Gay tak buang anak luar nikah. Oh gay juga tak gugurkan kandungan.

Hi people!

Terkesima (ceh ceh sekali guna terkesima, vocab BM dah makin mantap sejak ber-blog ni!) sebentar bila bukak facebook pagi-pagi lepas tu ada pulak seorang kawan letak status gini.

At least Gay tak buang anak luar nikah

Tak-tak kawan saya bukan gay lah, hishh dah mula lah nak bayang yang bukan-bukan tu. Terpana jugak lah sebentar depan lappy kan, sebab memang fakta pun diorang tak buang anak luar nikah because GAY COUPLE CANNOT PRODUCE BABY AT ALL! So jadi bermakna menjadi gay itu lebih baik untuk menentang gejala pembuangan bayi yang berleluasa sekarang ni? Ajaran sesat manalah diorang pakai ni tak faham betul dengan manusia-manusia zaman sekarang ni. 

Dan kepada mereka-mereka yang berhasrat nak buang anak tu, fikir-fikir lah ya, cuba bayangkan masa korang lahir dekat dunia ni, mak korang tanam korang hidup-hidup atau letak kat tepi tong sampah atau letak dalam semak, longkang ke mana-mana tempat lah. Korang tak rasa menderita ke? Eh tapi kalau saya merepek-repek kat sini tapi tuan punya badan takde kesedaran payah jugak kan. Semuanya bermula dari hati. Dan saya pun malas nak cakap banyak sebab dah cukup muak bila bukak tv, bukak paper balik-balik cerita sama je. Kalau tak cerita politik, mesti cerita pasal benda ni.

Sekarang ni dah timbul isu pengguguran haram pulak. Saya rasa benda ni dah lama berlaku dah cuma tak dapat liputan je. Yelah takde kes yang gempar macam kes budak perempuan 17 tahun tu kan. Kesian budak tu muda lagi, perjalanan masih panjang lagi tapi dah sia-siakan macam ni je. Moral dekat sini, sebelum buat sesuatu fikir dahulu, apa gunanya akal yang Allah bagi kalau tak mahu guna. Sedangkan kucing pun sayangkan anak-anaknya. 

Dalam dunia haiwan tiada manusia, dalam dunia masa ada haiwan

Oh ye balik pada isu Gay tadi ni ye, tak bermakna saya menyokong isu Gay ni ye. Sukahati korang je buat ajaran sendiri. Dan berapa hari lepas ada terdengar berita yang mengatakan kaum-kaum ni nak mintak kerajaan supaya memahami keadaan diorang? Ewah ewah...apa kau ingat ini Amerika? Alahai kesian betul sebab kadang-kadang makhluk-makhluk ni pun bukannya terdiri daripada mereka-mereka yang lembut pun. Normal je. Malah hensem pulak tu. Pendek kata perempuan beratur nak kan diorang ni tapi apasal lah korang tak mau? Sedangkan kucing jantan kalau nak mengawan pun cari kucing betina. Ini yang Tuhan bagi akal pun tak tahu nak guna apakes?

Isu ni rasanya takan habis rasanya sebab benda nih dah terjadi lama dah. Dan saya pun bukanlah baik sangat nak mengata lebih banyak pasal isu ni. Harapan cuma janganlah ramai lagi yang terjebak dengan isu ni. Cukup-cukuplah I dah tak aman nak tengok berita kat TV balik-balik benda sama je. Tapi kalau tak tengok kurang pulak General Knowledge. (Eleh macam lah kau tengok berita hari-hari) :P




Then marry me fast-fast!


Random: Baru perasan si Jaejoong ni dah lama tak enterframe dekat blog. Ekekeke ^^ kesian maskot I sorang ni.

19 comments:

WZulhilmi said...

Mana ko tau jaejong tu tak gay.. Tgk2 betul gay.. Hancur luluh harapan ko nak nikah dgn dia.. Hahahaha.. *Tiba2*

balqis said...

teruja dengan title di atas tu :)

Fay said...

Wzulhilmi: then aku carik orang lain lah. haha! aku ada banyak list lagi ni!

