Parah

Di kala kawan-kawan lain sedang susah hati nak menyiapkan proposal, saya pula tengah susah hati sebab benda lain. Tajuk tesis baru nak dapat esok sepatutnya aku susah hati lah kan memandangkan ada 13 hari lagi untuk bentang proposal?

Parah. Memang PARAH. Tapi boleh pulak kau susah hati sebab benda lain kan?

Saya ada habit malas nak cas telefon. Kadang-kadang baru terperasan bateri dah kong bila dah dua tiga hari tak dengar telefon tu bunyi. Nak dijadikan cerita, minggu lepas bateri handphone dah kong. Disebabkan malas nak cas dalam bilik aku cas je guna laptop. Dan di sini la segala kekusutan BERMULA.

Keesokannya, aku bangun awal sebab semangat nak pergi kelas pertama. Kononnya. Tapi disebabkan aku jenis lembab, walaupun bangun awal macam mana pun tetap siap lambat jugak. Sudahnya kawan aku dah asyik call tanya dah siap ke belum. -..-Dekat sini aku perasan sesuatu. Lepas kawan aku call, skrin handphone terus gelap. Takde apa-apa tertulis dekat skrin. Aku ingat teroff sendiri. Tekan sana, tekan sini baru ok. Fuhh lega. TAPI TAK BOLEH LEGA LAGI.

Sampai dekat kelas handphone aku buat hal lagi. Skrin tiba-tiba gelap. Dalam hati ah sudah, bala apa nak datang ni? Masa ni aku biar je handphone sebab lecturer dah masuk kelas. Balik rumah aku cuba tekan-tekan apa yang patut dan aku dah jumpa apa problem dia. Bila aku nak buat call atau ada call yang masuk skrin telefon akan automatik gelap. Tak boleh tekan apa-apa. 

masa ni aku cuak bukan main. Macam mana gelapnya skrin tu, macam tulah gelap dunia aku rasakan *hyperbola* dah la telefon aku tu jenis screen touch.

macam-macam cara aku buat. reset. dah. macam-macam aku google dekat internet. suruh update. aku update tapi error. *pengsan* bukan sekali, berkali-kali aku cuba update, berkali-kali aku format handphone tapi hasilnya macam itu jugak. Dan timbul pulak masalah baru. Apps tak boleh install. Hatiku hampa.

Orang lain mesti kata, ek eleh handphone rosak jerrr hantar kedai repair la. Tapi di sini la masalah negaranya. Handphone masih under warranty dan aku kena balik rumah untuk hantar servis. *Dasar kedekut* -..-





inilah kesayanganku. baru dibeli lebih kurang sebulan. SEBULAN ok. mana tak meraung bila rosak macam ni. sekarang ni cuma boleh buat hantar SMS, camwhore atau bukak facebook je. boleh nak buat call tapi lepastu kau kena cabut bateri kalau nak kembalikan dia ke keadaan asal. *pengsan*

nasib baik ada penyelamat


ratu sanubariku :') 
4 tahun pakai masih elok walaupun dah jatuh dekat err beratus kali kot. -__-"

sedih memang sedih. sampai aku meraung depan handphone sendiri, meraung masa telefon ibu ayah, tapi aku sedar itu semua dugaan dari Nya. mungkin ada hikmah di sebaliknya.

mungkinkah aku bakal mendapat samsung galaxy SII /iPhone sempena *cough*harijadiku*cough*dua minggu lagi? ;p

p/s: kadang-kadang memang betul rasa nak campak handphone ke diniding. Sabar je la duhai hati.


3 comments:

ayumiyoshida said...

sedihnya saya baca. semoga hp kamu selamat. *sambil pandang handphone sendiri yang dah jatuh berkali-kali dan skrinnya telah diketuk2 oleh kanak2 mujur x pecah saja*

semoga doa kamu dimakbulkan. galaxy SII. ehehe

Iji said...

nak jugak hp baru. bday saya lagi berapa hari je ni. kehkeheke..

hehehehe.. hp saya pun berkali2 jatuh jugak.. tapi naseb bek tough.. hahaha..

WZulhilmi said...

tp mmg lah hp lama jugak yg kita cari klu hp yg baru buat hal. hp yg lama tahan lama. tak tau kenapa. sbb function dia kurang kot.