Tadi bukak-bukak formspring ternampak soalan ni. Letak gambar Jung Min dalam kotak? Kotak mana? Sebab dalam blog ni ada 4 tempat gambar si Jung Min ni. Satu dekat header, 2 dekat sidebar, satu lagi dekat dalam post lah. :P Kalau ikut saya yang sengal ni, jawapan senang je. Pergi cari gambar Jung Min, print lepastu simpan dalam mana-mana kotak senang kan? Rupa-rupanya dia nak tau macam mana nak buat gambar Jung Min jadi macam sidebar dekat sebelah ni. Haih.
Siapa Jung Min? Tak tau pergi google sendiri. Jangan malas-malas.
Mari sini saya aja macam mana nak buat gambar Jung Min seperti dalam sidebar sebelah ni. Tutorial ini memerlukan penggunaan Photoshop serta khas untuk newbie. Ok mana yang dah terer Photoshop tu mesti gelak-gelak tengok tutorial ni. Dah-dah kalau dah tau boleh skip post ni, pergilah tengok older post ke, kalau tak pun pergi klik nuff saya lagi bagus kan? Haha! Kalau dah klik shout lah dalam shoutbox tu nanti saya pergi klik balik. :)
Mari kita mulakan.
1. File-->Open. Pilih image yang dikehendaki. Macam saya, saya pilih gambar Jung Min sedang mencium lolipop. Kenapa? Sebab nama blog ni kan Lollypop so kena lah ada tema lolipop. Asalnya nak guna gambar Jaejoong sebab dia maskot asal blog ni sebenarnya tapi terjumpa gambar Jung Min dengan lolipop pulak. Nampak sangat saya dengan Jung Min ni ada ikatan kimia yang kuat. SARANGHAE JUNG MIN (tiba-tiba). Korang boleh pilih gambar yang korang suka ye.
2. Kemudian buat trace sekeliling image. Mungkin korang ada cara yang lebih senang kot. Saya guna lasso tool je. Agak susah sikit terutama bagi yang mula-mula nak belajar. Usaha itu tangga kejayaan ye.
Lepas dah trace image nanti akan nampak garisan putus-putus tu. Kemudian clik 'Ctrl+C'
3. Pilih background. Cara sama klik Open-->;File. Korang boleh pilih background mana yang korang suka ikut kreativiti. Saya jumpa background ni dalam folder lappy. Entah bila boleh ada tak taulah. Maybe dapat dari kawan. Kalau nak cari background boleh try kat Backgrounddiva , Backgroundlabs atau mana-mana website lain.
4. Tengok. Saiz dia macam tak berapa sesuai kan. So kena resize image biar sesuai dengan sidebar. Saya punya sidebar saiznya 220 width x 60 height. Korang boleh resize ikut saiz sidebar korang. Bila dah resize akan jadi macam ni. Rasanya korang kena resize banyak kali baru jadi. Try and error. :)
5. Tekan 'Ctrl+V' ntuk paste kan image kita tadi dekat background tu. Dan dia akan jadi macam ni.
6. Nampak pelik kan? Kita kena resize balik image tu tadi bagi cantik. Caranya klik pada Edit-->;Free Transform. Resize ikut kreativiti korang. Korang mesti lagi terer kan. Haha!Hasilnya....
Dah jadi dah!
7. Klik Save Image For Web. Boleh pilih ntuk save dalam JPEG, GIF, PNG tapi saya pilih JPEG.Korang boleh pilih untuk save ikut format yang bersesuaian.
8. Akhir sekali upload kan pada Photobucket, Picasa atau mana-mana photouploader sebab yang kita perlukan adalah URL image berkenaan. URL image tu nanti akan digunakan unuk step yang seterusnya.
Ini step macam mana nak dapatkan image bagi sidebar kat sebelah ni. Dan rasanya korang boleh buat yang lebih baik lagi. Kalau kreatif boleh guna gambar sendiri. :P Saya pun bukannya terer sangat photoshop ni. Ini cuma basic je yang saya guna.
