Cerita Kau, Aku dan Dia.

Awak kita mula kenal awak masa dekat sekolah agama kan? Kita sama-sama satu kelas dulu. Tapi masa tu awak dengan kita tak lah rapat macam sekarang ni. Awak dulu muka nak serius je. Kita pun takut nak tegur. Ada sekali tu bila kita tegur awak, awak buat muka serius kat kita. Takut tau.
Hmm kalau ikut kronologi masa, kita kenal awak dulu lah ye dari Kema kan? Awak ingat lagi tak Ustazah kelas kita dulu. Dia pilih kasih lah. Dia macam tak bagi kita semua nak bercampur kan? Tu yang buat kita jadi makin tak rapat tu. -_-" Lebas hujung tahun, kita tak sambung sekolah agama lagi. Jadi kita terpisah macam tu je. Lepas tu kita kenal Kema pulak. Kema pulak lepas tu jadi classmate awak kat sekolah agama. Kema asyik cerita pasal awak je kat kita tau. Masa tu kita tak sure lah tu awak.


Lepas habis form 5 kita jumpa lagi. Itupun tak sengaja kan? Masa tu kite keluar together-gether dengan Afif, Hidayati, Kema semua. Hahhh masa tu baru kita cam awakk! Haha tak sangka lepas tu kita boleh jadi rapat kan? Haha...kita jadi 3 serangkai dengan Kema.


Lepas Kema masuk Matriks, tinggal kita dua je. Rasa sunyi kan. Kita pun busy jugak masa tu. Kena pulak masa tu Form 6. Tahu lah life Form 6 camne. Kita yang nerd ni makin nerddd weihh. Huhu...camne pun kita masih contact-contact lagi kan. Time Kema cuti kita masih lepak sama-sama lagi. Kalau Kema tak cuti kita lepak 2 orang je lah kan. Tapi macam tak best je lah bila tak cukup regu. T______T



Lepas kema masuk U dekat Terengganu tu, kita pulak makin busy dengan nak STPM lagi, awak rasa macam kita 3 orang makin jauh kann. Bukan awak je rasa, kita pun. Semua dah bawak haluan masing-masing. Awak pun dah kerja masa tu. Makin jarang kita lepak 3 orang kan. Kita dengan Kema tau awak sedih. Kitorang faham. Walau busy macam manapun kitorang masih ingat dekat awak lagi tau.



Err? Dragonball? :P

Walau amcam mana kita bertiga jauh terpisah pun, kita masih kawan kan. Orang kata walau jauh di mata dekat di FB? Ehh? Hahahaha! SMS pun boleh kan awak. Haha. cuma kadang-kadang kita takde kredit. Tu yang tak dapat nak balas mesej awak. Sorry ye? Mianheee~ -____-"

Awak sebenarnya kita nak cakap sikit.


Awak dah 22 tahun hari ni. Haha! Awak mesti ingat kita dengan Kema lupa birthday awak kan. Tu yang awak emo je 2-3 hari ni. HAHAHAHA! kitorang ingat lah. saje nak test emo awak tu. :P


Selamat Hari Jadi / Hari Tua ye awak. Dalam kita 3 orang kita lah yang paling muda kannnn?


Semoga panjanag umur dan murah rezeki. Ehemm ehemm semoga cepat bertemu jodoh jugak. Yelah awak kan lagi tua dari kita mestilah kahwin dulu kann? Nanti moga-moga dapat baby macam ni tau! :P



SELAMAT HARI JADI NURIDAYU!!
Dari Fana dan Kema!!

=)



Ayu, si muka macam Doraemon, Kema.

Random: Macam biasa, Jaejoong itu saya, Yunho adalah Kema dan Changmin adalah Ayu!! :P

Oh ini adalah episod sambungan Cerita Kau Dan Aku.



7 comments:

WZulhilmi said...

Hahaha.. Mcam2 lah korang ni.. Jap2 aku tak paham.. NI besday sapa sebenarnya nie??

Fay Nana (Cik Fana) said...

ni birthday budak yang bernama NURIDAYU tuu. haha jgn konfius dengan watak2 tu ye. :P

nas said...

waaa...nice entry...penuh warna warni n dialog....camne ko leh wat??? rajinnyer...:)

Fay Nana (Cik Fana) said...

perlukan kesabaran yang tinggi. :D dialog tu sume pakai photoscape je. tak reti lah nak gune photoshop

Athra said...

banyak jae, suka suka!
photoscape BEST!

Fay Nana (Cik Fana) said...

peminat jae, mesti banyak nak letak jae kann. hehehehe!

betol2. phoptoscape BEST!! senang nak gune. PS leceh.

APAN said...

hoho...ku sangka AWAK tu laki ma...
tapi awek gak...
nice story sis...

teruskan je la ape yg ko nak buat...
korea pun korea ma...
sampai aku da knl sikit2 ni dah...
jejong ko tu ma...
huhu...