Berdepan dengan budak tak matang

Berdepan dengan budak-budak yang tak matang ni memang banyak cabarannya. Biasanya diorang ni jenis yang rebel. Cakap sikit nak melenting, tegur sikit tarik muncung sedepa. Cantik sangat lah tu. Dah serupa cencurut je.

Saya: Farah kau tengok video ni. Suara Jaejoong best gila dalam video ni.
Farah: Ala..malas nak tengok lah. Tepilah Farah nak guna laptop ni. Tak habis-habis dengan Jaejoong. Bukannya hensem sangat pun. (aikk? kesiannya aku. rupanya taste aku begitu teruk sangat. dulu kawan cakap Jaejoong tak hensem. sekarang adik sendiri pulak)
Saya: Eh? Kau tengok la dulu, best tau. Hensem je dia dalam ni. (kalau boleh tak mau mengaku kalah)
Farah: Tak minat lah. Orang minat orang lain sekarang ni lagi hensem.
Saya: Siapa? Pakwe kau tu ke?
Farah: Ye lah. Lagi hensem.
Saya: Eleh ada aku kesah?
Farah: Yelah daripada kau tu takde! (Ewahh ni melampau ni. Cool beb cool. Sebagai kakak yang matang *eh? iye ke?* kita tak boleh nak ikutkan sangat budak yang tak matang macam adik saya ni.)
Saya: Yelah, yelah. Dengar sini, doa orang yang teraniaya tu mudah dimakbulkan tuhan. Nanti along bawak balik calon husband yang sehensem, sebijik macam Jaejoong tu baru kau tau. 

Ewah. Sudah berani kau melawan kakak mu ini ye. Wahai adikku, kau dah dikira langkah bendul ni. Saya nak kereta Audi sebijik. Ada berani? *evil laugh*

p/s: Single is better than double. Tapi doublecheese burger lagi better dari cheeseburger sahaja.

8 comments:

Kiera Shakiera said...

adik kamu sgt berani berkata kata ye..hihi...
anyway,cople pun ok jugak actually..hehe...depend on the one yg kite cople tu..hehe..

Raji and Yeen said...

hahaha ak phm perasaan kau
mmg budak2 sekarang bbza bnding kita dlu2
sentiasa mengangguk je..
adik ak pun kalau ak nk ksi nasihat
cukup susah skali ;P

Fay said...

kiera: haha saya tak kate yang kapel tu tak ok. :) oh adik saya memang lazer sekarang. tapi dia tak tau kakak dia lagi lazer sebenarnya

fakhrur razi: betul betul betul. kadang rasa nak lempang je. tapi adik kann. tak sampai hati

lilema_ said...

haahahhaa..cait! kalo ada adik cmtu sekeh3~ tp ur right about couples, single better lg sbb dpt cuci mata tgk artis korea..HOHO~

Fay said...

memang rasa mau sekeh2 je. so true....lagi-lagi dapat tengok jaejoong owh!

syazidris said...

lol , adik unnie ntah2 minat yunho lebih! sbb tu x minat jae , hehe~

Unknown said...

hahaha
amboii adik u ;P
naseb i takde adek :P

Rina Rossoneri said...

memang lah jaejoong tak hensem, but he's the most prettiest guy.. hahaha, serius kalau tgk muka jaejoong rasa jeles je, sbb lawa sgt