Mana-mana reader blog ni yang lama mesti perasan kan yang saya dah totally transform blog ni. Dari header sampai ke sidebar semua. Haritu masa masih pakai template lama ada yang kata blog saya macam blog Hanis Zalikha. O_O" Haihh terkejut dibuatnya. Tang mana yang sama tu tak taulah. Maka terpaksalah tukar edit balik template blog. Sebenarnya ni template lama cuma coding nye dah ubah. HAHAHA!
Macam mana nak hias? Senang je. Saya pun tak arif sangat pasal coding-coding html ni semua. Ni semua berkat dari tutorial-tutorial yang bloggers lain buat. Mereka ni memang baik hati. So a special thanks untuk diorang. Ilmu ni kita kena share-share kan. Tak boleh nak kedekut. Tak elok. Mereka ni lah antara yang tak kedekut ilmu. Saya banyak refer pada diorang ni.
Selamat mencuba! (^_^)v (rasa cool je letak sign macam ni)
p/s: Wzulhilmi, aku dah ajar dah. Ok tak ajaran aku? Hahaha! Selamat try ye. Aku nak tunjuk coding-coding semua payah so aku bagi bagi link je. Nanti kau godeh sendiri boleh??
Tapi kenapa motif entri ni macam nak spazz pasal si Jung Min je?
- Ika Honey Bunny - Yang ni dia ada ajar macam mana nak buat background picture behind sidebar title tu.
- Belog Cap Ayam - Ada banyak tutorial nak edit blog. Boleh pergi try tengok.
- Huda Luna - Ada jugak tutorial yang best. Nak pisahkan widget dekat sidebar semua. Buat border dekat sidebar, post semua. Boleh try jugak.
Selamat mencuba! (^_^)v (rasa cool je letak sign macam ni)
p/s: Wzulhilmi, aku dah ajar dah. Ok tak ajaran aku? Hahaha! Selamat try ye. Aku nak tunjuk coding-coding semua payah so aku bagi bagi link je. Nanti kau godeh sendiri boleh??
Tapi kenapa motif entri ni macam nak spazz pasal si Jung Min je?
21 comments:
Hehehe. Semangat dia belajar.. kalau izzi ckap cuba tanya pak cik google sah dia akan bantu.. hehhe
Punya pemalas.. izi ada gak blog tutorial ni.. tapi x terupdate pun.. kekeke
itu pun sebab ade org dah asyik shout je nak tau macam mana nak edit. haha. hihh kalau die nampak ni habislah.
*sorry sorry sorry*
alah izzie bukannya terer sangat pun, tau sikit2 je. haha cuti ni bosan kat rumah baik buat mende alah ni kan? kan? kan?
eh2.. nak bagi tau.. bukan aku yg tanya mcm nk hisa tu kat dlm formspring. klu aku tanya mesti bagi nama. aku baru just tanya tadi.. T T
btw thanks sbb ajar.. nanti bertambah ilmu ko balik. Btw aku sebenarnya tak tau part nak letak header tu je kat sidebar. rupa2nya kena upload kat photobucket ek. Kenapa ak tak terfikir.. Tapi baguslah tutorial ni bagi yg tak tau photoshoped.. sgt details. aku akan check coding tu balik and try buat dlm masa terdekat nih :) u should proud by urself buat tutorial ni
memandangkan mcm ada org tak suka je aku tanya pasal nak tutorial nie. Ni kali terakhir aku tanya kat org.. lain kali aku just goggle je..
haha now the face is everywhere =P
yeappp.. polish up skill ye dak.. slalu gi YT cari tutorial.. hehehe. semngt belajar nie.. mememme.. time cuti2 ni la kena belajaq.. XDD
kat atas tu mcm terasa je.. kalu apa yang saya ckp, minta maaf la ye.. tapi percayalah kepada kehebatan pak cik google.. dia mmg tahu segala-galanya..
weheee..
