Showing posts with label Lets Go Crazy. Show all posts
Showing posts with label Lets Go Crazy. Show all posts

Be careful of what you eat

Duduk dekat rumah memang takde benda lain nak buat selain makan, makan, makan, makan. Even kalau keluar jalan-jalan pun takkan ade benda lain nak buat selain makan, makan, makan, makan. Walaupun selalu komplen sana sini kata berat sudah naik, tapi masih tak insaf juga, nafsu makan masih lagi menghantui diri. Kena pulak dengan family yang begitu pemurah, suka betul ajak pergi jalan-jalan cari makan. Jadi dalam hal ni memang tak boleh nak salahkan siapa-siapa.


Lagipun duduk dekat rumah sangat heaven. Tak perlu risau pasal nak mencatu makanan sebab nak jimat. Tak perlu risau kalau stok-stok cikedis atau jajan habis. Tak perlu nak masak meggi bodoh tiap-tiap hari. Pendek kata hidangan makanan di rumah memang lengkap dengan segala zat dan khasiat utuk tumbesaran. (?)


Banyak makan komplen, kurang makan komplen, tak makan komplen. Fay, Fay tak habis-habis dia ni lah.


Bukannya apa, tak seronok jugak bila dah asyik makan je. Bukan makan tu yang tak seronok. Consequence after eating tu yang tak seronok. =.= Macam haritu masa nak pergi ke rumah sedara, breakfast saja dah makan roti canai. Sebelum lunch dah makan Nasi Ayam. Lunch pula dekat rumah sedara, demi nak menjaga hati kenalah makan sehingga bertambah dua kali. Minum petang dengan Pearl Milk Tea dan makan malam pulak dengan Meggi Goreng Ayam. Tengok. Satu hari punya makan je dah macam seminggu punya makanan. Ini melantak ke hape? Next time mana-mana produser Jalan-Jalan Cari Makan atau Warung Kita nak cari pengacara boleh ambik saya bekerja. I'm available on the spot. -__-"


Itulah orang kata makan biar berpada-pada. Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang. Eh? Ke makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang? Tak kisah mana satu. Tapi disebabkan terlalu over makan di siang hari akhirnya malamnya terpaksa menanggung kesengsaraan sebab perut rasa tak selesa dan lepastu tekak terasa loya rasa nak muntah. Padan muka. *jelir lidah dekat diri sendiri*


Sebab apa jadi macam ni? Sebab perut pun macam kita jugak bila penat sikit macam mana dia nak proses makanan? Datang pulak pergi melantak tak ingat dunia. Makanan yang makan sebelum tu tak habis proses lagi dah sumbat dengan makanan lain. =.=" Tapi ialah bak kata orang selagi ada makan, makan la. Dah takde tu nanti bising la pulak. -.-


p/s:  Title patut tukar jadi "Be Careful with QUANTITY Of Food You Eat" -__-

Traveling is exciting.  New sights, new sounds, new smells, new tastes are always around the next corner.  That is part of the experience.  But new foods don't always agree with old stomachs.

Giveaway Edy: Terbang Jauh-Jauh

Amat rare sekali jika ingin melihat si Fay ni join mana-mana giveaway atau contest. Mungkin sebab trauma dulu join giveaway/contest lepas tu tak menang-menang. Haih. Biasalah tu adat pertandingan kan, mesti ada yang menang mesti ada yang kalah. Ini realiti kehidupan. Tapi realiti kehidupan yang ini selalunya tidak memihak kepada saya. Tsk tsk.


TAPI bak kata orang, buat baik berpada-pada, join giveaway/contest biar berkali-kali jangan sekali. (Apa yang kau cuba maksudkan tu Fay?) Mana tau kalau ada rezeki kali ni boleh menang. Kalau takde rezeki kita berbalik la pada realiti kehidupan yang saya cakap kat atas tadi. -_-"


oh ya, harini cik kema kita ni dah tag saya untuk join giveaway ni. Gigih betul dia ni tag si Fay ni untuk join-join giveaway ni. Sebelum ni ada jugak dia tag bukan setakat giveaway, tag dengan award pun ada, tapi tau-tau je la yours truly si Fay ni memang la suka sangat mengelat. Dan harini jugak banyak la pulak dapat tag, award etc etc. Mekasih ye. Nanti slow-slow si Fay ni buat (kalau tak lupa) sebab sekarang ni internet sangat slow. Ni semua sebab yours truly kamu ni asyik online je 24/7 semenjak cuti ni sampai broadband dia dah over. Padan muka padan muka. -_-"


Baiklah-baiklah, suka je si Fay ni melalut tengok mukadimah dia je dah over padahal ini sepatutnya satu entri yang simple lagi mudah. Ok macam mana nak join giveaway ni? Mudah je.



1. Buat 1 entry pasal giveaway ni dengan tajuk "GiveAway EdY : Terbang Jauh-Jauh".
(letak banner giveaway pada entry dan pastikan kat entry korang ada link terus ke entry contest ini)
2. Jadi follower blog ini.
3. Tag 1 org blogger lain atau lebih dan make sure dieorg tahu.
4. Tinggalkan link entry korang kat ruangan comment entry ni.

All done *phew*

Itu sahaja mudah kan? mudah kan? 

Okey sekarang siapa yang bakal kene tag dengan si Fay ni? jeng jeng jeng. *drumrolls* Saya yakin abang Aznil *eh tetiba* saya tag Wzulhilmi. Bukannya apa tadi aku masuk blog kau aku tengok kau tengah dalam mood nak berkontest kan? nah ambik kau. hehehehehehe!  Maaf tag dia sorang je. Yang lain-lain tu tunggu je lah. Hahahaha! 

Oh ye sebelum terlupa yang ni SENARAI HADIAH. 

Fuhh macam-macam hadiahnya. Lepastu boleh pilih pulak tu. Okey saya nak Fridge magnet atau dompet duit dari Beijing tu boleh tak? *kelip-kelip mata* Sebab coursemate buat trip pergi Beijing tapi tak dapat nak join atas sebab-sebab teknikal. So kalau dapat ni boleh berlagak "hey aku tak pergi Beijing pon dapat hadiah dari Beijing tau!" Amboi dari mula lagi niat tak betul la si Fay ni. Tsk tsk. Eh takde la memang beg duit tu cantik sebenarnya. :D

So apa lagi join la. Mana yang saya tak tag tu join je la kalau berminat tapi lepastu korang tag la kawan-kawan lain. *sesukahati buat peraturan sendiri*. Err boleh ke? -_-"

Tarikh tutup: 11.59PM pada 19/12/2010. 

