Bloody Tuesday

Phewwwww!

Hari ni si Nana baru je setel satu paper. One down three more to go. Fuh fuh leganya.

Ek eleh. Baru satu paper je dah nak kecoh kan? Killer paper kot. Bagi orang lain paper Hematology hari ni senang gila kot, tapi bagi saya paper hari ni adalah satu penyiksaan. Bak kata pepatah, "They give me question I don't know, I give them answer they don't know." Amboi pepatah English sekali bagi, tapi sumpah adik-adik mana yang nak dapat result cemerlang tu jangan guna pepatah ni,. Melainkan anda memang bersedia untuk gagal maybe?

Kalau orang lain ada study week, saya mana ada study week. Dapat gap 4 hari je lepas test hari jumaat lepas mana lah nak cukup. Ala kalau bagi sebulan study week pun memang takkan cukup punya kalau dah laptop depan mata. Sekejap-sekejap bukak Youtube. Sekejap lagi, "Ehhh JAEJOONG update status twitter dia lah!"

Kan dah kata memang tak boleh ada laptop depan mata. -_-

Paper hari ni start pukul 3.30 petang. Lambat sangat dah la tu petang pulak. Letih menunngu. Jantung memang dah dap dap dap. Kalau budak-budak medical cakap dah tachycardia. Berpeluh-peluh seram sejuk semua ada. Pagi-pagi bangun awal gila bukak buku kononya nak study, final revision lah kan. The last few hours might change your CGPA. Tapi satu apa pun dah tak boleh nak masuk dah. Lepas dua jam je tidur. Amboi sempat lagi tidur tu. Tapi dah termimpi-mimpi dah pasal Platelet Disorder dah. Fuhh fuhh. Susah betul nak menyerap semua ilmu hematology ni. Lepas baca satu bab, bab lain dah tak ingat dahhh. Haih. Kena bertukar jadi Edward Cullen dulu baru mampu menyerap semua benda-benda berkaitan darah ni kot?

Housemate pulak semua dah sok sek sok sek bincang bincang,
"Eh ingat tak pasal clinical significance antibody?"
"Warm antibody, cold antibody, ABO forward and reverse typing?"
"Darah kena basuh tak masa ujian anti-globulin?"

Cuak cuak. Nampak sangat diri ni tak habis prepare lagi ni.

Dalam exam hall dengan lafaz Bismillah bukak kertas soalan tegok soalan essay dulu. *Pengsan* Okey takpe masih ada MCQ lagi takpe-takpe. Take your time. Soalan no 1 MCQ masih boleh lagi, masuk soalan no 3, demmit demmit! Nak tak nak kena bertawakal je lah. Bila tengok soalan, kalau rasa jawapan A tu betul maka terus cepat-cepat tanda A tu betul. Selalunya jawapan yang 1st instinct tu lah yang betul. (mintak mintak lah mana-mana yang tawakal tu kena). Habis MCQ proceed kepada essay pulak. Yang ni kalau nak cerita pun malu. Rasa lebih merepek dari menjawab. Tak tau lah yang mana satu fakta yang mana satu auta. Behasil jugak la kegigihan merepek dekat blog akhirnya dalam essay memang merepek juga. Memang I totally give them answer they don't know lah!

Konsep menjawab exam sejak dari 1st year lagi adalah REDAH dan REDHA.

Toleh kiri toleh kanan, tengok semua gigih menjawab. Ada yang berjela-jela panjang menjawab. Ada yang dah siap cepat sempat re-check lagi. Ahhh kalau ada masa lebih pun cuma sempat nak menghentam je. Kenapa la dari sekolah lagi selalu macam ni?

Esok ada lagi sambungan exam Hematology. Tapi bahagian OSPE pulak. Lemah longlai rasanya. Yang ni kena ingat semua slide-slide darah, mana red blood cell mana white blood cell, mana yang normal tak normal. Fuhhhh. Sumpah nak cakap dari satu disease ke satu disease semua blood picture yang saya nampak semua sama je. -_- Parah nii.

Kesimpulannya di sini, mana yang perlukan khidmat saya untuk check darah dan yang sewaktu dengannya sila fikir dua tiga kali, tapi kalau nak ajak pergi shopping, tengok wayang, jalan-jalan ke you can always contact me I'm free all the time harharhar.



Sebelum exam tadi baca pasal Massive blood transfusion


Selepas exam ni, memang ada orang yang kena Massive blood transfussion 

"Joongie-ahh are you trying to seduce me?"

p/s: Baru teringat cerita Bloody Monday tak habis tengok lagi.

3 comments:

ayumiyoshida said...

sama je macam kita.

sibuk baca. tiba tiba, eh eh jj update twitter. haha.

good luck!

and oh itu, gambar yg boleh buat nose bleed tanap henti. haha

Fay said...

sebab tu ada yang perlukan massive blood transfusion ni.

kema said...

owh cik fana..kamu sibuk jwb soklan xm hematology...kema lak sibuk memerah otak nk ingt balik limit n continuity,differentiation ..warrgghh~ matrix punye subjek neh..haissh...xingt lgsung!!!demmm