulu kurus je." Dan yang paling tak boleh blah "Nampak gemuk lah sekarang ni?" WTH??
Okey no wonder! I'm sooo gonna start dieting tomorrow.
Tapi masalahnye barang yang makanan yang di pack mak aih banyaknya macam nak pergi merantau jauh. Padahal nak balik KL je. Haih. Semua benda kalau boleh ibu suruh bawak balik.Takut bebenar anaknya ni tak makan, padahal sebelum-sebelum ni stok makanan tak termakan sebenarnya. Kalau tak habis nanti saya bagi sedekah dekat jiran depan rumah lah ye. Ihikk.
There is a lot more than this actually
Nasib baik dia tak suruh bawak ikan kering, cili giling, rempah ratus semua. Those I can get at nearby shop. Bukan setakat barang-barang tu je. KFC, McD, Pizza Hut semua pun boleh beli. Tak dapat pergi kedai delivery pun boleyyyy.
Nampak gayanya memang terbanglah azam mau diet-diet nih. Ishh peduli je lah apa kata orang asal diri sendiri bahagia.
Lagi satu assignment yang dibawa pulang haritu langsung tak siap lagi. Semuanya tersekat separuh jalan. Sebenarnya dah berazam nak menyiapkan assignment lepas pulang dari kampung haritu. Sehingga sanggup meninggalkan dunia blog sementara. Ceh, tinggal lah sangat. Padahal dekat twitter, facebook and even tumblr aktif je. Bila dah mula concentrate tetiba je ada orang datang beraya. Masa tengah free takde pulak orang nak beraya. Haihh. Bila baru nak concentrate balik KyuJong pulak tweet aigoo. Banyak pulak alasan hyperbola betul kalau dah dasar pemalas suka nuat kerja last minute tu memang macam tu.
3 comments:
Aku suka lah Gmbr student life tu.. Comel aje.. hahaha.. weh tolonglah!! Aku tak nk pegi KELAS!!!! T___T
haha kau ingat aku nak gi kelas ke? malas ni tau.
hahaha gambar yang kat belakang tu lagi tempting dari makanan. LOL
Post a Comment