Pengembaraan ke rumah hantu

Oh ye hari ni si adik pergi keluar tengok wayang dengan BFF dia. Katanya pergi tengok cerita "Hantu Kak Limah Balik Rumah". Amboi adik-adik zaman sekarang ni umur 16 pon dah pandai jejak panggung wayang. Eh ialah zaman dah berubah, dunia dah maju apa yang nak heran? Saya macam biasalah dok rumah menternak lemak hari-hari. Bukannya takde geng nak keluar tapi massalahnya poket nye pulak tak bagi kerjasama. Tsk tsk. Pakcik sponsor bila nak bagi duit ni? Sekarang ni dah la tengah Year End Sale sana sini. -.-


Balik pada cerita wayang tadi. Adik kata cerita tu kelakar. Boleh imejin dah mesti dia ketawa terbahak-bahak mengilai mengalahkan hantu dalam wayang tadi. -_- *nasib kau tak baca blog along ni. hahahaha!* Haritu masa tengok cerita Ngangkung dia boleh bantai gelak bagai nak gila sorang-sorang padahal orang lain takde la gelak sangat. (Ke sebab tak ramai orang dalam panggung tu?)  Ape yang lawaknye pun tak taulah. Kawan yang dok sebelah boleh siap tertidur lagi kot. =.= Tapi masa scene yang ada hantu tiba-tiba keluar tu rasa macam nak tercabut jantung jugak lah. Nasib baik tengok ramai-ramai, kene la kontrol macho sikit. Kalau tengok sorang-sorang mau terjerit gamaknye. 


Ada sape-sape pernah masuk hounted house tak? Bahasa Melayu nya rumah hantu lah. Yang selalu ada masa funfair, kalau tak pun masa Hari Kokurikulum. Rumah hantu ni memang femes kot time hari Ko-ko sekolah dulu. Memang konfem dapat kutipan tertinggi punya. Masa kecik-kecik dulu ada satu  auta yang kawan cakap. Dia kata semua hantu dalam rumah hantu tu hantu betul. hantu betul okey. Yang jenis stok makan budak punya. Demmit memang saiko betul punya budak. Dah la boleh percaya pulak tu. Jahil betul pemikiran.




Tak ingat la bila, rasa dalam form 4 kot, ada kawan ajak masuk rumah hantu masa hari ko-ko. Teruja habis sebab setiap tahun terlepas je nak pergi. Teruja-teruja jugak dalam hati dah kecut sebenarnya. Duhh. Padahal waktu siang je pun, yang jadi hantu tu pun dah sah-sah la kawan satu sekolah kot. -_-" 


Nampak macam seram je sebab ada satu group ni baru masuk je dah terjerit terpekik siap terlanggar pinggu macam nak roboh je. Sheeshh. Dah la tu lama pulak diorang kat dalam tu dengan dok terjerit-jerit bagai. jantung memang dah dup dap dup dap. Muka pucat kalau toreh pun memang takde darah la.


Sampai turn, masuk-masuk je dah ada "hantu" tunggu tepi pintu. Tapi nasib baik la kawan ni berani dia boleh hi hi bye bye lagi dengan hantu tu. Dalam tu memang gelap tak nampak apa-apa. standard la dah kata rumah hantu kan? Apa barang rumah hantu terang benderang? Lepastu entah dari mana entah ada la seorang hantu ni datang, si kawan ni terperanjat sampai tertendang si hantu ni. Dia dah la ada taekwando tali pinggang tak tau kaler ape memang nasib kau la. Sape suruh takutkan orang harharhar.


Tapi lepastu memang senyap. Takde barang seorang hantu pun keluar. Kitorang keluar tu pun lepas ada orang tunjukkan jalan (sebab rumah hantu tu dah dibah jadi rumah sesat jugak). Sampai dia pun pelik kenapa kitorang tak menjerit sangat tak macam budak-budak lain. =.=

*sangat takde motif. lantak la.*

Sudah jatuh, tak ditimpa tangga tu nasib baik

Semalam tengok cerita Starstruck dekat tv3. OUTDATED gila. Cerita tu dah lama keluar kau baru nak tengok? Nak buat macam mana. Semenjak ayah dah buang channel Disney kat Astro lepastu diganti dengan channel lebih berilmiah seperti National Geographic mana nya lagi nak tengok cerita-cerita macam tu? -_- Dengan harapan bila dah tukar channel ni anaknya akan lebih berilmiah la menonton rancangan-rancangan berunsur keilmuan TAPI kalau dah channel macam ANIMAX, AXN, KBSW tu wujud rancangan berunsur keilmuan apa yang ditengoknya? 

Tengok lama-lama boleh tachycardia

Motif bukan nak cerita pasal tu sebenarnya. Selalunya time-time cuti ni, saya jarang gila guna handset. Kadang-kadang handset sendiri pun tak tau campak kat mana. Bila dah hilang mula la menggelabah cari. Jumpanya nanti dekat celah almari la, bawah katil la, bawah bantal la, dalam toilet je tak pernah ada lagi. Lagipun apa motif bawak handset dalam toilet? Kalau jatuh dlm jamban tu tak ke naya je? -_- Nasib kau la handset. Yelah handset pun model 80-an je. Lagipun apa gunanya handset bila facebook dah ada? Nak ajak pergi makan pun pakai facebook apekes?

Minggu lepas masa tengah godek-godek fb terperasan semua status kawan-kawan kata result keluar 10hb. Ingatkan keluar 13hb sebab check pekeliling sebelum balik kata keluar 13hb. Tapi biasalah kan UKM, "Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan" suka-suka hati dia je lah nak keluarkan result bila. -_- Cuak weh cuak.

Dalam pada kata cuak tu, sempat lagi la melayan movie Starstruck semalam. Bahagia jer tengok Christopher Wilde a.k.a Sterling Knight. Heh ade aku kesah? Tu lah orang tua-tua kata jangan berseronok sangat. Tup tup malam tadi masa bukak fb, semua dah kecoh kata dah boleh cek result tapi pakai sms. Apa ni? Baru 9hb kot -_-. Bila semua orang dah cek, tangan pun gatal la nak cek sama.

Masa nak cek result tu tremor, tachycardia, dyspnoea jangan cakap la. (Hambek kau time-time gini kau ingat pulak term-term saintifik tu, time exam apesal tak ingat haa? -_-") Alhamdulillah. Thats the only thing i can say when i see each grade thats make my total CGPA. Agak jatuh sikit daripada semester lepas, but everything turn out well. Tak sampai target pun. Maybe target tinggi sangat kot. Bak kata pujangga, kalau nak letak target biar tinggi syiling rumah, jangan tinggi melangit nanti susah nak mencapai. Amboi kau pujangga pulak sekarang. Sejak bila ni? Nampaknya sem depan kena pulun habis ni. Ada 3 sem lagi je ni. Dapat ke nak grad degan CGPA 3.5? Ok lepas ni nak tengok rancangan tv yang berilmiah. Asyik tengok hiburan je. Padan muka.

source

*****

Semalam jugak handset ni tetiba je berbunyi non-stop. Selalunya ON segan OFF tak mau je. Kebetulan pulak semalam memang tengah tunggu call kawan. Bila dapat call tu memang terus angkat je la tak pulak nak tengok-tengok sape yang dail.

