Jari dicucuk hati yang terluka pula

Saya perasan ramai bebenor orang suka emo-emo ni. Haih. Terkadang ada jugak lah saya emo jugak. Kadang-kadang je lah. Tapi saya pelik dengan mereka-mereka yang suka ber-emo 24 jam ni. Tak penat ke wei? Tak takut cepat dapat kedut kat hujung mata ke? Haih.

Kekadang tu saya rasa ada banyak sangat sebab yang tak munasabah bila tengok orang-orang dok emo ni. Reason paling kelakar sekali bila mereka-mereka ni emo sebab kena delete dalam friend list Twitter/Facebook. -_-ll  Kalau dah orang tak nak kawan tu, biarkan je lah ye tak? Yang kau nak emo tak tentu pasal kenapa. Haa...tapi ada pulak perangai pelik kawan aku sorang ni, kalau dia emo mula lah dia nak delete kengkawan dia kat facebook. Haihh..mana nye penyakit emo tu tak berjangkit. Sengaja cari pasal betul.

Bila dah emo kan mula lah segala status dekat Facebook, Twitter entri dekat blog pun nak emo. Haha. Saya apa lagi, duduk depan laptop,sambil makan, sambil menahan gelak. Best apa tengok orang ber-emo kat social web. Upload status tak hengat dunia sambil mencarut entah apa kejadahnya. Lagi-lagi bila memaki sesama sendiri. Fuhh kalah sinetron Indonesia.

Lagi satu, penat betul la nak melayan kerenah orang yang tengah emo ni.  Orang yang emo tak penat,  yang kita ni pulak penat nak melayan dia. Bercakap taknak, pandang orang pun tak mau. Serba salah jadinya, yelah mana tau kan sebenarnya dia emo dengan kita kan sape tau? Dah lah saya ni termasuk dalam kategori suka cari pasal. Tapi memang silaplah kalau orang yang emo ni, ingat saya nak layan ke emo-emo korang tu? Kalau memang korang emo sebab salah saya takpe, tapi ni bila sebab yang saya rasa tak munasabah tolong lah gi emo jauh-jauh ye. -_-ll

Untuk orang-orang yang emo tu kan, tolong lah jangan cari pasal dengan saya ye. Saya memang jenis tak ambil pusing sangat dengan hal yang remeh-temeh. Mungkin nampak je lah saya macam tak suka marah-marah, tapi janganlah pulak nak provoke saya ye. I have my limits too. Dan mungkin bila saya dah start marah, I can be someone yang di luar jangkaan >.<

Eh sebenarnya saya nak cakap saya dah berjaya lepas buat Praktikal Phlebotomi ni. Banyak kali buat asyik failed hari tu, sampai dua tiga hari jugak lah aura emo saya keluar. Teehee. Hari ni pulak kena buat praktikal blood typing yang sangat lah kacang bagi saya yang selalu pergi program klinikal. *ceh perasan* Sebab tadi kawan nak spesimen darah "O" maka dengan rela hatinya saya bagi lah jugak sample sebab tak ramai yang nak volunteer sebab trauma dengan jarum lancet yang tajam tu. Cucuk sikit dekat jari je. nasib baik tak sakit sangat. Fuhh.. Tapi lepas tu my friend SMS kata


POSTPONEMENT of Kim Hyung Jun Private Fan Meeting in Malaysia 


WHATTTT???? Punyalah tak sabar nak tunggu dia datang, punyalah excited. Lagi TIGA HARI je! sampai tiap-tipa hari dok plan nak bagi apa kat dia. Baju raya atau kuih raya? Ke nak mintak duit raya dengan dia. Wae GDE wae? Hancur luluh terluka hati ini tau tak.

Nasib baik lah cuma postpone je. Kalau cancel lagi haru.

Nampaknya bulan Oktober nanti lah baru Fanmeeting tu berjalan. Eh? Oktoberkan birthday saya. *wink*

Baiklah untuk mengubati jari yang terluka dan hati yang merasai kepedihan luka ini mari kita masuk tidur. Sekarang dah pukul 1 lebih. Dah beberapa hari ni asyik tidur lambat je. Saya ni kena tidur 6 jam baru boleh berjaga esoknya. Kalau tak sama ada saya tidur dalam kelas atau saya emo. HAHAHAHA!


3 comments:

WZulhilmi said...

aku pn bukan jenis emo orangnya.. hahaha... org yg suka emo2 ni sukakan perhatian tu yang suka update mcm2 tu.. - -"

Btw ada ke postponed lama bebeno.. dr nk 3 hari terus pegi oktober!! Ak risau je sbb selalunya klu postponed2 ni akan cancel.. hahahaha.. karang meraung ko kang..

♥PrinCeSs KellY Eun♥ said...

no..no..no...encik wzulhilmi,,,takkanlah cancel,,mesti jadi pnya,,saja je tuh d postponed,,nak wat kezutan d bulan oktober tuk cik fay kite neh ha....hehe...

Cik fay...jom pergi..kite bawa kuih raya bagi dya....weeeheee~~~

Fay Nana (Cik Fana) said...

wzulhimi: mana de cancel. 9 OKTOBER dia dtg okeyyy! XD

kelly: jom2 pergi!haha! XD