Bos, skrin tu kecik sangat lah. Tak syok nak tengok.

Semalam saya pergi tengok bola di kedai makan. Eh? Silap, semalam saya pergi makan di kedai sambil tengok bola. Macam pelik kalau saya pergi melepak di kedai semata-mata nak tengok bola. Pengalaman pertama menyaksikan perlawanan bola di kedai makan sambil menyemak bersama kaki-kaki bola lain. Tapi sayang skrin tu kecik sangat. View memang tak best. Kalau skrin tu besar sikit tambah pulak kalau siap ada HD maybe boleh nampak sekali jerawat dekat muka pemain bola tu. XD

Ayah sangat tak puas hati dengan skrin kat kedai tu. Maka kitorang terpaksa cepat-cepat makan dan balik dia tak nak miss game tu. Tapi sayang sampai dekat rumah je bukak TV1 takde pulak bola. HAHAHA! Sports Channel? Ye ayah dah buang atas permintaan saya dan ibu. :D Betapa frustnya dia sampai tak senang duduk malam tadi. -_-

Perlawanan antara Germany dengan England semalam berakhir dengan penuh bergaya apabila Gemany berjaya menewaskan England dengan gol sebanyak 4-1. Oh England WTF? Nampaknya team England dah boleh berkemas-kemas untuk pulang lepas ni. Kepada Germany, tahniah anda mara ke pusingan suku akhir! Kemenangan yang begitu bergaya! Tak sia-sia I sokong U Germany. Tapi team  pilihan South Korea dah kalah pulak tsk tsk. -____-" England dan South Korea, cuba lagi 2014 nanti. Teringat pulak pada kawan lama peminat fanatik England. Masa England kalah FIFA 2002 dulu punyelah dia menangis tak ingat dunia. Sekarang kalah teruk macam ni apa reaksi dia agaknya?

Cuba teka siapa yang pergi tengok bola jugak?


Bukan jumpa dekat kedai makan tu. Kalau jumpa dia dekat situ konfem dah culik bawak balik rumah dah sekarang ni. -_-

Random: Mengikut perkiraan saya, tauke kedai tu mungkin rugi semalam sebab majoriti yang datang cuma order air segelas lepas tu duduk melekat dekat bangku tak bangun-bangun sampai orang yang datang nak makan takdetempat duduk. Ada juga yang tak order langsung -__-

 pics credit as tagged + SS501 baidu.

10 comments:

ajjah said...

player England ada banyak sangat benda nak difikirkan.. :) so main pun tak seberapa..

jon join blog giveaway saya ya :)

Fay Nana (Cik Fana) said...

hehe tapi dari dulu x minat england lah. XD

Athra said...

germany champion!

Fay Nana (Cik Fana) said...

yup! :D

balqis said...

adik saya lagila. amik duit 50sen + 50 sen, pegi kedai depan rumah nak tengok bola sebab ada astro. tanye dia buat pe duit tu? dia cakap, beli air la. HAHA.

p.i.n.a.t. said...

seb baek dedua pinat minat..germany ngn england..so,xde la ralat gle ble england x masuk..g pon,england men cm hape je fifa kali neh~

syufaa said...

hahaha. cmtu ari ari kan. bankerap mamak..minum ayor segelas. dok jee. org nk mkn kebuloqq.

WZulhilmi said...

Memang rugi giler lah klu stekat order air kosong.. Memang tak boleh buat untung.. -.-"

WZulhilmi said...
This comment has been removed by the author.
nas said...

huhu..cian england..leh dapat 2-2 taw sebelum masa pertama tamat...isk3...
tapi apepon..bangga jermen menang..huhu