Pemanggil: Hello, boleh cakap dengan kak Farhana (ewah kawan aku ni, suara kepit-kepit pulak. apehal berakak-akak ni. kan sama baya jer. )
Saya: Ni bukan kak Farhana ni kak Siti Nurhaliza. (nama nak glamer je. tak boleh kalah ingat dia sorang je boleh kenakan orang?) p/s: ye kegemaran dia mengenakan orang sambil buat suara kepit-kepit
Pemanggil: Eh ye ke salah orang ye, bukan kak Farhana ye?
Saya: (Ragu-ragu dah....) Siapa ni?
Pemanggil: Saya Farah yang uruskan pasal Program kat kolej tu.
Saya: ....................................... (-_____-)

Junior la wey. malunya mana nak letak muka 3 bulan ni?  Dah la balik-balik je kolej nak kene settlekan pasal program dengan dia. Haruslah curik topeng Mask Rider macam ni.

Kau dah hensem tak pakai topeng pun takpe T_______T

My name is FAY and I'm not a terrorist

Dalam kelas ada 81 orang. 81 ke 82 tak ingat lah. Tapi 80 orang ke atas lah gitu. Ramai kan? Masa awal-awal semester 1 dulu lagi ramai, 100++ orang gitu. Tapi lepas seminggu je sorang-sorang blah. Ada yang tukar course, ada yang pergi obersi. Saya je yang masih stay kat situ. Sebab i love biomedic yaww! Yang ini benar okey. ._.

Kalau dah satu kelas tu 80 orang memang konfem-konfem lah payah nak ingat nama sorang-sorang. Lagi-lagi kalau dah nama tu berbelit-belit payah nak menyebutnya. Satu advantage juga. Sebab bila dah ramai, lecturer tak cam muka lepastu tak ingat nama. Lagi-lagi kalau yang jenis senyap, waktu lecturer mengajar pun tunduk je pura-pura tekun menulis padahal tidur. -_-" Memang jarang kena aim dalam kelas. Yang otai-otai tu nasib korang la.

Bila dah sekelas kalau tak ingat nama masig-masing, ahh nanti orang kata kera sumbang pula. So berbekalkan semangat KALAU KAU BOLEH INGAT NAMA ARTIS KOREA YANG BERBELIT-BELIT SUSAH NAK SEBUT TU TAKKAN LAH KAU TAK MAMPU NAK INGAT NAMA RAKAN SEKELAS SENDIRI. -_-" Heh. Dapat jugak nak ingat nama sorang-sorang.

Tapi ialah kan, dengan orang yang ada ingatan nenek macam saya ni, kadang-kadang boleh tersasul juga. Ada sekali haritu waktu tengah meeting projek, boleh la pulak tersasul tersalah panggil nama orang lain pandang muka orang lain. Dengan muka PENUH KONFIDEN pulak tu. Dah satu group senyap pandang satu sama lain, lepas tu pakat gelak berjemaah. Malu tak malu. Mana nak letak I punya water face ni?

Kadang-kadang pulak jenis saya ni suka-suka hati je nak panggil orang apa. Eh bukan bagi nama gelaran yang bukan-bukan la. Contoh ada kawan nama Amira. Kawan-kawan lain panggil di Am tapi suka-suka hati je saya panggil dia Mira. Eh tapi Mira lagi sweet kan. Hehe.

Haritu waktu program khidmat masyarakat dekat Perak, saya kena syif klinikal dengan coursemate saya ni. Orangnya boleh tahan la hensem, tapi unavailable. Sebenarnya tak sedih pun part tu. Waktu  tu ada borang klinikal yang kitorang kena isi nama orang-orang yang bertugas. Sebab konfius spelling nama dia so pergila tanya dia, "Eh ejaan nama you macam ni ye?". Sekali dia sound "Dah tiga tahun satu kelas pun takkan you tak tahu nama I." Eh eh dia ni. Orang tanya ejaan nama lah, bukannya orang tak tau nama kau. -_-

Masa tu memang tak puas hati. Dah la kene sound depan patient. Jadi sebagai tanda tak puas hati lepas tu saya pergi tanya dia balik. "Habis tu, you tau tak nama I siapa?" Dia diam, diam dan diam. *bunyi cengkerik* -______-

Masa ni la nak sound dia balik, "Heh, you dah tiga tahun satu kelas dengan I pun tak tau ke nama I siapa?"

Agak-agak kalau cakap nama I Selena Gomez mesti dia percaya kan? HAHAHAHA.

Btw, ramai tak percaya kalau saya cakap saya ni femes,

 

Nama je la, orangnya tak. T______T


Sebelum tidur gosok gigi, basuh kaki.

Itulah yang mak ayah kita selalu pesan. Diorang cakap kalau sebelum tidur tak gosok gigi nanti gigi keluar ulat, lepas tu ulat tu nanti pergi makan korang punya gigi sebab tu la nanti gigi berlubang. -_- Kalau tak basuh kaki pulak nanti malam tidur mengigau. TAPI kan, kalau dah penat sangat memang dah takde fikir ape dah. Mata dah nampak katil je dah, takde maknanya la nak gosok gigi, basuh kaki semua. Sudah la tu, tidur mati tak ingat dunia, bangun pun lambat. Tsk tsk. Okey kepada bakal mak mertua berpotensi, boleh tinggalkan blog ni sekarang.

sumber gambar dari sini

Eh? Tapi betul ke orang kata kalau tidur tak basuh kaki nanti mimpi buruk? So far, kalau tidur basuh kaki pun still boleh dapat mimpi buruk jugak. Lagi-lagilah kalau tengok cerita seram sebelum tidur tu. That's why la cerita seram is a no no for me. Kadang-kadang bila bangun pagi je tengok tangan dengan kaki bercalar-balar. Huh WTH? Dari mana datang nya calar-balar tu? Mitos kawan mengatakan waktu tidur tu memang mimpi tu betul-betul berlaku, contoh kalau kau mimpi masuk hutan, memang betul-betul la roh kau masuk hutan. O_O" Itu mitos je, sahih ke tak tak tau la. Bila fikir logik kan, yelah apa kaitan mimpi masuk hutan dengan tangan bercalar-balar? *Padahal tak sedar diri sendiri tidur ganas sampai tercalar-calar kulit sendiri. (_ _")*

Hmm, semenjak dua menjak ni dah lama bebenar rasanya tak mimpi yang bukan-bukan. Ke bangun-bangun je terus lupa? Entahla. Bagusla. Kalau dapat mimpi yang seronok takpe jugak. Kalau dapat mimpi yang tak seronok? Menganggu konsentrasi je tak sudah.

Pernah sekali termimpi yang laptop housemate rosak. rosak pulak bukan jenis yang sikit-sikit. Rosak banyak sekali sampai tak boleh guna. Dalam mimpi macam real je. Sekali mimpi rupanya.  Pulak tu mimpi masa tidur siang. Orang kata mainan syaitan jer. Tak lama lepas tu memang betul laptop housemate tu rosak. Rosak yang gila-gila rosak sampai tak boleh dibaiki. T__T Mimpi macam ni memang la jenis yang menakutkan. Tiba-tiba jadi kenyataan la pulak.

