Let's Go Crazy~~

Boleh dikatakan, di kalangan kawan-kawan lain saya ni salah seorang yang kuat berjalan. Hujung minggu kalau tak keluar macam tak sah. Bukan setakat weekend, weekdays pun kalau kena gaya, habis kelas pun dia boleh hilang pergi berjalan. -.-" Nampak macam seronok sebab boleh hilang stress pergi window shopping, movies, makan-makan etc, tapi TAK SERONOKNYA bila duit habis lepas tu. Kengkonon nak hilang stress la keluar, balik rumah stres bila tengok duit habis. Dalam kepala boleh nampak duit terbang melayang-layang. haihh.

Pasal duit itu lain cerita. So, dah kata suka berjalan, pergi mana je haritu?

1. Big Bad Wolfbooks Aftermath

Masa BBW haritu tak berkesempatan nak pergi atas sebab-sebab yang tak ada orang nak teman. Jadi bila ada lagi BBW ni memang dah tekad dalam hati by hook or by crook I must go to this BBW! Memang ingat nak redah je pergi sorang (beraninya kau eh?) nasib baik la ada housemate nak ikut, tapi sayang dia ada hal. Akirnya pergi dengan kawan yang lain kebetulan dia ada kereta dia ajak sekali. :)

Memang ramai sangat orang. Buku pun banyak tapi limited copy. Tempat pulak sempit. And something unexpected happen while i was there. I almost fainted masa tengah beratur nak bayar. Kawan-kawan semua terkejut sebab beberapa minit sebelum tu elok je saya gelak-gelak mengacau kawan saya, a minute after that tetiba je boleh nak pitam. -.-" Agak cemas sebab masa keluar dari crowded tu saya terjatuh sebab kepala dah pening sangat, mata pulak berpinar nasib la boleh bangun balik. Mungkin sebab tak cukup oksigen sebab tempat sempit dengan crowded lagi, plus saya pulak kena flu. haih. Nasib baik baru nak pitam, kalau pengsan betul kat situ tak taulah. Balik lepastu pergi klinik dapat MC hari esoknya sebab demam. -.-

Selain dari kejadian tak diingini tu, all i can say BBW memang best. hihihi! Rasa tak cukup je beli 10. Lepastu entah bila nak habis baca tak tau la. Memang dasar perempuan bernafsu sembilan sungguh. kawan pulak ada bagi pinjam buku yang best-best. Meja saya dah macam mini library bak kata housie. Kalau ada BBW next year memang nak pergi lagi. tapi nanti pengsan lagi camne?

2. Puss In Boots ditenggelami Ombak Rindu

Ye ye saya dah tengok Ombak Rindu! XD Panggung penuh okey, tu pun nasib baik dapat tiket tapi seat depan sekali! Lepas dua jam keluar panggung sakit pnggang sebab kena tengok wayang mendongak. Kalau boleh memang nak tengok Puss In Boots tapi housie ajak tengok Ombak Rindu. saya pun on je la. Nak kata best ke tak movie ni tak tau la pada saya so-so je la. Sebab jalan cerita lain dari novel. ye la nak ikut betul-betul novel mau berapa jam masa tayangan? Tapi dalam wayang tu tak habis-habis gelak je sebab orang lain gelak kut. Konfius jugak ni tengah tengok cerita lawak ke sedih? Ke saya ni memang hati kering? Oh part tukar jam tangan antara Hariz dengan Izzah tu saya suka sangatttt! #berangantukarjamdenganjaejoong.

3. Jom Heboh.

Kebetulan ada Jom Hebo dekat Bukit Jalil jadi apa lagi? Pergi la. kekeke! My 1st time pergi. lagi pun tempat pun senang nak pergi. Oh btw, masa naik LRT otw ke Bukit Jalil saya terjumpa dengan sorang pakcik pelik. Oh mai dia tak habis-habis cerita itu, ini, tanya itu, ini. Saya dah cuak dah. Terasa lama gila nak sampai Bukit Jalil. Nasib baik dia turun dekat Sungai Besi. Itupun satu stesen lagi dari Bukit Jalil! bayangkan la dari saya naik lagi dia dah ada dalam tren tu! T.T Apa yang ada kat sana? Macam karnival biasa la cuma ada #retis je. Dapat jugak la buat adik saya jelly sebab saya jumpa Akim. haha.

4. Meeting ayumiyoshida90. again.

Hehe! Sebab nak bagi buku yang dia kirim haritu masa saya pergi BBW. XD Kebetulan dia datang KL sebab ada Konsert MOA. Wah jelesnya tengok dia dapat pergi. T.T Dah la ada SUJU, f(x), Miss A dengan B1A4 (entri ini ditaip sambil mendengar lagu B1A4). Boleh pulak terkonfius tempat kedai MyStar tu punya la pusing ingat salah floor rupa-rupanya salah wing. Padahal mesti lalu kat situ kalau pergi Times. T.T Btw, nice dapat jumpa awak lagi. :)

Tu je la kut. Padahal ada lagi. Yang lain tak yah cerita la. Lepasni nak pergi mana pulak?

Fieldwork 5 hari dekat Cameron Highland. Yeay and not yeayy (sebab kena buat kerja)~~

4 comments:

Ayu Iman said...

wah dasyat ko fana leh g jejalan2 jeles aku...siap da tgk citer ombak rindu lagi..uarghhhhhhhh....

fhmk-- said...

bestnye fieldwork pun kat cameron. jeles, hahaha.

Kiheee said...

bestnya dia! sana sini pergi.. hehehe. fieldwork kat cameron? jangan lupa strawberry eh..

ayumiyoshida said...

strawberyyyy! haha btw thanks buku tersebut dan jangan serik bawak saya menguku kuala lumpur lagi haha. orang noob tak kenal kl memang begini lah. bhahaha