Bila ada dimaki, bila tiada dicari

Dulu saya sangat nakal. SANGAT SANGAT NAKAL. Rasanya kalau orang bandingkan saya yang dulu (waktu budak-budak hingusan) dengan sekarang (remaja hingusan) ramai yang tak percaya. Maka disebabkan itu, ayah terpaksa merotan dan melempang saya banyak kali. Sakit memang sakit. Sakit hati pun ada jugak sebab adik tak pernah kena walaupun sekali. Kalau adik yang buat salah pun kakak dia jugak yang kena rotan dulu. Macam pilih kasih. :(

Dan dulu dia selalu paksa belajar Matematik depan dia. Sangat menderitakan tau tak. Salah sikit lempang lah dapat. Ibu pun tak boleh nak tolong. Dia suruh hafal sifir saya masuk bilik tidur. Kan nakal. Dah tau dia garang masih jugak buat perangai. Bila dia tanya lepas tu of course lah tak dapat jawab. Oke rotan pulak kena. Tapi hasil daripada paksaan menghafal sifir dia tu, saya berjaya hafal sifir 9 bila kawan-kawan lain baru nak merangkak hafal sifir 5. :) Kalau waktu exam, bila Maths dapat markah rendah je siaplah. Rotan dah sedia dulu. Kesan daripada torturing dia masa belajar Matematik tu, saya berjaya pass tiap kali exam Maths. *bangga* Kalau korang rasa Add Maths adalah subjek paling susah dekat sekolah, senang cerita subjek wajib fail, cuba ambil subjek Mathematics T. Triple kali susah dari Add Maths. And I'm proud to say, I managed to pass both subjects. Walaupun tak cemerlang mana. Rasanya kalau dia tak buat kerahan tenaga dulu, boleh pass ke saya? :(

Dia ada belikan basikal untuk saya. Waktu dulu, dapat basikal kira macam dapat motor sebijik. Budak-budak sekarang pandang basikal sebelah mata je. Jangan-jangan ada yang tak pandang langsung. Dapat basikal makin panjang lah langkahnya. Segala ceruk jalan saya jelajah. Sampai maghrib tak reti nak balik. Bila sampai depan pintu je, tali pinggang dah sedia. Bukan tali pinggang biasa. Kalau yang biasa tu dah lali dah. Ini yang kepala berat, askar punya tali pinggang. Kena dekat badan seminggu lebam nak hilang. Sakit jangan cakap. :(

Family pulak bukannya senang. Kerja sebagai tentera pangkat rendah, berapa sen sangat lah gaji. Itu zaman dulu, zaman sebelum gaji kakitangan kerajaan dinaikan. Pargi dia kerja, malam dia buat part-time. Jual burger. Memang jarang jumpa dia kat rumah. Pagi-pagi dah pergi kerja, malam baru balik. Huhuhu! malam pulak saya dah tidur. Sebab tu saya tak suka susahkan dia. Semua barang yang saya nak, beli pakai duit sendiri. Even sampai sekarang. Kecuali laptop lah dia belikan masa saya dapat masuk UKM haritu. Kalau kawan-kawan lain menunjuk barang-barang terutama HANDPHONE yang bapak diorang belikan tiap-tiap bulan, saya cuma tengok je lah. pernah jugak terfikir kenapa saya tak dilahirkan dalam keluarga yang senang kan? Hisshhh tak bersyukur budak nih. Tapi sekarang dah oke. Kewangan family kitorang pun dah stabil. Dah tak macam dulu lagi.

Tapi sekarang saya pelik. Kenapa baru je berpisah dengan girlfriend/boyfriend dah menagis-nangis meraung-raung tak mau nak hidup dekat dunia ni lagi. Even ada yang sanggup lari tinggalkan family semata-mata nak ikut kekasih lepastu biarkan ibu bapa menderita, terkial-kila cari anak diorang yang lesap entah ke mana. Sedar tak kamu semua, tanpa ibu dan ayah kita memang tak kan mampu hidup dekat dunia ni. Tuhan dah bagi anugerah yang tak ternilai dekat kita. Jangan disia-siakan anugerah tu. Kekasih kalau hilang boleh di cari, tapi ibu bapa kalau dah hilang, nak cari dekat mana? Jangan di sia-siakan mereka ketika mereka masih hidup lagi.


TO MY FATHER, HAPPY FATHER'S DAY!
I'll try to be a good daughter, walaupun saya tau saya ni jenis tak dengar cakap, nakal dan segalanyalah!

:D

p/s: nanti malam saya belanja makan ye. :D birthday saya nanti saya nak kereta sebijik boleh? :D



12 comments:

princeduyong said...

sayang ayah jugak...

nina said...

yup, kalau sebut pasal mathematic T tu memang rasa macam mau pengsan..hihi..

PoiSonouS MinD said...

Aku suka post ini. Aku juga sayangkan bapa aku.

nas said...

saye dlu pon nakal gak..pernah suatu ketika tyme sekolah rendah saye dan 2 adek2 saye kene halau dari rumah sebab balik lambat..sampai ke hutan...ingat lagi..last2 ayah bagi kami balik...lepas balik,kena rotan..waaaa.....la ni da xkene rotan da...:P

fazRul said...

wahh..mmg terbek lar..buat org yg mbaca rasa tsentuh jap..bgs2..i loike..;)

Fay Nana (Cik Fana) said...

princeduyong: ye sayang ayah juga.

nina: haha tau takpe.

poisonous mind: thx a lot. :D

Fay Nana (Cik Fana) said...

nas: la ni kene rotan buat malu jerr. :P

fazrul: thx!! :D

Ichako said...

haha comel je entry ni.
sokong part yg berpisah dgn kekasih tu.
:)

Fay Nana (Cik Fana) said...

ok thx!

aenn a.k.a ann said...

hee~ i like ur entry...

hilang kekasih, boleh cari...
hilang mak ayah?
meratap kt kubur, menyesal xsudah...
kn3...

=)

Fay Nana (Cik Fana) said...

aenn: tau takpe. :D so sayangilah diorg ye. :D

NARDtheNERD said...

sayang abah saya.
=))