I'm UR Man

Pagi semalam selepas sahur saya tidur. Memang sungguh tidak elok selepas sahur tidur. Sepatutnya tunngulah sekejap sampai lepas subuh kan? Jangan risau saya dah pasang alarm yang akan mengeluarkan bunyi "Boonamana" yang sangat kuat sampai jiran sebelah pun akan bangun solat Subuh jugak.

Masa tidur itu saya bermimpi. Saya tak ingat all the details pasal mimpi tu, but for one thing I'm sure Kim Kyu Jong datang dalam mimpi saya. Macam tak percaya. Dia kata dia cintakan saya. Terkedu saya dibuatnya. Saya sangkakan Jung Min atau Jaejoong yang akan datang. Oh Jaejoong dah selalu masuk dalam mimpi saya cuma kebelakangan ni dia dah kurang sikit muncul dalam mimpi saya. Dia merajuk kot? Yelah sampai dekat blog pun mahu cerita pasal Jung Min siapa tak bengang kan? Ekeke.

Ok lah saya ingat mimpi tu cuma sampai situ je, sebab lepas je dia cakap 'Saya Cintakan Awak' (dalam BM ok. tak sangka sanggup sungguh Kyu Jong belajar BM demi saya) saya terjaga sebab adik saya buat bising. Dia kan nak pergi sekolah mesti kelam kabut nak cari pen, buku, pembaris, stokin semua. Saya dah tak sekolah jadi saya peduli apa itu semua. Saya terlelap balik . Selagi alarm saya tak berbunyi lagu "Boonamana" tu mana saya nak bangun. 

And then, Kyu Jong datang balik dalam mimpi saya. Kali ni dia berusaha nak membuktikan betapa dia mencintai saya. Macam kesinambungan dari mimpi tadi. Dan akhirnya saya terima dia. Kamu semua boleh bayangkan macam ala-ala novel Alaf21 tu. Tak pun dalam versi-versi drama Korea yang mana seorang lelaki tu akan berusaha nak mengejar cinta hatinya. Awww~ cukuplah buat saya tersenyum sorang-sorang dari pagi sampai ke malam. :D Walaupun cuma sekejap je teridur, mimpi ni macam lama. Padanlah dalam sinetron Bawang putih bawang merah tu si Bawang Putih punyalah lama bermimpi. :DD

Jadi maafkan saya Jung Min dan Jaejoong. Bukan niat saya untuk curang pada anda berdua. :D

Inilah Kyu Jong cinta hati saya sekarang. :P

Baiklah-baiklah saya tau ramai yang geli-geli bila baca entri ni. Mari kita kaitkan mimpi ini dan Kyu Jong dengan dunia realiti.

Dalam mimpi saya, saya kata Kyu Jong sangat berusaha untuk membuktikan cintanya. Dalam dunia realitinya, sebagai seorang perempuan kan biarlah seorang lelaki itu yang berusaha untuk mendapatkan anda. Bukan bermaksud kita harus tunggu biar lelaki datang nak cari kita. Bukan-bukan. Maksud di sini biarlah dia berusaha menunjukkan keikhlasan dia, kemampuan dia untuk menerima kecacatan kita (itu yang penting). Perempuan tak sama macam lelaki. Perempuan cuma boleh kahwin satu je, tapi lelaki boleh kahwin empat. Jangan sampai kelemahan kita nanti dipersoalkan bila lepas kahwin, dan masa tu mula lah si lelaki nak kahwin lain atau palin dahsyat ceraikan kita. :'(

Sesuatu yang menarik mengenai Kyu Jong adalah dia seorang yang sangat senang untuk bangun pagi. Ini korang boleh tengok dalam rancangan Thanks For Waking Me Up. Alangkah bagusnya kan sebab nanti pagi-pagi boleh lah dia kejutkan saya, "Ayang bangun dah Subuh ni, jom solat. Abang jadi Imam" ahh bukan kah rukun rumah tangga macam tu. (tapi Kyu Jong sila masuk Islam dulu.) In reality pun saya berharap kan seseorang yang macam tu ye. Bukan yang sudah lah mahu bangun pagi pun susah, solat pun mahu asing-asing. Haishh.

Dan banyak lagi yang saya nak cerita ye. Tapi sebab sekarang sudah lewat saya hrus tidur sebab esok ada kelas memandu. Haihh.

Encik Kyu Jong lets meet in our dream. Mana tau lepas ni saya mimpi dia kahwin dengan saya ye tak? :P Haha.


Baru saya perasan semenjak dua menjak ni saya selalu posing macam ni bila ambik gambar.  Kami ada ikatan kimia yang tak terjangka rupanya. Gambar tuan blog nantilah saya tunjuk. :D

9 comments:

Unknown said...

awwww..best gilak mimipi cik fay....jeles tau...sy pun nak jugak tapi mimpi sung min...miahahaa...^_^v

Fay said...

haha! doa-doa sung min masuk mimpi kelly ye! XD

Icha Jahidin said...

waaa sweetnyee mimpi! best gle. nak gak mimpi ngan doojoon mcm tue. haha ^^

Unknown said...

romoantic. hihi.
boleh sedut sikit xmimpi tu? keke

xXrucciXx said...

kekekeke.. xleh blah.. best2..
KyuJong is the sweetest guy in the group, even the other members selalu puji2 dia yg dia ni baik sgt..

mana2 perempuan yg dpt KyuJong as a bf/husband please please please appreciate him as a man and don't cheating on him...

*i think KyuJong ada ciri2 jd suami yg saaaaaaaaaaaaangat baik.. kekekeke

Iji said...

Merajuk dengan Fay~~.. TT

*Menangis senyap2 belakang peti sejuk**

Nas said...

amboih..
leh mimpi2 lak kat orang korea tuh..
eheheheh..nie mesti banyak berangan ingat kt dia nih..ehehe

WZulhilmi said...

biar betik.. siap boleh sambung2 lagi mimpi.. Ko nie kena jumpa pakar terapi ni.. hahaha.. Yang kelakar part dia bangaun subuh nak ajak semayang sesama.. kelakar.. hahaha

Sha Wbunny said...

kitaorg ade ikatan cinta.hehhe