Showing posts with label Love Ya. Show all posts
Showing posts with label Love Ya. Show all posts

24


hello people

Hari ni hari special, sebab hari ni ialah Wedding Anniversary parents saya yang ke-24. 24 tahun berlalu ibarat pejam celik mata. Pantas sunguh masa berlalu kan? Dari hidup berdua, kini sudah beranak dua yang mana kedua-dua anaknya nakal memang tak hengat. Lagi-lagi yang sulung. *oh saya lah tu* =.="

Banyak ups and downs yang diorang dah lalui. Dah 24 tahun kan, banyak dugaan yang diorang dah lalui. Tambah-tambah pulak, family saya bukanlah boleh dikategorikan dalam keluarga yang senang. Itu dugaan yang terbesar tu. Pernah dengar pepatah "Bila kemiskinan mengetuk pintu, cinta terjun ikut tingkap"?Tapi walaumacam mana pun, susah senang diorang tetap harungi bersama. Bergaduh? Jangan cerita lah. As the eldest daughter, selalu jugak saya nampak. Ialah, sedangkan lidah tergigit, inikan pula suami isteri. Nasib baik diorang ni jenis understanding. Kalau tak memang porak-perandalah.

 Kadangkala terfikir jugak, will I able to do the same thing when I'm starting my own family? Tunggu dan lihat je lah. Lagipun saya tak jumpa lagi Encik Masa Hadapan.


Oh sedikit cerita mengenai parents saya. Both of them, berasal dari kampung yang sama dan kedua-duanya berketurunan jawa tulen. Sebab tok dengan nenek saya dua-dua Jawa tulen. Makaini menjadikan saya seorang Jawa asli gitu. Tapi, sepatah haram pun bahasa jawa saya tak tahu, tapi saya boleh faham kalau diorang bercakap dalam bahasa Jawa yang simple. =.=

Ayah saya adalah kawan kepada abang ibu saya. Tok belah ayah saya pulak adalah kenalan kepada tok belah ibu saya. Jadi diorang memang dah kenal dari kecik lagi la. Dari cuma kawan-kawan, akhirnya jadi suami isteri. Diorang bernikah pada 30 November 1986, dan dua tahun kemudian pada 4 Oktober 1988 saya pula lahir hehehehehehe....


Saya sayang ibu dan ayah saya. Saya ni bukan jenis yang romantik, lepastu saya ni jenis yang tak pandai nak tunjukkan perasaan saya. Orang kata saya ni takde perasaan. Tapi apa-apa pun saya nak cakap saya sayang sangat ibu dan ayah saya. Heh. Siapa tak sayang tu memang gila la. They are the most important people in my heart. Tanpa diorang siapalah saya. Waktu takde duit, dekat diorang jugak saya mintak. Hahahaha dasar mata duitan punya anak.

Apa-apa pun

HAPPY ANNIVERSARY TO MOM AND DAD!!



 Kata orang, rupa saya lebih ikut rupa ibu saya, adik saya pulak lebih ikut rupa ayah saya. Adil la tu kan? Tapi kata orang lagi kalau anak perempuan ikut rupa ayah dia akan jadi super duper cun, kalau anak lelaki ikut rupa ibu dia akan jadi super duper hensem. Ohh thats explain why I'm not cute or pretty at all. Tssk. Kalau macam tu saya hensem lah. Hahaha sebab dulu ibu saya selalu cakap pe'el saya macam lelaki, tak serupa perempuan. But I'm not a lesbian!

Oh untuk ibu dan ayah meet your future son-in-law


Jae: Mother, please give your daughter to me!Please, mother!! 
Jae UFO Reply to a fan. credit here.
 
:)


Her, with her little kitty

Semenjak dua menjak ni, mostly kebanyakan entri memang hanya memenuhi kehendak suku populasi penduduk Bumi sahaja. Kalau tak emo, mesti pasal Jaejoong. Nampak sangat kehidupan saya hanya berputar pada dua benda ni je. Takde life sungguh. Haih.