Tadi malam mimpi nenek carikan jodoh pulak. Bukan satu tapi EMPAT! *pengsan* Kalau yang ni jadi kenyataan tak tau la nak cakap macam mana. -_-

p/s: Orang kata mimpi ni biasanya bawak petanda. Contoh kalau mimpi kena patuk dengan ular maknanya dia nak kahwin la tak lama lagi. Heh? Tapi kawan rasanya macam dah dapat mimpi dipatuk ular berkali-kali kot, sampai sekarang single and available lagi gitu. Macam mana pulak kes dia ni? O_O

Hello, hello

This is a quick update. Dah lama dah tak buat tag. Ada je yang bagi, tapi atas kekangan masa (kekangan masa la sangat). Dasar si Fay la kan, kadang-kadang suka-suka hati dia je tinggal blog dia seminggu. Dia pulak pergi berseronok tak ingat dunia. Bila emosi mula la menulis yang emosi bagai. Dah namanya blog kan. Mana lagi tempat nak meluahkan perasaan. -_-"

1st tag from Atheera. Thanks for tagging me. Banyak yang dia tag rasanya tapi tak terbuat-buat. Mianhee. A-Z tag. Just write what came across in my mind. Woahh!

A- Adik saya tengah tengok cerita hantu sekarang. Boleh dengar suara orang jerit-jerit? Saya? Dok dalam bilik la takut nak tengok. =.=
B- Broadband saya dah hampir reach the limit. Thanks to my sis. =.=
C- Cuba bayangkan macam mana nak survive dengan kelajuan internet yng mungkin slow dua, tiga hari ni.
D- Dalam hati sabar je lah.
E- Esok malam nak tengok Sungkyunkwan Scandal dekat KBSW
F- For You It's Separation, To Me It's Waiting. Suka sangat lagu ni. Sebab Jaejoong yang nyanyi. :D.
G- Go staright don't belok-belok. (Eh? Takde kene mengena rasanya)
H- Hari-hari makan, tidur, makan, tidur.
I- Is thinking to buy an external hardisk? Any suggestion?
J- Jaejoong!
K- Kim Jaejoong! (Kau ni sempat jer lah ye Fay?)
L- Lusa ada QTI test. =.=
M- Micky dah start cheesy dalam Sungkyunkwan Scandal tadi. Aigooo~ kelakar je tengok.
N- Nana nama panggilan di dunia nyata. -_-
O- OMG! Dengar suara jerit-jerit dekat tv sekarang ni! Tak nak keluar bilik la!
P- Pening dengan masalah negara. Tak sangka kau ambik kisah pasal politik rupanya.
Q- Que haidar? Nampak letter Q teringat Que haidar
R- Result keluar Jumaat ni. Haruslah dup dap dup dap sekarang.
S-Song Joon Ki. Suka sangat dia dalam Sungkyunkwan Scandal
T- TVXQ.
U- UKM. Dah nak balik UKM dah tak lama lagi.
V- Voldermot??
W- Wah, dah tak dengar suara orang jerit-jerit lagi.
X- Xiah Junsu. Tapi minat jaejoong lagi. Sorry Mr. Dolphin
Y- Yap Yah Yun apa yang kau nak YM tadi? 
Z- Zzzzz.
DONE! Phewww...

*****

Another tag from A.D.A.M. 

1. Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan bagi specific nama makanan tersebut
KFC, McDonald, Pizza Hut 

2. Dua Jenis air yang korang suka
Skyjuice, Orang Juice.

3. Whic type of food yang korang suka. Pilih tiga
Malay, Chinese, Italian.

4. Apakah makanan yang korang paling expert masak? dalam kata lain tak yah tengok resepi tp at the same time bile org lain rasa die akan ckp "wah"! giler sedap
Masak nasi.

5. Semahal mana korang bayar untuk makanan korang ?
Depends.

6. Beri nama restoran favorite dan apa makanan kat si tu paling sedap ?
Entah.

7. Ayam, kambing,lembu,itik,burung puyuh,burung wak2,rusa,landak,merpati,ayam denak. mana satu yang korang suka?? kalau korang ada suka yg lain aku xlist, bagitau je la..
Kucing

8. Restaurant / cafe pertama korang dating bersama pasangan anda? dan mkn/mnuman apa??kalau korang ingat la,,
Takde. -_-

9. Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? kenapa?
Makanan yang pedas-pedas. Sebab jae suka spicy food.

10. Kalau pergi umah orang, korang berharap org tue hidang apa?
Hidang air cukup.

11. Makanan yang korang memang xblh nak telan langsung, samada x sedap/tekak korang kembang.
Tempe

12. Menu hari raya yang paling disukai..
Makanan yang dihidang atas meja lah. 

13. jajan/cekedes favorite ?
Cadburry chocolate

14. Beri 2 makanan yang korang masak yang korang suka
telur mata, telur dadar

15. Makanan paling pedas yang pernah korang rasa.. sapa masak ?
Nasi goreng yang cousin masak

16. Korang kalau jumpa org yg tag ni, apa agaknya korang nak hidang/ belanja?
Dia la belanja sebab suruh orang buat tag ni.

17. Sila tag 5 org n paksa mereka buat tag ini...
-_-"

Oh kepada semua umat islam,

Salam Maal Hijrah!
 
 

Kejutan tengah-tengah malam sama ada buat orang tachycardia ataupun pengsan.

Laptop merupakan harta-benda yang paling berharga dalam hidup saya. So bila dia buat hal secara tiba-tiba kejap tadi memanglah buat tekanan darah naik sampai 180/120.

This is not the first time dia buat hal secara tiba-tiba. If you are the one who following my blog dari awal lagi you all know laptop ni dah masuk wad dua kali berturut-turut. Even though dia selalu sangat menaikkan darah saya, kasih, cinta dan sayang saya terhadapnya tidak pernah pudar. -_-" (sungguh hyperbola)

The first incident occur bila secara tiba-tiba laptop ni mengalami masalah loading yang agak lambat dan segala pergerakannya menjadi slow. When I consult to my friend, dia kata kemungkinan too much stuff I store dalam laptop. Jadi keputusan terburu-buru diambil dengan mendelete secara rambang segala video, movie entah ape jadah lagi yang saya simpan tanpa sempat buat backup dulu. Ingatkan problem tu dah solve, sekali takde apa pun perubahan maka berat hati terpaksalah hantar bagi yang pakar menyelesaikan segala-galanya. Hasilnya laptop kembali sedia kala, cuma perlu format je tapi sebab tindakan terburu-buru maka segala benda entertainment dalam laptop mostly dah hilang including few TVXQ video.

Bila ditanya ape problem nye rupa-rupanya disebabkan virus. -_-" So apa jadahnya kegunaan Kapersky tu sedangkan ia tak dapat pun nak protect laptop saya?

The second incident occur few days after raya holiday, di kala segala assignment menimbun bak Gunung Everest. Di saat-saat getir macam ni lah secara tiba-tibanya skrin pula seperti siran tv yang rosak. Mau tak menggelupur masa tu, because I know harga nak baiki skrin yang rosak bukannya sikit. lepas hantar pada technician, found out not only skrin je jahanam, windows pun turut rosak sekali. *pengsan*

Saat-saat macam ni bila laptop buat hal, dengan task yang banyak, mental dan emosi pun mula la goyah. Mana nak siapkan assignment, mana nak study, mana nak cekau duitnya. Luckily my father did give me some money for repairing my laptop. Lucky juga saya ada kawan-kawan yang sanggup membantu di kala kesusahan. So kurang la sikit bebanan perasaan, walaupun kadang-kadang rasa macam penat sangat sebab semua kerja terpaksa selesaikan segera takut menganggu kerja kawan-kawan lain.

So hari ni sekali lagi dia buat hal dengan secara tiba-tiba dia tak dapat nak detect USB device. ohmygod. petanda apekah ini? last time i check dvd player pun macam dah mula buat perangai tak senonoh. Sekarang ni terngiang-ngiang pula kata kawan, "Bila sekali dia dah rosak, senang la dia nak rosak cepat." -_-. So sekarang ni sape-sape ade penyelesaian cepat-cepatlah tolong bagitau sebelum laptop ni mula buat perangai buat kali  entah ke berapa entah. Haihh


Ohh by the way happy mondays all!

Hujan salji di negara orang, hujan lebat di negara sendiri.

Hmm, sekarang ni beberapa tempat di dunia tengah dihujani salji. Tengok status dengan gambar kawan-kawan kat facebook sumpah jeles. I'm a big fan of snow anyway. Tapi kalau dah banyak-banyak sangat salji pun tak best juga. Kalau dah ribut salji tu boleh sampai membunuh, seronok ke tu? -_-" Lagipun lepas salji turun jalan jadi licin. Eksiden banyak boleh jadi, especially untuk orang cuai macam saya ni. So how?

Oh by the way, its raining season now kan? Dua, tiga hari lepas hujan turun non-stop. Kadang-kadang lebatnya bukan calang-calang, kadang-kadang cuma sepoi-sepoi bahasa indonesia je. Since its cold and wet outside, most of the time memang duduk dalam rumah je la. There is nothing to do, so technically tiada perkembangan dalam hidup melainkan perkembangan berat badan -_-". And no social life jugak. All I have now is social network. Pfft!

I'm a lazy bums anyway. 

Ohh its Sunday today..with lotss of sun. Pfft. Hari ni panasnye bukan main lagi. Bukan setakat cuaca panas, hati pun panas juga. Ish susah lah kau ni kan asyik komplen je kerjanya. Eh bukan macam tu lah. Saya memang tak suka cuaca panas pun sebab bila panas cepat dapat sakit kepala. Migrain kot. Gulp? O_O"

Bila bercakap pasal salji, masa kecik-kecik dulu selalu bayangkan kalau ada salji mesti ada santa, krismas, pokok krismas dengan hadiah. Bila tanya dengan ibu kenapa dekat Malaysia takde salji. Dia jawab sebab Malaysia tak sambut Krismas. Bila dah besar-besar sikit dah belajar Geografi baru tau sebenarnya negara Australia sambut krismas masa musim panas. Pfft. Budak-budak memang senang kena tipu.


Imaginasi saya atau....

Dulu saya sangat suka tengok cerita hantu/seram. Seronok kan? Lagi-lagi kalau tengok sorang-sorang, memang mencabar habis! Dulu saya pernah tengok cerita Ju-on sorang-sorang dekat rumah. Parents keluar,adik pulak sekolah petang masa tu. Tengah-tengah seronok+cemas tengok hantu merangkak keluar, tiba-tiba terdengar ada bunyi orang berjalan kat tingkat atas. Toleh kiri, toleh kanan. Konfem saya sorang  je kat rumah masa tu. OMG! Habis tu, siapa yang berjalan kat atas tadi? (O_O)" Thank god, tak lama lepas tu parents balik.

Sekarang ni macam dah tak berani sangat nak tengok cerita seram. Lagi-lagi lepas masuk universiti ni. Semuanya gara-gara lepas tengok cerita Phobia tu lah. Korang pernah tengok tak? Saya dah tengok dua-dua movie tu. memang seram. Tapi pada saya Phobia yang 1st lagi seram. Seramnya sampai saya tak sanggup lagi nak tengok cerita seram. Lagi-lagi dari Thailand. Memang fobia habis. Nasib baik tengok VCD je bukan tengok dekat wayang. kalau tak buat rugi je, sebab most of the part bukan saya tengok pun. (-.-") Ye la saya ni kedekut sikit bila masuk part duit ni. Kalau boleh everything yang saya spent tu mesti worth. 
Kawan saya boleh bantai lagi gelakkan saya masa tu. Yelah dengan terjerit-jerit suara high-pitchnya sambil sembunyi belakang bantal besar bila hantu keluar. -_-"
Kucing ni pun dah menakutkan.

Bila bercakap pasal cerita hantu ni, saya ada kawan yang suka sangat cerita-cerita pengalaman seram dia dekat hostel. Saya tak pernah duduk hostel dulu, manalah saya tau. Kalau boleh saya tak nak pun bertembung dengan benda-benda ni. Tak best ok, tak best. 

Satu malam dia datang ketuk-ketuk bilik saya dengan kawan saya yang sorang lagi. Ingatkan ada apa. Dah la masa tu nak study sebab nak final. Rupa-rupanya dia nak cerita kisah seram dia. Makin suruh stop, makin menjadi-jadi pulak dia cerita. Jeling-jeling jam dah lepas midnight. Bulu roma dah tegak semacam je dah. Dah la cerita dia tu pasal bilik depan toilet. Lepas tu dia kata dia dengar ada suara panggil-panggil nama dia. Kebetulan bilik saya memang depan toilet. Memang mencarut dalam hati je lah masa tu.

Malam keesokannya, tengah saya dok study sorang-sorang (roomate takde keluar dating), saya rasa seram sejuk semacam. Masa tu mula lah dah fikir bukan-bukan. Teringat pulak cerita kawan saya tu. Tapi saya persetankan je perasaan tu. Tiba-tiba saya dengar ada orang panggil nama saya dari belakang. Saya toleh. Ingatkan kawan saya ke, sebab saya tak kunci pintu masa tu. Toleh-toleh takde orang. Bukak pintu takde orang. Takde fikir panjang, saya terus lari pergi bilik kawan saya tu dengan tinggal bilik tak berkunci, laptop dengan handset bersepah dalam bilik. Nasib baik tak hilang. Sampai bilik dia, dah takde dah mencarut dalam hati, mencarut depan-depan dia terus. Korang cuba la bayangkan perasaan saya macam mana masa tu.

Ini bukan saya. Sekian.

