Edisi Review Movie (Jackie Chan jadi cikgu)

Cakap tak mau distracted lagi. Haa tadi je dah distracted. Benda alah photoshop ni makin best pulak bila dah buat main. Oke, haritu sempena birthday rakan baik yang comel, kitorang sepakat mau belanja dia tengok wayang. Dah berapa kali dia cakap nak tengok wayang. Plan asal nak belanja dia tengok Lagenda Budak Setan yang sangat femes dan meletup sekarang ni. Dah box office ke filem ni? Tak pernah baca  pun buku Lagenda Budak setan ni. Yolah dulu baca buku pelajaran je. Kan saya ni nerd? Dekat Facebook penuh status kata best cerita ni semua kata dok nangis-nangis tengok. Hoh yolah tu. :) Tapi saya tak berkenan cerita-cerita adaptasi dari novel ni. Selalunya lari dari dalam buku storyline nya.

Tapi hajat nak tengok Lagenda Budak Setan tu terpaksa dibatalkan sebab panggung wayang yang kitorang pergi tu tak tayangkan cerita ni pulak. So untuk taknak menghampakan hajat kawan comel ni maka kitoang pilih movie lain Karate Kid. (Sebenarnya kitorang tak berapa gemar nak tengok filem Melayu ni. Ye kami ni Melayu yang mudah lupa.) :D

Untuk kawan comel, tatap lah poster Lagenda Budak Setan ye. =D


Poster filem Melayu sekarang dah ke arah Hollywood lah! Farid Kamil apasal kau tak cium je Lisa Surihani tu? Aigooo~ takut rating tak naik ke kalau poster biasa-biasa je? Kalau poster biasa-biasa je tapi jalan cerita best konfem ramai je bersusun nak tengok movie tu.


Farid Kamil cium je lah Lisa Surihani tu. I tak jeles lah. Betul I tak jeles. :P

Oh oke, balik pada cerita Karate Kid, mari review movie. Cerita karate Kid ni berkisarkan Dre (Jaden Smith) yang terpaksa berpindah ke China ikut ibu dia yang ditukarkan ke sana. Si Dre ni pada asalnya memang tak mau pindah ke China dan dia memang susah nak adapt dengan culture kat sana.Sampai dekat China dia berkenalan dengan sorang budak perempuan bernama Mei Ling. Tapi malangnya adalah pulak yang jeles menyebabkan Dre ni dibelasah teruk oleh sorang budak lelaki (oh ai dah lupa nama dia lah. Ai ada short term memory huh. Google sendiri kalau nak tau). Mr. Han (Jackie Chan) selamatkan dia. Tapi untuk mengelakkan dia dibelasah lebih teruk maka si Dre ni terpaksa masuk Pertandingan Seni Mempertahankan Diri. Mr. Han lah yang jadi sifu dia.




Tapi saya konfius lah. Tajuk Karate Kid asal dia ajar kungfu? Ada sesiapa dapat jawab kemusykilan di hati ni?


Baru perasan rambut si Dre ni sama pulak dengan Farid Kamil. Korang pergi salon yang sama ke?


Budak berbaju Merah itulah yang jeles bila Dre berkawan dengan Mei Ling. Adik meh kakak cakap sikit, bunga bukan sekuntum ye.


Baru perasan rupanya saya tak pandai nak review movie. Kalau nak tau cerita selanjutnya pergilah tengok sendiri. Kalau tak mau tengok Karate Kid boleh tengok Lagenda Budak Setan. :D

Update: Best lah cerita ni walaupun mula-mula agak boring. Nah saya bagi 3 1/2 bintang. :D




7 comments:

joonie-girl said...

laa baru perasan rambut serupa, yela kot pegi salon yg sama. kahkahkah~

Fay said...

tu lah! salaon word class gitu! :D

balqis said...

adeh, rambut sama. nway, tksuke rmbut mcmtu, haha. mcm ditampal je rambut tu.

alamak, sy tk berniat ape2. jgn salahkan saya ;)

WZulhilmi said...

memang sama ar rambut dia.. kikiki.. eh ko tak cakap pun best ke tak movie karate kid ni?? Bintang pun tak bagi.. hahaha

Fay said...

balqis: anda x salah. ekceli saye pon ta suke gak!

wzulhilmi: dah bg dah. baru update. hikhik...

Unknown said...

bru perasan rambut sama
dua2 cite belum tgk lg ni

nuriz said...

bila nak dapat tgk citer nih..tak dpt2 lagi tgk