Stalkers

Budak yang bernama Fay ni kalau dah masuk kereta, selalunya dia akan sumbat telinga dia dengan headphone lepas tu bukak mp3 kuat-kuat. Lagi-lagi kalau dia tengah layan lagu Mirotic feveret dia, boleh pulak dia berangan sekejap pasal 5 hotties yang terhangat di Asia tu. *nosebleed* =).

 Inilah 5 hotties yang buat dia berdarah-darah hidung. Bila nak buat comeback ni? Bila nak settle kes dengan SME ni? Awak yang tengah tu bila nak datang meminang saya ni? Bila? Bila?

Tak sampai setngah jam bergerak dalam kereta dia mesti dah tertidur, dengan mp3 terpasang kuat pulak tu. Budak ni memang tak boleh bagi  seat sebelah pemandu. Nanti dia bawak driver pergi La La Land pulak. Kann dah satu hal. Tiba-tiba dia terlambung dekat seat belakang. 

"Ayah, drivelah slow-slow sikit."

Bertuah punya budak. Sudahlah lesen takde nak marah-marah driver pulak ye. :P Nasib baik tak kena tinggal kat tepi jalan. Tapi nak buat macam mana dah jalan tu tak rata. Ngeri-ngeri. Dah terlambung tu kepala macam tergoncang sikit, teringat pulak dekat kenangan lama lagi-lagi bila lalu dekat kawasan area Kahang nih.

Haisshh zaman-zaman sekolah dulu memang femes pasal kakak angkat, abang angkat ni. Kalau femes adelah chance nak jadi adik-adik angkat. *adik-adik angkat? LOL!* TAPI, bagi saya dan kawan baik saya yang nerd dan skema ni dah tentulah paling tak fofular, maka possibility nak terangkat tu memang takdelah weih. Serius. Maka saya dan si besfren ni decide, eh besfren decide saya ikut je, heehee =D, untuk mengangkat seseorang sebagai abang angkat. Cehh cehh gaya macam nak bagi anugerah terhormat.

Dulu kelas terletak paling hujung dekat blok. Tapi sangat strategik. Dekat dengan tempat parking motor, dekat dengan tempat budak-budak asrama pergi balik kelas. Hari-hari boleh tengok senior form 5 lalu lalang. Weihh kalau dah form 5 automatik anda hot stuff. Lagi-lagi lelaki. Memang heaven bagi perempuan miang dan gatal macam saya ni. :P Maka dalam banyak-banyak senior hot stuff tu, ada sorang yang jadi pilihan hati kami (pilihan hati besfren) , untuk diangkat. Tiap-tiap pagi datang awal nak tengok dia. Balik pun lambat nak tunggu dia balik dulu baru lah terhegeh-hegeh nak balik walau dalam kelas asyik komplen ngantuk nak balik awal. Si besfren bila nampak si abang di-angkat terus tak concentrate pada perbualan. Kecik hati orang yang berbadan kecil macam saya ni. :P

The end of the year si abang di-angkat nak ambik SPM, dah nak berhenti sekolah. Sedih. Tapi sempat lagi cari alamat dengan no telefon. In case rindu nanti boleh SMS kirim surat layang kan. Sebelum cuti sekolah sempat bagi abang di-angkat cenderahati tanda penghargaan. Hehehe! Tapi si abang di-angkat tak tahu kitorang selalu stalk dia hari-hari. Kalau dia tahu malu ah memang konfem tak datang sekolah setahun. Alasan-alasan, sebenarnya memang malas sekolah. :D  Masa cuti sekolah pergi ikut ibu attend wedding kawan dia. Dekat Kahang. Eh eh? Abang di-angkat duduk kat sini lah. kalau jumpa konfem si besfren jeles. :P

Waktu nak balik, bila dah dekat kereta tiba-tiba ada seorang lelaki tersengih-sengih datang jalan laju-laju bagi bekal nasi kenduri. Eh? Bukan dah dapat ke tadi. Wahh rezeki-rezeki dapat nasi lebih! Tapi eh, apa motif bagi lebih. Tak faham, tak faham. Nak ngorat I ke? eh sibuk nak perasan lah pulak budak ni. Kawan-kawan ibu jels sebab diorang dapat satu je. Teehee. :)

Tapi kannn



Hey orang tadi macam rupa abang di-angkat lah! 
Gulp?

Terus text besfren.
Patutnya the next year tak pergi sekolah setahun kan?

-_-

5 comments:

UknoWana said...

adoyai... abg angkat ader rupa jejung x??

Fay Nana (Cik Fana) said...

mase tu tak kenal jejung lagi. huhuhu takde lah! :D

Michiko Pieces said...

sape tu farhana? hahahaha

cracked bunny said...

nk abg angkt jugak neh ;)

Fay Nana (Cik Fana) said...

azah: rajsia wooo...mane blh sebut name...woo tak boleh bg tau woo...

sha: nak? haha cari satu. :P