Itu pengalaman saya masa first year dulu. Buat saya tak berani nak pergi toilet tengah-tengah malam sampai seminggu. Lepas tu bila kawan saya tu nak cerita seram dia lagi, saya dah cabut awal-awal.

Beberapa hari lepas, masa saya tengah dok godek-godek blog ni, saya terdengar ada orang ketawa-ketawa. Dalam hati memang dah start mencarut dah. Sape aje yang dok ketawa tengah-tengah malam ni. I was thingking, jiran India depan rumah ni tengah gelak-gelak dok tengok cerita Tamil dia. Tapi bila tengok jam dah pukul 3 pagi. Bila fikir-fikir balik rasa-rasanya jiran India ni kalau ketawa tak la macam yang saya dengar ni. Jarang pulak rasanya tengok diorang stay up sampai pukul 3. Habistu, yang ketawa tadi tu siapa?

T_________T


Haish tekanan, tekanan.

Tak dianafikan saya ni memang seorang yang tak boleh nak handle tekanan. Even sekecil-kecil tekanan pun. Still remember betapa emosinya saya masa nak ambik test haritu? Ye macam tu lah. Itu baru sikit. Tapi mampulah buat saya punya mental dengan emosi goyah. Saya hampir-hampir hilang kawalan. Nasib baik I can still  hold on to reality. Kalau lah selalu sangat macam ni memang boleh cepat hypertension lah gamaknya. Huishh. 

Lagi bertambah teruk, saya ni pulak adalah jenis yang negative thinker. Semua nak fikir negatif, entah mananya nak datang fikiran positif tak tau lah. Belum start apa-apa lagi saya dah fikir semua benda yang worst baru fikir benda-benda yang elok. Of course lah at the end yang worst tu yang kita akan dapat balik kan? Macam mana bila buat satu kerja tu nak menjadi? Lagilah tekanan. Benda-benda negatif ni la yang kadang-kadang bagi lagi banyak tekanan pada saya. Senang cerita saya sendiri yang bagi tekanan pada diri sendiri. Rasa nak tampar diri sendiri pun ada.

Dan bila bercakap pasal tekanan lagi, I am in a very serious tekanan right now. Why? Sebab pergi kelas memandu are just like entering a hell for me. Harharhar. Sangat kelakar bukan? Orang lain pergi kelas memandu enjoy, saya pergi kelas memandu balik je macam nak daftar masuk Hospital Tampoi rasanya. Seriously, cikgu-cikgu dekat situ are driving me crazy, bukannya mengajar saya memandu. Huishh!


I admit, belajar memandu bukan semudah belajar matematik. Balik rumah hafal formula, ingat jalan kerja, masuk exam insyaAllah boleh jawab punya. Dan belajar memandu, bukannya belajar main-main sebab memandu ni melibatkan nyawa. Silap sikit boleh eksiden dan kalau eksiden sikit-sikit tu boleh terima lagi, kalau eksiden yang besar-besar? Huissh! 

Saya boleh terima kalau cikgu tu garang ke ape ke, so that I know if I make a mistake. But what I can't take it, bila setiap kali belajar sudah la tukar-tukar cikgu, and each of them kata macam ini, macam itu. Itu buat saya konfius. Nanti saya drive buat undang-undang sendiri baru tau. Dannn yang paling saya tak terima baru terlanggar tiang dekat parking, punyalah dia membebel sampai dua kali pusing jalan raya sampai saya tak boleh nak fokus. Now I know kalau tengah memandu jangan la ada penumpang yang dok pot pet pot pet sebelah. The driver might lose the focus and bang! You won't know what happen next.

Sekarang ni I'm super duper nervous. Rasa-rasanya level confidence tu dah jatuh bergolek-golek dalam longkang. Cikgu terakhir yang ajar semalam cakap saya mungkin fail untuk test JPJ. Sudahlah saya punya negative thinking dari mula-mula lagi dah kata, "Can I survive the class? What if I'm failed? Oh I'm so gonnna failed!" *tampar diri sendiri*

Nasib baik hari ni takde kelas, so I can sit back at home, relax, tenangkan fikiran, think about the mistake I done, try to overcome it dan ohh, mungkin ayah akan bagi pinjam kereta dia untuk saya test drive sekejap. Of course bukan dekat jalan raya sibuk nak cari nahas ke? I'm extremely tired after 4 days non-stop 2 hours a day punya kelas memandu. They totally drain my energy out. Phewww!

Dan saya tak sabar nak tunggu kelas ni habis, ambik test JPJ dan kalau saya lulus I can prove dekat cikgu-cikgu yang driving me crazy yang saya boleh memandu. Heh! Itu kalau lulus, kalau tak lulus I have to face cikgu-cikgu tu balik semula. Damnnnn!



25 perkara pelik mengenai Fay.

Saya rasa saya ni pelik sikit kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan saya. Bukan setakat kawan-kawan malah dikalangan family juga. Tapi tak mengapa walaupun orang cakap saya ni pelik ke ape ke, saya tak kisah. Jika Aiman tidak kisah apetah lagi saya kan? In fact, kalau orang cakap saya pelik lagi saya suka sebab itu tandanya saya spesel. Takde orang yang ada pe'el sama macam saya. Lebih senang diingati tak gitu? Lagipun sangat TAK COOL okeyyy kalau sepuluh orang kau jumpa semua perangai lebih kurang sama jee.

*Sebenarnya tajuk sebenar ni 25 random things, facts and goal about me tapi dasar si Fay lah kan suka-suka hati dia je lah nak tukar-tukar peraturan. Tehee.

Ok kalau tak mau tau pun takpe. Kalau berminat, boleh baca benda-benda pelik ni.

