Luahan hati seorang lelaki yang ada girlfriend tak tau masak.


Teman wanita  saya terlalu cantik, hatinya juga cantik
Tapi dia ada satu kelemahan - dia tidak pandai memasak malah lebih teruk dari saya
Tak pandai masak nasi, tak boleh memasak sup 
Itu dan ini tidak boleh.
DIA TAK PANDAI MASAK APA-APA PUN!! T_T
Dia bahkan tidak tahu merebus air untuk masak megi -_-
Dia tak dapat beza antara kicap dengan coke -_-"
Saya sukakan awak, saya cintakan awak tapi jika keadaan seperti ini
Perkahwinan ini hanyalah...T____T

Suatu hari dia menjemput saya ke rumahnya untuk makan malam
Saya sangat teruja!
Saya kelaparan dan menjangka dia akan menghidangkan makan malam yang lazat
Sambil membayangkan kelazatannya, saya makan sesuap
EWW!! terlalu hambar!! Apa yang awak letakkan di dalamnya?
Saya boleh masak lebih baik daripada ini sambil tutup mata!
Bila awak tanya macam mana rasanya
Apa yang harus saya katakan??.
Tapi, saya katakan bahawa masakannya sangat sedap! (tipu sunat)
Dia tersenyum sambil menambahkan lagi makanan ke dalam pinggan ...
TOLONG SELAMATKAN SAYA!! D:

Saya tidak menghubunginya selama beberapa hari
Dan temannya tidak memberitahu saya berita tentang dia
Dia pergi ke kelas Bahasa Inggeris,  Jepun, dan China.
Dia tiada waktu untuk saya!

Tiba-tiba dia menghubungi saya dan mengajak saya untuk makan malam sekali lagi
Saya katakan padanya saya sudah kenyang, tetapi saya pergi juga ke rumah dia dengan harapan
"Adakah ia boleh jadi enak? Adakah orang lain yang masak ini?"
OHH SANGAT SEDAP!!
Saya tidak pernah jumpa rasa yang sebegini
Jadi dia bertanya pada saya tentang rasanya
It's good It's good!! It's tooo goood!
Sambil mentiskan air mata saya katakan padanya
Ini pertama kalinya semenjak saya dilahirkan
Saya merasa hidangan yang SELAZAT ini.

Baru saya sedari
Dia sudah ke kelas memasak




Saya cintakan awak

 By the way, sekarang ni bukan perempuan je kena pandai masak. Lelaki pun sama jugak. Dengan zaman-zaman harga barang naik, gaji tak naik ni, manalah larat kalau asyik nak makan kat gerai je. Hari-hari makan kat luar bukan badan je naik, poket pun kempis. Haihh...makan kat rumah jimat sikit. tak kisah lah masak ape, megi pun boleh dipelbagaikan cara masaknya. *tapi makan megi hari-hari tak baik tuk kesihatan ok. not good, not good*

Tak hilang machonya pun kalau lelaki pandai masak. Saya dibesarkan di persekitaran di mana orang lelaki pun WAJIB TAU MEMASAK! Haha, even ayah saya lebih terer masak dari ibu saya. *Mianheee ibu. Saya masih suka ibu punya masakkan lagi...:P* Zaman sekarang kan zaman duit, so lelaki perempuan kena keluar kerja. Cuba la bayangkan satu hari wife u'ols balik kerja lambat lepas tu tak sempat masak..."Ayang baru balik ye. Kesian penat kerja. Jom makan. Hari ni Bi masak tau!" Awww~ tak ke sungguh romantik gitu! Romantik tak semestinya melalui sentuhan dan kata-kata. Perbuatan sekali. Barulah bahagia rumah tangga gitu...:P

