Kecik-kecik dulu bukan ke mak sudah pesan jangan main api?

Tapi itulah kan, budak-budak. Selalunya makin ditegah makin di larang itulah yang dia buat. Bila dah terkena tangan dah terbakar sana-sini barulah buat muka tak bersalah. Jawapan tipikal, "Tak tau, tak tau" -_-

Nasib baik lah saya ni penakut dengan api. Penakut sampai nak nyalakan penunu Bunsen dalam lab pun kena suruh partner yang buat. Oh macam mana nak survive bila posting kat HUKM? Harap-harap sana ada dapur gas yang macam kat rumah tu. -_-. Sambil buat diagnostic test sambil makan meggi. Eh eh mana boleh makan dalam makmal. 

Safety in the lab tu sangat penting. Sudahlah dalam lab itu banyak chemical yang mudah terbakar mudah meletup semua. Sikit je kecuaian memang malang seumur hidup lah. Baru je PPSP beri penerangan sebelum ni.

Dan tiba-tiba berlaku je kebakaran kecil di dalam lab semasa lepas. Menakutkan sebab kebakaran tu berlaku betul-betul bersebelahan makmal group saya. Dan paling menakutkan sebab sumber api berdekatan dengan sumber gas yang mudah terbakar

You know the consequences right kalau lambat je bertindak?

Dah lah I tak kahwin lagi. Eh eh kesitu pulak kau?

Jangan main api dalam makmal. Kalau nak main api sangat pergi main bunga api kan dah nak raya ni. Eh puasa pun belum dah fikir nak raya pulak. Eh eh? Bunga api pun bahaya jugak lah.


5 comments:

Mardhiah said...

hohooo~
lame dh tak masuk makmal sjk jd bdk archi..

last time pun time f5.ngee~

WZulhilmi said...

bahaya betul!! bygkan klu ada gas mudah terbakar lpas stu ko tak sengaja pasang api.. melatup satu lab!! boom~~~
hahaha :)

Anonymous said...

api sgt membahayakan. nseb cpt btindak. :)

Unknown said...

api memang bahaya.
tapi bunga api masa hari raya best.

Nas said...

huhu..
lame gler xg makmal..
yelah..
da lame da amek kos akaun..
xmerasa ak nk men api..hahaha

jom bace entri terbaru nas klik:

minum minuman segera tak elok