Belum Terlambat

Kehadapan Cikgu-Cikgu Yang Dikasihi,

Dikala cikgu membaca surat ini, saya pasti Hari Guru telah berlalu. Maaf atas kelewatan surat ini. Yelah, saya pos guna Pos Malaysia je. Walaupun mereka kata "Dijamin Sampai Esok" tapi tak bermakna hari ni saya pos esok boleh sampai. Esok tu boleh jadi lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau tak dapat-dapat lansung. -_-


Cikgu masih ingat tak, masa Darjah 1 cikgu marah saya sebab saya bising dalam kelas? Padahal saya cuma bercakap dua-tiga patah je. Budak-budak lain asyik potpet potpet cikgu tak marah pun. Oh lupa pulak Ketua Darjah (hahaha! comelnya Ketua Darjah) masa tu memang pilih kasih. Saya tau saya cute sebab tu dia jeles dengan saya. Takpelah redha je. Lepas tu Cikgu panggil saya ke depan. Masa tu saya tocang dua rambut macam Amani dalam Adamaya tu. Saya tau saya nampak comel masa tu. Tapi sampai hati Cikgu cakap saya macam arnab! Sudahlah satu kelas ketawakan saya. Saya malu cikgu. Habis self-esteem saya jatuh. Lepas tu saya taubat taknak cakap dalam kelas lagi sampai tiap-tiap tahun bila ambil kad laporan cikgu mesti letak komen "Terlalu Senyap Dalam Kelas". -___-


Saya tau saya lah anatara budak yang selalu mengantuk dalam kelas. Bukannya saya tak nak tidur awal cikgu, habistu cikgu bagi homework banyak sangat kenapa? Terhegeh-hegeh saya tengah-tengah malam nak  baca komik, tengok tv, siapkan homework, ulangkaji semua. Mana ada saya main FB, friendster, myspace semua. Saya tak kenal lagi semua tu dulu. Cuma sekarang je saya selalu tidur lambat sebab nak bukak FB lepastu update blog. Tapi kan cikgu ramai lagi yang mengantuk siap tidur lagi. Mata saya ni sepet cikgu. Kalau saya tak mengantuk pun orang ingat saya mengantuk sebenarnya. 

 

Cikgu selalu cakap, masa sekolah memang susah study, bila dah masuk U nanti tak susah dah. Tapi cikgu tipu! Bila dah dekat U ni makin susah lah pulak dengan assignment, projek, lab report, presentation banyak gila sampai takde masa nak bukak buku. -_____-" Tapi sempat berFacebook. Masa sekolah sudahlah skema, masuk U bertambah-tambahlah pulak. Takpelah Skema Itu Hot kan. Saya pasrah cikgu, saya pasrah.



Saya tau cikgu, saya ni bukanlah pelajar kesayangan cikgu. Saya tak popular, tak pandai main sport, takde bakat, dan tak pandai membodek jugak. Sekarang ni cikgu, bila saya try bodek-bodek pensyarah ramai kawan-kawan saya mula pandang semcam je. Padahal saya bodek bukan nak dapat markah tinggi dalam exam, sebab nak buat assignment jugak. Lepas tu diorang pulak bodek saya. Haih...=__=


Cikgu, walaupun cikgu dah tak berapa nak ingat saya. Mungkin juga cikgu dah lupa wajah saya (yelah dulu nerd sekarang cun eh terperasan pulak :P) saya masih ingat pada cikgu-cikgu semua ye. (mungkin berkat makan kismis kot. :P) Jadi cikgu, saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat cikgu-cikgu yang mengajar saya dahulu, tak kisah lah Cikgu Tuisyen, Cikgu Praktikal, Cikgu hensem eh eh..Cikgu Ganti, Cikgu Besar, Pengetua dan sebagainya. Tak lupa juga buat Pensyarah-Pensyarah Jabatan Sains Bioperubatan UKM terutama kepada pensyarah faveret Prof Madya Dr. Rohi (yang lain pun faveret jugak ye...ihikk.). Teruskan usaha anda untuk mendidik anak bangsa. :D

Sekian, terima Kasih.

Yang Menulis Blog,
Fay

*****


Gambar sekolah tak boleh nak scan cuma ada gambar dinner Jabatan Biomed je. Bolehlah buat tatapan. :D

7 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Comel giloks ni!!

╚► Scya Lollita◄╗ said...

zmn skola mmg x kan dilupe an

Fay Nana (Cik Fana) said...

Lord Zara: Sape comel? Yang menulis blog?? Eh eh..:D

Scya Lollita: a'ah memang takleh lupe. nak gi sekolah balik...:'(

UknoWana said...

anak murid ckgu xpandai sport tapi kreatif ape... cikgu bangga..hahahah

Fay Nana (Cik Fana) said...

UknoWana: Ni cikgu bodek saya ke? :D

nadia-ady said...

HAHAHAHAH comel gambar yang arnab tu ;)

Fay Nana (Cik Fana) said...

nadia-ady: comel?? hihihi.....:D