Be careful of what you eat

Duduk dekat rumah memang takde benda lain nak buat selain makan, makan, makan, makan. Even kalau keluar jalan-jalan pun takkan ade benda lain nak buat selain makan, makan, makan, makan. Walaupun selalu komplen sana sini kata berat sudah naik, tapi masih tak insaf juga, nafsu makan masih lagi menghantui diri. Kena pulak dengan family yang begitu pemurah, suka betul ajak pergi jalan-jalan cari makan. Jadi dalam hal ni memang tak boleh nak salahkan siapa-siapa.


Lagipun duduk dekat rumah sangat heaven. Tak perlu risau pasal nak mencatu makanan sebab nak jimat. Tak perlu risau kalau stok-stok cikedis atau jajan habis. Tak perlu nak masak meggi bodoh tiap-tiap hari. Pendek kata hidangan makanan di rumah memang lengkap dengan segala zat dan khasiat utuk tumbesaran. (?)


Banyak makan komplen, kurang makan komplen, tak makan komplen. Fay, Fay tak habis-habis dia ni lah.


Bukannya apa, tak seronok jugak bila dah asyik makan je. Bukan makan tu yang tak seronok. Consequence after eating tu yang tak seronok. =.= Macam haritu masa nak pergi ke rumah sedara, breakfast saja dah makan roti canai. Sebelum lunch dah makan Nasi Ayam. Lunch pula dekat rumah sedara, demi nak menjaga hati kenalah makan sehingga bertambah dua kali. Minum petang dengan Pearl Milk Tea dan makan malam pulak dengan Meggi Goreng Ayam. Tengok. Satu hari punya makan je dah macam seminggu punya makanan. Ini melantak ke hape? Next time mana-mana produser Jalan-Jalan Cari Makan atau Warung Kita nak cari pengacara boleh ambik saya bekerja. I'm available on the spot. -__-"


Itulah orang kata makan biar berpada-pada. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Eh? Ke makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang? Tak kisah mana satu. Tapi disebabkan terlalu over makan di siang hari akhirnya malamnya terpaksa menanggung kesengsaraan sebab perut rasa tak selesa dan lepastu tekak terasa loya rasa nak muntah. Padan muka. *jelir lidah dekat diri sendiri*


Sebab apa jadi macam ni? Sebab perut pun macam kita jugak bila penat sikit macam mana dia nak proses makanan? Datang pulak pergi melantak tak ingat dunia. Makanan yang makan sebelum tu tak habis proses lagi dah sumbat dengan makanan lain. =.=" Tapi ialah bak kata orang selagi ada makan, makan la. Dah takde tu nanti bising la pulak. -.-


p/s:  Title patut tukar jadi "Be Careful with QUANTITY Of Food You Eat" -__-

Traveling is exciting.  New sights, new sounds, new smells, new tastes are always around the next corner.  That is part of the experience.  But new foods don't always agree with old stomachs.

7 comments:

WZulhilmi said...

wah bestnya menu makanan!! Eh boleh lah makan2 byk2. bak kata chibimaruko kita ada 2 perut! - -"

1612f said...

maggi bodoh tu jgk laa penyelamat di kala kesesakan haha! nak nak maggi kari xDD

Unknown said...

selagi ada makanan baik makan.
kang langsung xde makanan, kempunan lak.

Nadia said...

fay, selalu je jadi camni. Tp time raya la. Heheh. Maklum la, time raya segala jenis makanan masuk perut. Nasi,ketupat,rendang,biskut,kek,kuih raya,mee,meehun etc etc. hoho

Unknown said...

kdg2 makan pun boley bosan kan..hhaha

Rina Rossoneri said...

kalau kita dah cirit birit makan byk2..perut ini sangatlah sensitif

Raji and Yeen said...

hahahaha
bagus juga alasan tmbh makanan sebab nk jaga hati tuan rumah tuh..
xpernah terfikir =.="

erm aah kan
kalau dh dok rumah tu confirm2 xbyk bergerak sgt
so sbb tu depa pnggil proses membesarkan badan ble dok kt umah