Masih di aras normal

Amazingly...I'm still survive. Pheww....

Berjaya juga sampai ke paper kedua terakhir hari ni. Setelah melepasi total empat paper terasa beban di dada ni semakin berkurangan. Exam kali ni memang penuh dengan drama, emosi dan air mata. Orang kata dugaan waktu exam memang banyak. Hidup ni mana ada butang delete yang kita boleh guna bila masa-masa je bila datangnya dugaan. Nak tak nak kena lah tempuh dengan sabar. By the way, thats make life interesting right? Sebab satu masa nanti kita akan senyum bila teringat kenangan lama. 

Nak sampai ke paper hari ni seksa betul rasanya. Jarak masa yang lama (8 hari i tell you) bukannya penentu revison yang dilakukan tu sangat berkesan. Bila masa banyak sikit mulalah sikit-sikit update belog, sikit-sikit bukak facebook, sikit-sikit bukak Youtube, sikit-sikit lagi bukak twitter (apalagi stalk jaejoong la).Baca dua ayat je mula mengantuk. Kena paksa diri baru boleh study. Hasilnya memang membaca semata-mata sebab mau exam bukan untuk pengetahuan. Amboi berilmiah betul si Fay sekarang ni.

Nasib baiklah berjaya jugak habiskan walaupun ada dua tiga nota tu baca macam angin lalu je. Paper tadi memang redah dan redha je. Keluar exam hall muka tersenyum, bukan senyum sebab boleh jawab tapi senyum lega dah lepas paper hari ni. Dan tak pasti bila dapat result nanti mampu tersenyum atau tak. -_-

Tapi ialah kan, kita dah buat yang terbaik maka bertawakal je lah. Leave the rest to Allah. InsyAllah dia akan beri yang terbaik. Kalau tak kita cuba lagi. Kalau kita study gila-gila, hafal macam mana sekali pun kalau dah dia kata tak okay tak okay la. (Ni ayat sedapkan hati sebenarnya)

Esok test untuk Integratif Diagnosis Penyakit Berjangkit dan ye, belum start study apa-apa lagi sebab ni test mengejut tak termasuk pun dalam jadual exam haritu. Ialah tu kan, kalau termasuk dalam jadual exam haritu belum tentu lagi saya dah start study. Oh terlupa report field trip DBKL pun tak buat lagi. 

*pengsan*

Sekarang nak tidur dulu nak rehatkan otak. 


4 comments:

WZulhilmi said...

Fay!! dh nak last paper ke?? Jeles!!! aku baru nk start first paper esok!! T__T

UknoWana said...

Fay Hwaiting!!!

syufaa said...

hahaha..sabaq naaa..ckit lagi nak abeh tu..tahan godaan! :P

Fay said...

Wzulhilmi: esok aku last paper. sila jelesss! muahahaha

Wana: okeyy thanksss!

syufaa: tengah tahan ni. adeiss.