sayang.. buat apa kat sini??
meh balik meh.. I masak ramen dgn extra shredded carrot nak?? kekekeke.. :P
thanks utk link2 tutorial.
nak main2 skit ngn blog, hehe
Klu ada kat Google tak delah aku tanya.. Btw "punyalah pemalas" tu ditujukan dekat sapa ek??
wzulhilmi: ok ok takpe. u can do it punye. btw, what happen mcm ade fight je kat sini? OMOO jgn mcm tu ok. :'((
izzie: err jgn gaduh2. Huhu...
kenwooi: yup! haha!
rucci: ok2 nanti die pergi balik punya. :D
tyra: ok2. :D hv fun!
*btw wzulhilmi & izzie: I'm so sorry kalau ade silap ckp ke ape ke kan sbb tak sangka pulak mcm ade fight kat sini. sorry ok. huhu sorry sgt2. dan utk wzulhilmi, kau boleh tanye je...i just kidding ok. haihh....:((
Clarify: It's for me!
Macam ni ceritanya meh nak cerita, kang misunderstood lagi.
Saya tulis atas tu kalau orang suruh saya ajar, saya akan suruh diorang cari pak cik google.. punyalah pemalas itu merefer kepada diri sendiri.. sebab malas gila nak buat tutorial or whatso dalam blog.. x mcm Fay..
seriously x terpikir someone akan misunderstood.. it's not fer ya la bro!
haishh haishh dah2. tak mau gadoh2 yer...:DD
waaahhh~cik fana sudah jd cekgu tutorial...well nti wat la byk2 tutorial lg...kema mahu belajar...keh3~...suke3
Bukan sbb apa.. aku dah jenuh search dekat google, yahoo, youtube.. you named it (for about 2months!!).. Memang aku tak jumpa sebarang tutor mcm mana nak letak gambar title headbar tu kat situ. Rupa2nya just upload dkt photobucket and amil URL. (Duh!! I should hv know that) Bkn sbb aku tak berusaha. I know that i'm not very good in designing the blog that why i'm asking ppl to help me.
Btw i'm very2 sorry sbb menyusahkan semua org because i ask this kind of stupid question. aku tak sangka pulak fay sanggup buat entry special mcm ni. Ingatkan maybe she just drop some links dekat shoutmix for me. (thanks again fay!!). Sorry again to miss kihee if u feel irritated or annoyed with my question.. Zero-Zero ok.. :)
P/s : i'm not a sensitive kind of ppl ok.. Korang boleh je nak buat lawak bodoh+sengal he.. aku tak kisah.. maybe sbb mood aku down buat beberapa hari ni.. So agak terganggu fikiran skejap..Miahahaha..
wzulhilmi. haha actually aku xde entry nak buat miahaha. ish ish. i'm so sorry ok. aigooo~~ aku jd x keruan tau. haihh. :D ok btw kau dah tau mcm mane nak buat kan?? aku pun kebetulan jumpe so x kisah lah kalau aku share2. lgpun ade je yg nak tau selain dr kau. hv fun designing the blog. :DD
thnx cz jwb soalan sy ehe.. ;p
thnx2.. *hyper* sowi lmbt bg respon...
cite...:)
leh x sy nak blaja wt blog ngn awk?hehe
ini mesti ambil seni sebab saya pun study bab ni hehehe ^_^
Havіng reаd thіs I believed it was еxtгemely informatiνe.
I аpprесiate you sрenԁing somе
time аnԁ energy to рut thіs contеnt tοgetheг.
Ι оnce agаin find myѕelf
sрenԁing way toο much time bοth
reaԁіng and pоsting commеntѕ.
But sо what, it was still worthωhile!
Feel free to ѵisit my blog - rocket spanish torrent
Also see my webpage :: rocket spanish language course
Wow, that's what I was looking for, what a information! existing here at this website, thanks admin of this web page.
Here is my web-site: juicer jack lalanne
teruskan jadi blogger yg baik
Post a Comment