Haha yang perempuan pun haus tau masak ye. kalau tak korang akan dapat surat macam kat atas tu. Haha tipuu je. Cuba bayangkan bila korang ada anak nanti, lepastu korang terbaca blog anak korang bila diorang duk puji-puji kata masakan ibu yang paling best. Tak ke bahagiaa je. Sejuk perut mengandung ke hulu-ke hilir sembilan bulan. :P Tak semestinya kena tau masak yang best-best. Yang biasa-biasa sudah asal boleh makan je. Kalau nak masak yang dahsyat-dahsyat restoran kan ada. :P Tapi double bonus lah kalau korang memang terer masak! :D


Lelaki muka jambu ni memang pandai masak. Ni yang buat I sayang U lebih. :P









Ekceli kan luahan hati tu adalah lirik lagu Super Junior H 'Cooking Cooking" yang di melayukan. Ada tak penyanyi Malaysia yang nak nyanyi balik lagu Super Junior yang di Melayukan ni? :P


Kalau nak lirik dalam hangul + English translation boleh tekan sini. Lirik BM tu di translate oleh saya. Lepas tu dah di edit sikit so bukanlah fully lyric lagu ni sebenarnya. ELF don't bash me ok. :P

Random: Animax tolonglah siarkan SS501 special concert ke TVXQ special concert ke. HUHU..


24 comments:

ezdevon said...

ahhahha,,,,gud job,,,,nice,,,,nang mine too,,

WZulhilmi said...

haha.. Weh jaejoon tu baru je pegang kuali ko dh kate pandai masak.. Hahaha.. memang minat betul. Hwaiting!! =P

Fay said...

okayy will do. thx a lot!

nora said...

boy yang pandai masak comel tau..

=)

Fay said...

wzulhilmi: cube ko pegang kuali. mane tau aku dapat tilik ko terer masak ke tak? :P

Fay said...

alie: yuppp! sanagat sokong! :D

al_madd said...

Alahai..kesiannya..haha

http://network.manggaonline.com.my/publishers/signup/?recommender=ahmadfariz87@gmail.com&source=6

syufaa said...

hahaha..cerita nih sgt suweeett okay.. :)

pinat said...

ahah..
bace lirik first da agk yg ni lagu cooking2x SJH..
gelak2 bace..
berjaya ar fay translate jd melayu..ekekek~~

Aeuclyx said...
This comment has been removed by the author.
cik panadol said...

sy penah masak utk familt tp lepas makan je sume org kena cirit birit...haru je...

Fay said...

al_madd: :Db

syufa: haha suweet tau!

pinat: haha tgk kat animax td diorg translate cam suweet je. :P

aeuclyx: bagus2 teruskan usaha anda! :Db

cik panadol: err usaha lagi. :D

APAN said...

kreatif gak surat tu...
ingat sape la bagi tadi ma...

tu pasal laki boleh kawin 2 ma...
kalau bini x pandai masak boleh makan kat umah bini 1 lagi...
tak gitu?
huhu...

Fay said...

kalau bini 1 lagi x pandai masak?

APAN said...

upah jaejong ni la jadi tukang masak.haha...

Fay said...

jaejoong saya dah reserve. cari org lain. :P

Nas said...

ehehehe...apepon...pompuan zaman sekarang msti kne pandai masak...nanti si suami g makan luar,kan nyesal lak...ahahaha

Fay said...

laki pon kene jugak baru romantik gituuuu!

DH said...

kekeke....jeajoong.....meh masak for noona...kekeke

kalau x silap ada lagu malaysia...laukku cukup masin...kalau x silap lebih kurang rrr....hahaha

Iji said...

DANG.. dah mula baca pon dah mcm tahu itu lirik lagu cooking cooking.. ^^

anisa safwa said...

saye dah mati2 percaye ... sekali tgk2 lirik lagu rupenye XDD

Fay said...

hurul-aini: tunngu nanti kitorg wat open hause ye...:P

kihee: haha! ELF mesti tau punyeee. :P

anisa: hahaha! comel kan diorg wat lagu camgini?

Young Millionaire Cik Mariah Sazali, said...

sweet nye gf dye tu,,sgup g cls masak.btw bf dye pun sweet gak,cb tipu sunat =))

Fay said...

muahahaha! tu lahh!