1. Saya sangat addicted dengan TVXQ, SS501 dan JYJ, especially Kim Jaejoong lah. Semua lagu yang dia nyanyi (read: Kim Jaejoong) saya akan terus jatuh suka. Senang cerita saya memang suka everything pasal dia lah. Tak kira lah kalau orang nak kata saya ni syok sendiri ke ape ke, saya peduli ape. Haha.
2. Saya merupakan peminat tegar TVXQ semenjak 4 tahun lepas. Semua nya lepas saya tertengok gambar Kim jaejoong lah dalam surat khabar, terus jatuh suka walaupun tak pernah lagi dengar lagu-lagu diorang. (ini boleh dikira sebagai cinta pandang pertama lah kan?) 
3. Saya tak comel, tak cantik sangat, tak fotogenik tapi fotogedik dan saya tak pandai bergambar dengan pose-pose comel, apatah lagi yang pose ala-ala macam nak kissing tu. In fact saya rasa sangat awkward kalau tiba-tiba saya bergambar dengan pose macam tu. -_-'' Walaupun tak comel, tak cantik tapi saya sedikit HOT lah.
4. Sangat suka pada warna merah, hitam, pink dan purple. Tapi lebih suka merah lagi sampai semua barang kalau boleh nak warna merah. Tapi takla sampai nak tukar kaler rambut jadi merah.
5. Orang kata penggemar warna merah orangnya berani, tapi terbalik la pulak saya. Saya ni boleh dikategorikan seorang yang penakut. -_-"
6. Gayat pada tempat yang tinggi, sampai tahap longkang yang dalam pun saya tak berani nak lintas walaupun dah besar-besar panjang macam ni. Tapi sekarang duduk dekat apartmen takde ape-ape la pulak.
7. Sangat addicted dengan lagu-lagu berbahsa Korea dan Jepun serta artis-artis dari sana tapi tak bermakna saya tak berminat dengan lagu-lagu tempatan.
8. Walaupun saya suka sanga lagu-lagu Korea tapi saya lebih suka tengok drama  Jepun sebenarnya. Saya agak kurang sikit dengan drama Korea. (tapi kalau Kim Jaejoong yang berlakon konfem-konfem saya suka)
9. Saya anak sulung daripada dua orang adik beradik dan kedua-duanya perempuan. Tapi orang selalu cakap saya nampak lebih adik dan adik saya nampak lebih kakak dari saya. Memang saya semulajadi awet muda kot.
10. Saya tak suka cuaca panas dan tak suka cuaca hujan yang lebat. Kalau hari panas saya cepat dapat sakit kepala, kalau hari hujan saya rasa sangat serabut. Sebab tu kalau hari hujan saya lebih banyak tidur. 
11. Saya seorang yang lembab dan slow. Saya perlukan dua kali ganda masa dari manusia normal lain kalau nak siapkan apa-apapun task.

12. Orang selalu label saya sebagai sombong. Saya tak sombong sebenarnya, cuma saya ni tak peramah dan i'm not easy to make friends. Yang dah lama kenal saya tau betapa sengalnya saya sebenarnya.

13. I can take jokes easily. Provided that the person yang buat jokes tu boleh terima saya punya jokes pulak sebab saya punya lazer ni boleh tahan lah jugak sebenarnya.

14. Saya seorang yang cepat bosan. Tapi sampai sekarang tak bosan-bosan lagi dengan Jaejoong.

15. Saya selalu kata kat member yang Jaejoong tu hensem, berkarisma etc etc tapi takde sorang pun yang kata dia ni hensem. Kesian. Rasa macam takde taste je. Tapi baguslah citarasa berbeza. Takdelah kes berebut pakwe dengan kawan sendiri kan?

16. Saya mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling bila tengah study misalnya suara orang bercakap, orang lalu lalang ke sebab tu saya selalu pasang mp3 sampai volum maksimum ditambah pulak dengan lagu-lagu yang guna banyak instrumen with high vocals supaya saya tak distracted sangat.

17. Saya suka lagu-lagu yang ada penggunaan instrumen macam gitar, violin atau piano dan juga guna vokal yang tinggi. TVXQ, SS501, FT ISLAND dengan CN BLUE ada elemen-elemen ni.

18. Sangat suka shopping. Pantang ada duit lebih je suka pergi shopping. Tak kira lah foods ke, clothes ke, gadgets ke. I'm a part-time money waster.

19. Saya mempunya saiz kaki yang besar. Jadi teramatlah susah untuk saya pergi membeli kasut. Sebab tu saya jarang beli kasut dan kasut-kasut yang ada saya guna sampai betul-betul rosak.
20. Saya alergik pada seafod tapi makan juga.

21. Saya cuma boleh pakai aksesori (rantai, subang etc) yang diperbuat dari emas atau perak sahaja. Selain dari tu saya alergik. Jadi tak boleh nak kata saya ni materialistik.

22. Saya tak suka serangga tapi Entomologi adalah antara subjek kegemaran saya.

23. Dulu saya adalah otaku. Suka menonton anime dan baca manga tapi lepas masuk universiti ni saya dah tak berapa nak minat dah.

24. Sangat sukakan kucing tapi tak de pun bela sekor kat rumah.

25. Saya dah lenguh buat benda alah ni jadi saya stop kat sini lah ye.

Phew! Habis jugak. Sebenarnya banyak lagi perkara pelik mengenai saya ni. Cuma saya tak list kat sini je. Okey sekarang saya nak tag sape untuk buat benda alah ni?

Okey saya nak tag KIM JAEJOONG!

 eh? tidur pulak dia.


Esok saya nak pergi berkhidmat masyarakat. Yeay yeay!

So hari ni memang super duper gila busy mengemas, membungkus segala macam barang yang perlu dibawa untuk berkhidmat masyarakat nanti. Saya pergi selama 5 hari tu, jadi sekarang saya tengah pening memikir barang apa yang perlu dibawa dan tak perlu dibawa. Dan saya rasa macam dah ter-over pack la pulak barang-barang, tapi nak buat macam mana kan balik je dari program ni saya kena balik ke kampung pulak lepastu baru pulang ke rumah sendiri. Alangkah bagusnya kalau ada poket doraemon semua barang saya boleh sumbat dalam tu je kemudian saya berlenggang kankung naik bas. Hahaha.


Jadi sepanjang 5 hari berkhidmat masyarakat nanti saya akan menginap dekat rumah family angkat. Sungguh selama ni saya tak pernah pun ikut program dengan family angkat ni jadi sekarang rasa sangat excited nak jumpa family angkat, abang angkat (eh??) kalau ada dan harap-harap diorang ni sporting. 


Baiklah sekarang nak pergi tidur. Jadi kepada semua yang terlibat ke Program Khidmat Masyarakat Pantai Remis, Perak esok

SELAMAT BERKHIDMAT MASYARAKAT!


Excited lah sangat kan

*sebab ambik subjek HE ni lah saya terpaksa pergi ke program khidmat masyarakat ni, menyambut Hari Raya Haji tanpa FAMILY SENDIRI, mengorbankan cuti selama seminggu, berpenat berlemuih sedangkan kawan-kawan lain di Kluang sedang bersuka-ria. Heh!


Mungkin excited cuma mau jumpa abang angkat je kot.


Ok lah babai. Nak pergi tidur. Belog kena tinggal lagi seminggu.


Masih di aras normal

Amazingly...I'm still survive. Pheww....

Berjaya juga sampai ke paper kedua terakhir hari ni. Setelah melepasi total empat paper terasa beban di dada ni semakin berkurangan. Exam kali ni memang penuh dengan drama, emosi dan air mata. Orang kata dugaan waktu exam memang banyak. Hidup ni mana ada butang delete yang kita boleh guna bila masa-masa je bila datangnya dugaan. Nak tak nak kena lah tempuh dengan sabar. By the way, thats make life interesting right? Sebab satu masa nanti kita akan senyum bila teringat kenangan lama. 

Nak sampai ke paper hari ni seksa betul rasanya. Jarak masa yang lama (8 hari i tell you) bukannya penentu revison yang dilakukan tu sangat berkesan. Bila masa banyak sikit mulalah sikit-sikit update belog, sikit-sikit bukak facebook, sikit-sikit bukak Youtube, sikit-sikit lagi bukak twitter (apalagi stalk jaejoong la).Baca dua ayat je mula mengantuk. Kena paksa diri baru boleh study. Hasilnya memang membaca semata-mata sebab mau exam bukan untuk pengetahuan. Amboi berilmiah betul si Fay sekarang ni.

