Aku suka sama dia.


Secara jujurnya saya bukanlah peminat fanatik Adamaya. Ini disebabkan semasa cerita ini disiarkan, saya sedang menyibukkan diri dengan assignment beserta nota-nota yang bertimbun untuk menghadapi peperiksaan final. Sunnguh hiperbola alasan yang diberikan. Ok sebenarnya tiada TV di bilik dan juga kemalasan mahu ke website TV3 maka Adamaya saya tinggalkan. *Encik TV3 memang pandai pilih waktu nak siarkan drama yang menarik* Lagipun saya lebih leka menonton Code Blue dan bermain melayan facebook buku. Tetapi kadangkala saya menggedik juga menonton Adamaya. *Ini disebabkan kekalahan dalam merebut remote control dan juga tertarik dengan watak Adam * :D Berjaya juga menonton beberapa episod setelah pulang ke rumah.

Tidak dinafikan populariti Adamaya memang setanding dengan populariti drama Nur Kasih.  Mana tidaknya , hampir kesemua rakan-rakan menulis status mengenai Adamaya di Facebook dan wujudnya juga kuiz mengenai Adamaya (seperti semasa berlangsungnya drama Nur Kasih). Secara jujurnya saya juga bukan peminat fanatik Nur Kasih. Oh something wrong di sini? Haha anda boleh merujuk alasan di atas. =P 

Walaubagaimanapun cerita ini telah ditamatkan dengan jayanya selepas berlangsung selama 23 episod dan saya yakin ramai yang mengeluh seperti Cik Kema kerana cerita ini telah berakhir. Mungkinkah ada yang menangis? :D Saya amat tertarik dengan satu post yang ditulis oleh seorang penulis blog. Boleh baca di sini.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai cerita ini, dan kalau anda hendak tahu dengan lebih lanjut boleh google sendiri. ;P Apa yang saya hendak tekankan di sini adalah cintailah pasangan anda berlandaskan kepada Allah. Terimalah dia seadanya, bahagiakan dirinya sepenuh hati seperti Adam. Jangan jadi seperti Dani yang hanya mengikut nafsu dan akhirnya, rumahtangga sendiri terabai dan akhirnya gila kerana cinta.

Hahaha! Melihat kepada kisah ini, rasanya istilah perkahwinan yang diaturkan keluarga bukanlah sesuatu yang kuno. :D Mungkin alasan "Saya tidak mahu berkahwin dengan insan yang tidak dikenali" boleh ditolak! (seperti yang ditulis oleh penulis blog berkenaan) ;D


Eh, eh tiba-tiba penggunaan "aku" telah diganti dengan "saya" :D Mungkin mood saya baik hari ini. Terima kasih roti bakar *tetibe*

No comments: