Oh hai. Assalamualaikum :)
Dah lama tak update blog, so dah tak tau nak update macam mana? Jadi kena mula dari mana?
Yours truly kamu masih lagi macam ni. Masih sihat dan mungkin bertambah "sihat". Semenjak kerja ni selera makan bertambah-tambah. Ada je agenda nak pergi makan itu, makan ini. Kena pulak dengan team mate yang sangat peruh. Kejap-kejap dapat biskut, dapat coklat. Aww :') Cuma semenjak bekerja ni rasa macam dah tak berapa nak peduli dengan segala akaun sosial yang ada. Balik kerja pun kadang-kadang dah lambat dah penat selalu rasa macam malas lah nak on laptop. Tambahan pula sekarang cuma bergantung pada data smartphone. Ye memang selesa la online guna phone je tapi bila penat itu menguasai diri babai la semua akaun sosial tu. Terfikir juga nak tutup je akaun sosial semua tu. Sebab rasa macam dah tak berapa penting pun. Tapi itula masih difikir-fikirkan.
Dan sekarang pun macam rasa benda-benda fangirling ini pun sudah tiada dalam kamus hidupku. Entah la. Saya rasa saya dah masuk ke dalam fasa serius di mana mula rasa benda-benda yang pernah saya buat dulu melalaikan. Rasa semakin dewasa pula tetiba. Eh? Tapi my dear Kim Jaejoong, awak sentiasa berada di tempat yang teristimewa di hati saya. Walaupun sekarang ni awak dah bertukar menjadi seorang pervert oppa. Haih. Moga ditemukan jalan yang benar untuknya.
Aktiviti sekarang pun kalau waktu hujung minggu, lebih kepada menghabiskan masa untuk family. Bila dah kerja dah duduk jauh ni baru rasa kalau dapat spend time dengan keluarga tu sangat seronok. Dulu masa belajar lebih pada kawan-kawan. Walaupun waktu dah kerja sekarang ni pun sempat pergi berhibur dengan kawan-kawan, tapi waktu bersama keluarga tu paling bermakna saya rasa.
Saya pun tak tau apa nak di bebelkan sekarang ni. Tak pe lah saya akhiri entri hari ni sampai di sini sahaja. Jumpa lagi lain kali. Kalau saya masih teringat dengan kewujudan blog ni
Bye!
No comments:
Post a Comment