Bukan salah penimbang kalau berat badan kau naik. Eh? Mungkin timbang tu ada ralat kot?

Okey minggu ni dah masuk minggu stress sebab minggu depan nak mid-term. Dua minggu lagi pulak nak raya. Sttress nak matching kan baju raya dengan kasut raya. Raya nanti nak pakai pashmina ke, shawl ke, ke nak pakai tudung bawal je? Okey itu yang tu tak lah stress mana dibandingkan stress nak exam. Orang kata kalau stress boleh hilang berat badan tapi. Mungkin ye kot sebab badan aku rasa ringan sekarang. *Ceh perasan*

Oh haritu aku ada terjumpa seseorang ni yang mengadu berat badan dia naik. Dia siap kata tak makan nasi lagi sebab nak diet. Perghh memang gigih betul. Tapi memang pelik betul kenapa berat dia naik. Mungkin ralat kot. Alahai rilek lah bro.

"Saya tak makan nasi, tapi saya selalu pergi McD"

Dan serentak itu aku rasa nak tepuk dahi. Nasib baik aku tak pegang lancet masa tu. Kalau tak boleh tercucuk jari sendiri gamaknya. Alahai, aku bukannya arif sangat pasal diet pun. Tapi kot ye pun kau nak berdiet McD itu lah yang kena kurangkan. (Oh actually masa tu aku ada program klinikal) Sekarang ni nak salahkan timbang, nasi atau McD?

nah aku bagi McD untuk tatapan. Epp....sekarangkan puasa jangan tengok lama-lama!

P/s: Bulan-bulan puasa ni orang kata bulan untuk menguruskan badan? Betul ke tidak susah betul nak percaya. Sebab bila buka puasa je melantak macam orang yang dilanda kebuluran nak kurus apa bendanya. Itu belum lagi masuk makan lepas solat terawih. (-_-ll). Bearapa sangat lah kalori yang terbakar siang hari tu kalau nak dibandingkan dengan consumption kalori balik waktu berbuka tu. Okey baiklah ni untuk peringatan diri sendiri sebenarnya. Tskk....(-___-ll)



4 comments:

WZulhilmi said...

bagi aku bulan puasa adalah bulan menambahkan kan berat badan.. seperti yang sedia maklum dekat entry aku pasal berbuka.. aku beli TIGA DESSERT TU!!! - -"

Lizzie Yasmin said...

mcd mmg penambah berat bdn.. couzin aku mkn bigmax hari2 selama 2 week, boleh naik 3 kg.. mmg musuh ketat tue...

Ryna Tri Asmara said...

hehehe. org selalu ssh mau kurus time puasa. sbb dorang puasa satu hari tapi waktu berbuka, mkn utk 3 hari. ekekekeke~

Ann said...

saya tak makan nasi tetapi selalu pergi McD .. LOL ..