Ultraman

Zaman kecik-kecik dulu, kalau budak-budak perempuan lain biasanya parents akan bagi patung Barbie. Kalau tak pun anak-anak patung 'gegurl'. Tapi parents saya lain. Diorang belikan set alat muzik *cheh cheh set alat muzik nak gempak je* tapi yang mainan punya oke. :P Walaupun mainan siap complete ada gitar dengan piano. Drum pakai tong drum je dah. :P Kalau yang betul punya maybe sekarang dah ada band sendiri. Nama band mesti lah Lollypop. Haha! sungguh tak remaja betul. Agak-agak nya tu sebab sekarang suka dengar muzik kot. Tapi tak pulak reti main alat muzik. :( Bukannya takde anak patung dulu, ada tapi muka anak patung tu menyeramkan. Terus letak jauh-jauh tak mau main dengan patung tu. Bukan setakat set alat muzik, LEGO, lori, jentera, kereta semua ada. Memang tak girly langsung. Tapi set masak-masak tu tetap ada. Tipikal la budak perempuan kan.


Dan bertambah tak 'girly' nya masa kecik-kecik asyik layan Transformers yang kartun punya *tak berapa hengat tapi macam ada kartun ni dulu*, Ultraman, Power Rangers, Digimon, Sailormoon *eh girly lah jugak*. Tapi paling minat Ultraman sebab dari manusia yang kacak terus jadi gergasi biru yang gagah perkasa. Manusia yang kacak?? Eceh-ceh-ceh rupa-rupanya dari kecik sudah miang *cough cough*. Kalau ada cerita ni dekat tv dulu memang terus tak bagi semua orang tukar channel. Paling minat dalam banyak-banyak siri Ultraman Dyna sebab siri yang ni agak kelakar. :D hero cute jugak.Masa dia bertukar tu rasa macam nak bertukar jugak, nak selamatkan dunia kononnya. :D Padanlah bila dah besar-besar ni orang selalu kata tak girly-girly sangat.


Sekarang kalau tengok Ultraman konfem kena gelak kaw-kaw punya. Lagi-lagi dengan adik sendiri. Yelah dia layan cerita "Kau dan Aku" dekat astro tu saya mana layan cerita tuh. Kalau tengok sekarang  Ultraman tu pun sendiri boleh gelak lepastu kata "Ek eleh sekejap je dah kalah ke Ultraman ni!". Haha! Tapi selalu jugak pergi tengok Ultraman kat Astro Ceria tuh. :P


Dan sekarang bertukar!! Bukan, bukan nak selamatkan dunia bertukar header je.


kepada ini:



Semangat Cassiopeia tu datang balik. Masa tengah surf internet terjumpa gambar diorang masa zaman-zaman Hug dulu. Ahh memories. Terus rasa nak buat header tuk blog. :D


Eh? Kalau I tak berapa nak girly dah tentu lah header letak ganas-ganas kan?

10 comments:

Hafiz Ismi said...

Girly.. Girly.. saya sokong~~

Fay said...

hehe tu lah sape cakap I tak girly-girly nih. I tak gewdiks je okeyyy. :P

APAN said...

hoho...fanatik betul...
naruto bes sekali...

Fay said...

apan: naruto, bleach, tu semua memang stok-stok anime yang sangat best sekaliiii tau! :) eh saya pun tengok la naruto tuh. haha konfem lahh x girly sgt nih.

balqis said...

comel2. sangat. :)

APAN said...

uish...payah jumpe pompuan layan naruto ni or anime...
memang bes naruto...
aku ni pun bukan layan semua...
huhu...

UknoWana said...

nak jugak2!! (sambil hentak2 kaki)tp xcreative la... buatkan...huhu

Iji said...

saya girly tapi saya peminat no.1 ultraman dengan power rangers.. mmg feveret aa, sanggup balik awal dari rumah kawan sbb nak tgk power rangers kat tv2.. skang pon kalau ada masa *ehem ehem skrang layan kpop je ehem ehem** tgk gak..

hehehe.. well well.. header itu cantek, tiba2 teringat zaman matrik, masa matrik gila dbsk.. ehehe.. jap jap nak tanya header yang b4 tu sapa ye? hehe.. nampak mcm ryu NEWs TAPI macam bukan.. haha

Iji said...

baca balik, it should be ryo.. typo! sorry sorry!

Fay said...

Apan: ye anda dah jumpa perempuan tuh. haha multitasker la saya nih.

UknoWanna: jangan hentak-hentak bergegar la bangunan. :P

Kihee: eh tu bukan Ryo la. tak tau pun sape sebab header lama tu wallpaper yg amik dari lappy kawan. pastu edit-edit balik. hehe! saya tak reti photoshop nih so semua edit cam cincai je. :P