If we took a step back and looked at the world today

Berita mengejutkan semalam adalah mengenai misi bantuan kemanusiaan ke Gaza telah disekat oleh para Yahudi laknatullah. Apa yang lebih dahsyat lagi apabila kapal tersebut diserang oleh pihak Yahudi dan menyebabkan beberapa sukarelawan telah gugur syahid dan ramai lagi yang cedera. Menurut sumber berita angka kecederaan tersebut semakin meningkat. Misi tersebut disertai oleh pelbagai bangsa, tanpa mengira bangsa dan agama. (Rakyat Malaysia juga turut menyertai misi ini.)

Ini terdapat sedikit info mengenai Mavi Marmara Flotilla Ship yang diperoleh di FB seorang Hamba Allah pagi tadi:
the Mavi Marmara Flotilla Ship had been attacked by Israel..this ship brings 700 humanitarians all over the world to deliver aid to Palestinians after Israel had implied blockade for food,medicine etc towards them...there are 700 multiracial and multi religion activist in the ship and Malaysian delegates are amongst them. Currently they are sailing on the international sea towards Gaza to deliver the aid. However, because of the fear of weapon delivery, (yg kononnya ada dalam kapal tu but after dh cari2, yg jumpe hanyala pisau > source : http://idfspokesperson.com/2010/05/31/pictures-of-weapons-found-on-the-mavi-marmara-flotilla-ship-31-may-2010/ ),Israeli has been following the Flotilla ship with 4 kapal perang and 1 helicopter. Last night, their militiry commander had landed on the Flotilla Ship and open fire. 16 people are dead, many are wounded and the number is rising.

Lihat betapa sengsaranya masyarakat di Palestin. Nyawa mereka umpama berada di hujung tanduk. Tidak berharga langsung. Segala kemudahan dimusnahkan. Tempat belajar, rumah, malah mereka juga turut kehilangan ahli keluarga. Mereka menjadi pelarian di tanah air sendiri. Sudahlah semua kemudahan dimusnahkan, bantuan kemanusiaan turut disekat. Apa lagi yang tinggal untuk mereka? Sedih bila lihat keadaan ni.

Cuba kita bandingkan dengan keadaan di Malaysia. Di sini kita bebas melakukan apa sahaja. Tiada sekatan, rakyat bebas ke sana ke mari malah pelbagai kemudahan disediakan untuk kesenangan kita.Keluahan kita hanyalah bila fail exam, duit pokai bila nak pergi berfoya, bila bergaduh/clash dengan pakwe/makwe etc etc.

Kadang-kala kita leka dengan nikmat dunia yang Allah telah berikan. Boleh lihat remaja-remaja Malaysia khusunya sangat leka dengan dunia yang penuh dengan kemaksiatan. Seks bebas, berjudi, arak itu semua benda biasa. Diorang kata normal. Tak remaja kalau tak buat benda-benda macam tu. Tak remaja kepala hotak kau lah! Dan bila dah lahir insan-insan yang tak berdosa hasil daripada perbuatan terkutuk korang baru menggelabah nak buang sana, buang sini. Sampai bila keadaan ni nak berterusan.

"antara cara utk memusnahkan Umat islam adalah dengan merosakkan kaum hawanya."
Saya mungkin bukan insan yang cukup sempurna untuk mengajak ke arah kebaikan tapi...

"siapa yang menyampaikan tak penting,
apa yang disampaikan adalah lebih utama"

Saya tidak mampu mengangkat senjata, apa yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa untuk membantu masayarakat Palestin. Semoga doa kita dimakbulkan oleh Allah S.W.T


credit to:
tnoevilwitch@blogspot

2 comments:

Nas said...

huhu...israel mmg kejam...xberhati perot...pehal org yang nak wat amal depa p bom???? ermmm...remaja malaysia mmg leka...kalu buat pertukaran,rakyat malaysia ke palestin,rakyat palestin kat malaysia,cmne tue...huhu....errmmm...kamo pye post comment better dlm btk pop up,sng nak dikomen...lagi2 aku nie yg broadband lembab...i foolow u.:)

Fay said...

owh yeke ok! nanti akan diubah ye. :)