Kau dan Aku

Ini bukan mengenai drama Kau dan Aku di Astro Ria ye.
Awak ingat lagi tak masa kita mula-mula jumpa dulu? Masa tu hari penyusunan kelas. Kita nampak awak sorang-sorang jadi kita tegur awaklah. *Eh?? Ke awak tegur kita dulu?* Lepas tu kita duduk sebelah-sebelah kan dalam kelas. :D



Tak sangka lepas tu kan kita terus jadi kamceng. Pergi mana-mana mesti berdua. Mana ada awak adalah kita. Mana ada kita adalah awak. Cikgu pun cakap kita macam kembar siam.



Ingat lagi tak masa form 3 kita selalu ushar senior-senior masa balik sekolah. masa tu semua dah mian. Awak pun ada bagi hadiah untuk sorang senior tu. Agak-agak dia tau tak?




Ingatkan kita boleh sekelas sampai Form 5, tapi masa Form 5 awak kena pindah kelas pulak. Nasib baik kita boleh rapat lagi kan. Takut jugak nanti dah tak ngam ke.




Hahaha! Padahal sebelah kelas je! :D

Lepas SPM awak dapat tawaran matrik. Kita pun sama, tapi sebab ada problem kita terpaksa sambung STPM je. Sedih tau masa tu.




Lepas matrik pulak awak sambung degree kat UMT. Dahlah jarang balik susah nak jumpa. Masa tu kita rindu awak sangat tau. Nak SMS takut  ganggu pulak. Kita pun dah nak STPM masa tu.  Masing-masing busy.


Dengar cerita awak masa dekat U macam best je. Kita nak jugak sambung belajar macam awak! Jadi kita study betul-betul...FIGHTING!!



Akhirnya kita dapat jugak masuk U. Alhamdulillah dapat jugak dekat UKM. Dekat U kita dapat ramai kawan baru. Orang kata berkawan biar seribu, bercinta biar empat, setia pada yang satu, yang lain-lain buat spare-part. *Eh?? Tetiba pulak. :P*  Hahaha! Kita pun dah ade partner in crime yang baru!


Tapi macam mana pun awak tetap BFF kita. Sekarang kan dah maju.  Walaupun jarang jumpa, kita boleh YM, Facebook, Friendster kan. Perubungan dah tak susah kan. Walau jauh di mata dekat di FB. Eh?






Sebenarnya kita nak cakap kat awak.....

Awak dah 22 tahun rupanya. Ikut kalendar Cina awak dah 23 tau. Eh?? awak lagi tua dari kita la.. Kita sepatutnya panggil awak kakak kan? :P

Kalau macam tu awak kena kahwin dulu. Yelah taknak lah langkah bendul. Banyak belanja tau. Lepas kahwin nanti moga-moga awak dapat anak comel macam ni tau.


Eh?? Silaplah macam ni sebenarnya...




HAHAHAHA! HAPPY BIRTHDAY YA CIK KEMA! SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI!!


Random; Sebab saya ni peminat fanatik TVXQ dan Hero Jaejoong pulak lelaki idaman saya, maka Hero Jaejoong itu adalah saya dan U-Know adalah Kema. Sebab U-Know dan Hero adalah bestfriend! Teehee.!! :DD

11 comments:

UknoWana said...

wah...kreatif2....

╚► Scya Lollita◄╗ said...

wahhhh~
t bufday ira wat story mcm ni jgak .
hehehe
sweet ~
hapy bufday to her ~

kema said...

wahhhh...tenkiu my partner-in-crime.....love u lebey lh cmneh..muah3...haha~tharu siot..tp klakar lg2 mse miang2 keladi kte tyme form 3 tuh..cayalah...

Fay Nana said...

UknoWana : THX!! ni pun dapat ilham dari baca fanpic! :D

Scya Lollita : Haha! Boleh2! Bagi sedikit jalan cerita nanti saya buatkan 1 untuk awak! :DD

kema: HOYEAAA!

Michiko Pieces said...

nk jugak cmni

Fay Nana said...

azah: wooo! kalau banyak permintaan leh buat bisnes ni! :D

cracked bunny said...

sy fan hee chull.walaupon dia annoying gile.tp kalo dpt.mesti nk berhenti bljar kawen je trus.grrrmmm

Fay Nana said...

haha! kalau saye dapat jaejoong saye suruh simpan die dalam poket! :D

:: xeera_yh :: said...

wahhhh~ i like this thing. mmg kreatif tahap dewa. klaka pn ade gak. cute tu x pyh ckp.. hehe.. TVXQ is my great thing ever happened to my life. i'm a YunJae fan. so, basically, i really loike this!!!! *thumbs up* hehehe...

kema said...

hamboi3....rmai gler pminat kpop neh..haha~...fana..cpt2 crik pakwe y mcm hero yer...

Fay Nana (Cik Fana) said...

xeera_yh: high 5! yeah the geratest ever thing that happene in my life is TVXQ! They introduce me into this kpop world. :D Actually I'm JaeMin fan..teehee... :P glad you like it. :))

kema: wahhh ni kalau dapat stok2 mcm hero ni memang konfem2 terus kawin pastu sembunyikan die dlm rumah. :P