Duduk dekat asrama kalau tak pernah mengalami kisah seram memang tak sah. Nak-nak pulak bila time dekat-dekat nak exam. Masa tu kan otak tengah stress, fikiran pulak tak menentu. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah. Eh apasal perasaan nak exam sama dengan perasaan bila jatuh cinta? -_- Oh time nak exam jugak lah time untuk menggemukkan badan. Sebab tu bila exam makan tak kenyang. Pernah jumpa group 'Saya Makin Gemuk Selepas Masuk U' dekat FB? Rupanya bukan saya sorang je ada masalah ni. Sepatutnya masuk U boleh jadi slim sebab tak sempat nak makan asyik busy memanjang ini terbalik pulak?
"Kenapa berat kita tak naik? Kita dah makan banyak dah ni." Ngadu si kawan masa survey BMI. Ish ish sudah elok slim mahu berat naik?Nanti bila sudah ter-berat jangan mengadu mau kurus pulak.
"Kenapa berat kita tak naik? Kita dah makan banyak dah ni." Ngadu si kawan masa survey BMI. Ish ish sudah elok slim mahu berat naik?Nanti bila sudah ter-berat jangan mengadu mau kurus pulak.
Cerita pasal berat badan dah cukup menyeramkan. Ok, ok, lets get back to the topic. Cerita ini berlaku masa study week. Entah kenapa bilik rasa sangat panas haritu. Sudah bukak kipas full pun masih panas lagi. Apakah tanda ini banyak dosa? -_- Oh baru perasan rupanya matahari petang betul-betul menghadap ke bilik. Bila tengok nota Fisiologi pasal fungsi serebrum, sereblum, kepala terus jam. Sudahlah kena tau secara detailed. Padanlah manusia ni complicated, nak memahami fungsi otak pun dah pening. Dengan bilik panas lagilah. Haihh apatah lagi bila tengok lecturer note subjek lain yang tebalnya hampir sama dengan buku teks. -_- Itulah jangan jadi macam saya, lecturer suruh baca buku, saya bukak Facebook. :P
Si kawan, Mai datang ke bilik ajak pergi tasik. Tasik Titiwangsa tu depan asrama je. Sebab dah tensi sangat dalam bilik, maka saya buat keputusan nak jalan-jalan ke tasik. Sambil tu boleh cari aiskrim. Panas-panas macam ni kalau kena aiskrim kan best!
Omaigod!! Si pakwe tengah usap-usap kepala teman dia yang tengah landing baik punya. Romantik habis U! Tapi ini bukan couple biasa ye. Ini GAY COUPLE tau! Sungguh tidak elok melihat pemandangan ini lagi-lagi bagi saya yang akan ambil killer paper lagi 5 hari. So tak mau tunggu lama-lama lagi nanti tiba-tiba couple tu perasan kitorang sekodeng dia lagi haru. Terus pergi cari aiskrim lepas tu terus balik asrama sebab dah Maghrib.
Dan tiba-tiba esoknya terus demam seminggu. Mungkin kejutan sebab tertengok benda yang tak sepatutnya. Seram wei seram study week demam dengan killer paper minggu pertama exam. Hampir masuk hospital sebab dah suspek Denggi/Chikungunya. Lebih horror masa exam pun demam tak baik-baik, lepas tu bukak-bukak paper Fisiologi je dah keluar soalan pasal fungsi otak. Demn.
Ingatkan rasa seram tu habis kat situ je. Tengok result lagilah seram. Double demn.
Moral: lain kali nak exam jangan pergi sekodeng gay couple tengah dating. Jangan ingkar pesan ibu bapa juga. -_-
17 comments:
good luck la ni...i thought jumpa hantu...itulah seram...exam takut sangat saya
bukan good luck! :D
Owh!! janagn tgk pasangan gay lah ni. Tu yang demam sampai tak hingat dunia tu.. Hahahaha..
org lain tak kot. haha! mcm tengok bende menakutkan lepas tu trauma demam seminggu. :P
ingatkn cite seram ape la td.. haih.. wat suspen je. pape pn, gud luck!
oh ini cerita dah lame lah. ihikk. :P
erk..gay2....ish2...sesey tgok...nanti ade kelapangan aku citer pasal gay lak..huhu...ehehe..ingatkan seram..:P
seram lah itu sampai demam. miahahaha!
ish2x..gay sampai cenggitu ye...huhu^^, nak exam kena rest secukupnya baru betui..tul x..
yup! haha!
bru ingt tkot nk bace..skali gay..ahaha
hahaha! tajuk je menakutkan. nanti ade satu lagi yg betul2 menakutkan. :P
haha.. seram gile tgk gay usap2 kepala smpai demam. nasib bek x pnah nmpak. mau muntah darah on the spot.
haha..x pernah jmpe pn gay couple red-handed.. hurm.usap je pn..tah2 tu kembar die..haha..
sumpah seram. lagi seram dari nota berdarah di atas batu
ohaiiii
tu le len kali intai lesbo lak eh ?
aimee: nasib baik x untah darah je.
azah: kembar? oh lupa nak letak yg sorang tu baring atas riba kawan die.
iera: -_-
miss lolly: lesbo? jgn lah...XD
Post a Comment