Jadi dalam post kali ni apa kata kita bercerita pasal kucing. Kalau semalam ada kisah pasal Jaejoong and his little Jiji, apa kata hari ni kita bercerita mengenai kisah saya dan kucing pulak. Asyik cerita pasal Jaejoong je, lama-lama orang pun konfius, ini belog Jaejoong ke belog Fay? Jangan konfius ini belog kipas-susah-mati Jaejoong je, dan dia pun dah jadi maskot tak rasmi belog ni. -_-

Sejak dari kecik lagi memang saya gemarkan makhluk yang berbulu. Sebab makhluk berbulu ni (kebanyakannya) memang tersangat lah comel! Terutamanya kucing. Typical girl I know. I can't help myself. Walaupun banyak lagi makhluk berbulu di luar sana (manusia berbulu lebat terkecuali) I prefer cats more than hamster or rabbit or anything. Oh ya, walaupun saya kata saya gemarkan makhluk berbulu, tapi sebenarnya saya agak fobia sikit pada tikus dan spesies-spesiesnya. Sekarang mungkin kurang sikit fobianya sebab dah selalu sangat 'berperang' dengan tikus makmal.

Comel tapi suka menggigit. Sebab tu fobia.

Waktu kecik-kecik dulu ada la saya bela seekor kucing. Itupun lepas pujuk banyak kali sampai hentak-hentak kaki baru ibu bagi bela. Mungkin sebab masa tu saya masih lagi anak tunggal dan sangatlah comel pula maka ibu takde pilihan lain selain mengikut sahaja kehendak anak perempuan tunggalnya yang comel ni. Sekarang ni kalau buat perangai begitu sambil hentak-hentak kaki, mungkin minta lempangan percuma sahaja ataupun ibu terus pack anaknya ni hantar pergi Afrika sana kasi kawan dengan singa.


Dan biasalah sebelum dapat banyak janji-janji yang ditabur contohnya akan sentiasa bagi kucing tu makan, mandikan dia, main-main dengan dia tapi at the end akhirnya ibu jugak yang buat semua benda tu. Sebab itu agaknya kucing tu tak pernah anggap saya ni macam tuan dia, dan  sebab tu  jugak lah  dia selalu cakar saya. hahaha. Yes Jaejoong, kita berdua sama je. -_-'' Oh by the way, nama kucing saya dulu tu Comel. hahaha tipikal sungguh. Akal budak-budak manalah nak terfikir nak bagi nama advanced macam Jiji ke.

I know I've upload this for the 2nd time. He's too cute I can't help it.
Dah namanya kucing kan. Dia ni suka melepas merata-rata. Ibu saya walaupun nampak lemah lambut, naik hantu jugak bila tengok dia ni melepas sana sini. Sampai satu hari tu sebab dah terlalu geram, ibu pergi kurung dia dalam jamban satu malam. Amazingly esok tengok dia elok je dia ada dekat depan pintu jamban. Saya suspek kucing ni ada belajar ilmu magis dengan Houdini. Lepas kejadian tu dia lari dari rumah seminggu tak balik-balik. Lepas seminggu balik je mintak makan.Ceitt.

Kehidupan tak selalunya indah. Sampai satu hari kitorang kena pindah ke kuarters dan ayah kata tempat tu tak boleh bela haiwan. So nak tak nak kucing terpaksa la ditinggalkan dekat rumah lama. Nasib dah ada orang janji nak jaga dia. Masa semua orang sibuk menangkat barang dia duduk dekat corner, sayu je muka dia macam tau-tau je bakal kena tinggal. Tsk tsk. Tak lama lepas tu dapat berita kucing tu hilang. Orang yang janji nak jaga tu rupa-rupanya tak suka kucing! Hmpfft!


DAN YANG PALING BEST JIRAN SEBELAH RUMAH SIAP BELA ARNAB SATU REBAN LAGI.

Sekarang ni memang teringin sangat-sangat nak bela sekor. Tapi masalah pulak sebab adik allergik pada bulu. haih.

Jujurnya lah kan, saya memang jarang sekali jumpa dengan lelaki yang suka kan kucing. Ada je sebenarnya. Tapi dalam linkungan pergaulan saya memang kebanyakan mereka memang tak suka kan kucing.Termasuklah ayah sendiri.

Tak sangka sebenarnya dia ni pun sukakan kucing jugak. Hahaha. :)



p/s: Orang kata lelaki yang suka kucing ni penyayang. Entah fakta ke mitos tu saya tak tau.