Balqis: uikss? apa yg membuat anda teruja?

IRAH HAJERAH AZMAN said...

suke tgk title die. haha.tp weh gay yg hensem. omg! sadis ah! apa kurang kite yang laawa ni weh? :P

J said...

entry yg bagos :)

Fay said...

Iera: yes ade gay yang hensem. tak percaye? oh maybe kite tak cukup lawa untuk mereka. :P

Ila: thx!

pinat said...

gay serius hensem2...apesal lah dorg suke jd gay....aishhhhh...

suke entry ni!ahaha

Fay said...

diorg menghensemkan diri utk pikat sesama sendiri. Oh WTF? :D

Nana Eddy said...
This comment has been removed by the author.
Nana Eddy said...

Jae is MINE!! My Korean name is Han Hyun Young. and since Jae's family name is Kim, you can call me Kim Hyun Young if you want :p haha

kema said...

oh..fana ko ptot tmbh sket kt entri tu,o write da new one..tulis title die.."LESBIAN TAK BUANG ANAK.OH LESBIAN JUGA TAK GUGURKAN KANDUNGAN"..hurm~...jaejoong kamoo tuh jambu sgt..ade possibility d situ..ngehehe~

syufaa said...

haha..harus difahami bahawa gay tidak mempunyai ape-ape alat utk memproduce bayi..istilah bio nih.. :P

Fay said...

nana: nick kite lebih kurang same. what?? ewah suke hati kamu claim jaejoong itu kamu punye? :P

kema: sewaktu dengannya lah tu haha! eh x semestinya yg jambu itu gay ye. yg gagah perkasa, maskulin habis pun boleh jd gay tau! :P

syufa: itu lah yg cuba disampaikan sebenarnya. :P

Iji said...

Oh I want gay macam Lee Min Ho dalam Personal Preference.. well he's not gay but acting as a gay but but me kinda like him.. hahah the hot one. wehhee..

Well, both gay and budak buang anak dua-duanya berdosa besar di sisi Islam.. so no point to tell who is right who is not because apa-apa pon, sama je kamu berdua.

Human rights? GTH, kesian jugak kan gay-gay ni, Allah kurniakan perasaan, tapi hurm perasaan mereka di salurkan di tempat yang kurang betull.. well well IDK IDK..agaknya apa masalah diorang sampai menjadi gay? hurmm IDK

Dan kesian juga dekat budak-budak yang ni plak, elok-elok Allah kasi perasaan, diorang terlanjur plak.. kesian kesian.. tapi yang paling kesiannya perempuan tu, dia yang akan dapat aib seumur hidup..

adik-adik perempuan, ingat Tuhan ye. Saya pon harus ingat Allah banyak-banyak nie. Kang cakap kat orang diri sendiri teruk.. whehehe

♥ 미스 kiera ♥ said...

hmm..nice post!

GAY COUPLE CANNOT PRODUCE BABY AT ALL!
hehe...

btw...folow2 la blog i ek...
tq!..

http://owlkieranaa.blogspot.com/

♥ 미스 kiera ♥ said...

hmm..nice post!

GAY COUPLE CANNOT PRODUCE BABY AT ALL!
hehe...

btw...folow2 la blog i ek...
tq!..

http://owlkieranaa.blogspot.com/

Nas said...

benci ngan gay....tp sedihnyer ak pon ader member2 gay...susa nak nasihat mereka...tp fay nana,ko susah nak kenal gay yang keras tau...gay yang pondan n bapuk tue senang ar kenal...tp kalau gay yg 'keras' nie macam lelaki normal,aktif bersukan...tetapi....isk3..sedyh...malah ader mereka yg ader gf...sekadar nak tutup mate org lain...so kpd wanita di luar sana,be careful wif ur bf..hehehe

APAN said...

erm...takot gak ngan diri sendiri...
selalu tengok jaejoong ni pun boleh menaikkan nafsu...
haha....

Fay said...

kihee: betul lah apa yg awak kate tu. (oh panjang betul komen anda!)

citey: kalau boleh lagi banyak kes buang anak ni.

nas: haha so true!!

apan: oh.... anda perlu berhati-hati.