Her, with her little kitty

Semenjak dua menjak ni, mostly kebanyakan entri memang hanya memenuhi kehendak suku populasi penduduk Bumi sahaja. Kalau tak emo, mesti pasal Jaejoong. Nampak sangat kehidupan saya hanya berputar pada dua benda ni je. Takde life sungguh. Haih.

Jadi dalam post kali ni apa kata kita bercerita pasal kucing. Kalau semalam ada kisah pasal Jaejoong and his little Jiji, apa kata hari ni kita bercerita mengenai kisah saya dan kucing pulak. Asyik cerita pasal Jaejoong je, lama-lama orang pun konfius, ini belog Jaejoong ke belog Fay? Jangan konfius ini belog kipas-susah-mati Jaejoong je, dan dia pun dah jadi maskot tak rasmi belog ni. -_-

Sejak dari kecik lagi memang saya gemarkan makhluk yang berbulu. Sebab makhluk berbulu ni (kebanyakannya) memang tersangat lah comel! Terutamanya kucing. Typical girl I know. I can't help myself. Walaupun banyak lagi makhluk berbulu di luar sana (manusia berbulu lebat terkecuali) I prefer cats more than hamster or rabbit or anything. Oh ya, walaupun saya kata saya gemarkan makhluk berbulu, tapi sebenarnya saya agak fobia sikit pada tikus dan spesies-spesiesnya. Sekarang mungkin kurang sikit fobianya sebab dah selalu sangat 'berperang' dengan tikus makmal.

Comel tapi suka menggigit. Sebab tu fobia.

Waktu kecik-kecik dulu ada la saya bela seekor kucing. Itupun lepas pujuk banyak kali sampai hentak-hentak kaki baru ibu bagi bela. Mungkin sebab masa tu saya masih lagi anak tunggal dan sangatlah comel pula maka ibu takde pilihan lain selain mengikut sahaja kehendak anak perempuan tunggalnya yang comel ni. Sekarang ni kalau buat perangai begitu sambil hentak-hentak kaki, mungkin minta lempangan percuma sahaja ataupun ibu terus pack anaknya ni hantar pergi Afrika sana kasi kawan dengan singa.


Dan biasalah sebelum dapat banyak janji-janji yang ditabur contohnya akan sentiasa bagi kucing tu makan, mandikan dia, main-main dengan dia tapi at the end akhirnya ibu jugak yang buat semua benda tu. Sebab itu agaknya kucing tu tak pernah anggap saya ni macam tuan dia, dan  sebab tu  jugak lah  dia selalu cakar saya. hahaha. Yes Jaejoong, kita berdua sama je. -_-'' Oh by the way, nama kucing saya dulu tu Comel. hahaha tipikal sungguh. Akal budak-budak manalah nak terfikir nak bagi nama advanced macam Jiji ke.

I know I've upload this for the 2nd time. He's too cute I can't help it.
Dah namanya kucing kan. Dia ni suka melepas merata-rata. Ibu saya walaupun nampak lemah lambut, naik hantu jugak bila tengok dia ni melepas sana sini. Sampai satu hari tu sebab dah terlalu geram, ibu pergi kurung dia dalam jamban satu malam. Amazingly esok tengok dia elok je dia ada dekat depan pintu jamban. Saya suspek kucing ni ada belajar ilmu magis dengan Houdini. Lepas kejadian tu dia lari dari rumah seminggu tak balik-balik. Lepas seminggu balik je mintak makan.Ceitt.

Kehidupan tak selalunya indah. Sampai satu hari kitorang kena pindah ke kuarters dan ayah kata tempat tu tak boleh bela haiwan. So nak tak nak kucing terpaksa la ditinggalkan dekat rumah lama. Nasib dah ada orang janji nak jaga dia. Masa semua orang sibuk menangkat barang dia duduk dekat corner, sayu je muka dia macam tau-tau je bakal kena tinggal. Tsk tsk. Tak lama lepas tu dapat berita kucing tu hilang. Orang yang janji nak jaga tu rupa-rupanya tak suka kucing! Hmpfft!


DAN YANG PALING BEST JIRAN SEBELAH RUMAH SIAP BELA ARNAB SATU REBAN LAGI.

Sekarang ni memang teringin sangat-sangat nak bela sekor. Tapi masalah pulak sebab adik allergik pada bulu. haih.

Jujurnya lah kan, saya memang jarang sekali jumpa dengan lelaki yang suka kan kucing. Ada je sebenarnya. Tapi dalam linkungan pergaulan saya memang kebanyakan mereka memang tak suka kan kucing.Termasuklah ayah sendiri.

Tak sangka sebenarnya dia ni pun sukakan kucing jugak. Hahaha. :)



p/s: Orang kata lelaki yang suka kucing ni penyayang. Entah fakta ke mitos tu saya tak tau.

7 comments:

syufaa said...

kucennnnng, seb baek bkn hanjengg..heee :P

Fay said...

haha tau tape. biasanya diorg prefer anjing dari kucing. :P

ayumiyoshida said...

kucing first aku nama Chow. haha.

tp sekarang sejak lepas spm, pindah dah tak bela dah.

oh mjjeje oppa kita sama. haha. okay okay oh cik Fay kita sama!

Fay said...

hehehe. akhirnya semua dikaitkan dengan abang jaejoong ni jugak

WZulhilmi said...

siyes jijik.. eh jiji tu comel dn bersih!! klu dpt kat aku.. - -"

UknoWana said...

aigoo... paling tak suka kucing, wlaupun binatang kesayangn nabi... harap2 Yunho tak ske kucing...heheh

Fay said...

Wzulhilmi: kalau dapat kat kau jadi jijik ke? -.-''

Wana: Yunho suka Jae... eh?