Ni cerita raya saya.

Punyalah kan eksaited nya saya nak raya sampai saya tersalah hari ingatkan raya hari Khamis. Haihh. Malunya saya rasa macam nak sorok muka bawah tudung saji. Bawah tudung saji ada ketupat dengan rendang. Sambil menyorok sambil tu kita makan ketupat dengan rendang. Bak kata pepatah sambil menyelam kita minum air ribena kan? Agaknya saya tengok kalendar negara Korea kot tu yang tersasul ingatkan raya hari Khamis. *Eh tapi Korea sambut raya hari apa pun saya tak tau sebenarnya* Dari 1st day puasa lagi kawan-kawan dok bilang raya hari Khamis sampai dekat Facebook pun ada yang kata raya hari Khamis tu yang saya pun dah set dalam minda raya hari Khamis. Mak aihh nasib baik saya perasan lepas dengar pengumuman raya haritu. Aigoo~ kawan-kawan saya ni pun ikut kalendar Korea jugak ke?

Raya kali ni kan boleh dikatakan meriah lah jugak sebab almost semua saudara mara balik beraya di kampung. Rumah nenek memang penuh dengan orang datang beraya pendek kata tak menang tangan nak melayan tetamu! Haha tapi yang tak menang tangan tangan tu bukan saya lah sebab saya ni banyak duduk tengok cerita depan tv atau duduk kat dapur je. Kadang-kadang je keluar ke depan sebab saya tak berapa kenal saudara-mara yang datang tu. Kalau yang dekat-dekat tu kenal lah yang jauh-jauh tu memang tak kenal lah. Tapi dalam kemeriahan raya tu boleh pulak saya terlupa nak ambil gambar. Haihh al-maklumlah time-time raya lah pulak hormon saya tak stabil *cough cough* dengan cuaca kejap panas kejap hujan agak tensi lah saya tapi takpe masalah tu saya dapat atasi. Hoho!

Juadah raya jangan cakap lah. Ketupat, lemang, rendang semua ada. Pendek kata masa puasa perut kempis bila raya perut boroi. Nak-nak pulak bila makan banyak baking powder. Memang makin di pam-pam lah jawabnya. Baking powder kan banyak dalam biskut raya, Selalunya baking powder guna untuk apa? Lu pikirlah sendiri!

Tapi yang paling kelakar ada orang cakap muka saya macam muka orang dah ada boyfriend. :P Ni memang statement tak boleh blah yang buat saya gelak terguling-guling.

Gambar di ambil dari tumblr kawan. =) 

Nak je saya mengaku dia ni boyfriend saya tapi kan saya ni masih lagi berpijak di bumi yang nyata lagi tau. Eh eh saya nak cerita pasal raya kenapa lah saya melalut masuk cerita Kyu Jong ni mungkin sebab over eksaited dia dah buat twitter kut. 

Lagi satu, ada jugak orang ingat saya ni baru tingkatan 5. Cehcehceh sweet 17 ai rupanya. =P Ni macam ada can boleh dapat duit raya lebih je tahun ni. Tetiba saya rasa macam baru buat plastic surgery je. Haihh celah mana yang diorang nampak lainnya muka saya ni yek? 

Sebut pasal duit raya, saya tak sangka saya masih lagi dapat duit raya. :D

"Belajar lagi, kena bagi duit raya"-Sedara cakap.

"Kalau macam tu kita nak belajar je lah tak nak kerja"-ini kazen yang cakap.

HAHAHAHA! Saya pun nak belajar je lah! :P

Raya kali ni kan, saya dengan ibu langsung tak buat kuih raya semua pakat beli je sebab bila buat pun takde siapa nak makan. Tapi bila pergi dekat rumah orang habis pulak kuih raya dia saya bantai. Ada satu rumah ni yang saya pergi dia ada letak biskut coklat yang gila sedap. Dah lah favorite saya tuu. Hampir habis jugak saya makan. Tuan rumah kalau nampak ni mesti Istighfar je dalam hati tengok tetamu dia pelahap gila memang cancel kalau nak dibuat calon menantu.

Cuti raya ni pulak walaupun lama tapi berlambak-lambak lah pulak assignment tak siap-siap lagi. Dah tuan badan busy pergi beraya. Bila on lappy je dah terbukak blog, twitter, tumblr dengan fb lagi lah assignment tu cuma dijeling-jeling manja je. Saya nak azam ni esok nak start buat walaupun esok parent dah plan nak pergi beraya lagi. *pengsan* Tapi kan saya buat rekod jugak tau bila saya tak on lappy seminggu masa dekat kampung padahal broadband bawak je balik. Tu sebab saya boleh tertinggal lah pulak adapter untuk lappy. Ceit! 


Ni je lah gambar raya yang saya ada. Sedihnya tak ambil gambar ceit ceit! Si adik pun tau main handset je bukan reti nak ambik gambar ke apa ke. Ceit ceit! Ni saya dengan kazen-kazen saya. Gambar ni pun curik dari fb dia ni ha.

Apa-apa pun SELAMAT HARI RAYA! Raya kan sebulan, yuk beraya jom. 

p/s: Duit raya kali ni nak simpan nak beli iPhone. :P

3 comments:

Asfz said...

wow..banyak ek duit raya dye sampai nak beli iphone.. asfz nak juga tp duit raya ciput jek .T__T.
pe2 pon Selamat Hari Raya :)

edisi raya asfz (part 2 - eh, dah raya lah!!makan rendang rusa

Iji said...

hehehhe nak beli iphone gak sbb tgk heenim guna iphone.. *alasan yang xleh terima dek akal*

hehehe dapat duit raya lagi.. sya x pun.. padahal blajar je lagi.. padahal orang ckp saya bdak sekolah jgak *ikut size ketinggian* hehehe..

tapi tak pa, raya tetap raya.. kekek.. jom gi rumah kyu jong jom.. hahah eh tak pun umah shahir.. dekat skit.. kekkee

Nadia said...

wahhh gambar tu..hihihi

wahhhh iphone!

errr..apakah perkaitan antara kedua-duanya?

LOL =D