Nasib baiklah berjaya jugak habiskan walaupun ada dua tiga nota tu baca macam angin lalu je. Paper tadi memang redah dan redha je. Keluar exam hall muka tersenyum, bukan senyum sebab boleh jawab tapi senyum lega dah lepas paper hari ni. Dan tak pasti bila dapat result nanti mampu tersenyum atau tak. -_-

Tapi ialah kan, kita dah buat yang terbaik maka bertawakal je lah. Leave the rest to Allah. InsyAllah dia akan beri yang terbaik. Kalau tak kita cuba lagi. Kalau kita study gila-gila, hafal macam mana sekali pun kalau dah dia kata tak okay tak okay la. (Ni ayat sedapkan hati sebenarnya)

Esok test untuk Integratif Diagnosis Penyakit Berjangkit dan ye, belum start study apa-apa lagi sebab ni test mengejut tak termasuk pun dalam jadual exam haritu. Ialah tu kan, kalau termasuk dalam jadual exam haritu belum tentu lagi saya dah start study. Oh terlupa report field trip DBKL pun tak buat lagi. 

*pengsan*

Sekarang nak tidur dulu nak rehatkan otak. 


Him, with his little Jiji.


This is him, in recording room. Where he work. Where he produce a great songs, which later will become my addiction.





This is Jiji, who always accompany him. This little Jiji is the one he love most, the one he miss a lot when he is away with his works and showcases...



When he is working



When he is resting


Jiji will always be there.


Jaejoong: Jiji, we are belong together. Never betray me!
Jiji: Duhh...like i care...*meow*




Credits: As Tagged
Shared by: DBSKnights

"My cat is too fat, I put him on treadmill to make it loosing weight once and got scratch by him, leaving a scar on my hand" - He said.


Aigooooo~sakit perut aku gelak. kesian kena cakar ye bang. 





meh sini saya taruk ubat mau?

Kebahagiaan dalam kesengsaraan.

Tiba-tiba teringat entri lama yang memang dah lama nak publish, tapi ialah melayu itu mudah lupa kan, maka baru hari ni teringat mau publish. *selain daripada kerosakan laptop yang menjadi penyebab utama.*

Weekend haritu, macam biasa lah kan, saya dengan kengkawan saya pergi bersuka-ria di mencari hiburan di luar. Ialah kan tekanan belajar dari hari Isnin sampai Jumaat. Otak juga memerlukan hiburan. Disebabkan selalu sangat pergi ke Times Square, jadi kitorang decide untuk pergi ke tempat yang jauh sikit dekat Sunway Pyramid. Motifnya sebab dekat sana ada tempat ice skating. Yelah asyik-asyik main bowling lah, tengok wayang lah, shopping lah, sekali-sekala mau jugak buat aktiviti lain. -_-

Tapi sebenarnya saya ragu-ragu jugak nak main ke tak nak ice skating tu. Bukannya apa, tempat ice skating terlalu open sangat, orang yang shopping lalu lalang kat situ mesti akan tengok punya orang main ice skating kat situ. Tambah pulak weekend kan, ofkos la banyak umat manusia  dok main ice-skating jugak. Malu gila okeyy kalau tengah-tengah ber'ice-skating' tu terjatuh ke ape ke, mana saya nak letak saya punya 'water face' ni? Dan sebenarnya *cough cough* saya tak pandai ber'ice-skating' *cough cough*

Tengok kan dah cakap ramai orang. 


Dalam pada fikiran runsing nak pergi main ke tak kan, saya terpandang seorang pekerja ni yang memang gila terer main ice skating. Otak ni pun satu, sepaptutnya memkirkan jawapan kepada persoalan sama ada perlu atau tidak pergi main ice skating, tapi jawapan yang dihasilkan pula adalah 'hensemya mamat ni'. Dang! -_- Ada iras-iras pelakon korea gitu. Iras-iras Shahir AF8 pun ada. Tanpa ragu-ragu lagi terus kata dekat kawan "jom kita main ice skating sekarang!" Memang dasar pantang nampak lelaki hensem kan. Heh tipu je. Itupun sebab kawan-kawan dah ajak banyak kali. Yelah kan, bila lagi nak merasa main ice skating kan. heh heh heh. -_-''

Memang azab jugak lah kan bagi orang yang memang tak pernah main ice-skating pergi meredah main ice-skating dengan kengkawan pun yang rupanya tak pandai ber ice-skating jugak. Jatuh itu memang lumrah. Nak tak nak kena tebalkan jugak lah muka, sebab memikirkan dah lah bayar mahal kena la jugak redah ice-field ni. Tsk. Sekali dalam round ke-3 tu, boleh la pulak dia tutup padang separuh jalan. WTH!!!!??? Dah la tak boleh nak berpaut pada tepi dinding, mau tak mau kena la lalu dekat tengah-tengah padang yang mana  memang failed!*pengsan* Okey kantoi dari round 1st sampai round ke-3 kerjanya asyik berpaut kat tepi dinding je. Tsskkkk. Cuba kau cakap macam mana saya nak ke pintu keluar? Patah balik??!!

Dalam kekalutan tu, tiba-tiba datang lah jejaka iras-iras pelakon korea+Shahir AF8 tu. "Cik tak apa-apa ke?" Dengan suara menggeletar, muka pucat lesi, saya gagahkan juga diri berkata. "Tolong bawa saya ke pintu keluar." "Baiklah cik, mari." Kata jejaka itu sambil menghulurkan tangannya.  Kalau diikutkan boleh je kalau saya nak berpatah balik meredah arus manusia, tapi bila memikirkan si jejaka  yang kacak ini sudah menawarkan bantuannya, maka saya dengan rela menerima sahaja pertolongannya itu. Tanpa berlengah , tangannya saya capai dan lantas dia membawa saya ke pintu keluar. Bagaikan si hero menyelamatkan heroinnya begitulah yang saya rasakan. Macam dalam cerita korea pulak rasanya. Haish haish apa ni, ini bukan drama ini realiti! Dang!

"Terima kasih" Itu sahaja yang mampu saya ucapkan atas pertolongannya. Dah dapat keluar dah cukup baik dah. Semasa hendak berlalu pergi, jejaka itu memanggil "Awak tunggu kejap." Saya berpaling. Eh? "Siapa nama awak? Boleh kita berkenalan?" Awww. Dia nak berkenalan weyhh! Dapat saya rasakan wajah ni memang dah merah sebijik macam tomato dah. Ketika itu masa terasa seperti terhenti seketika, seperti memberi peluang kepada kami merasakan saat indah cinta pandang pertama. Baru saya nak jawab tetiba ada pulak orang panggil dia suruh masuk bertugas semula. Oh ya lupa pulak bahawa dia sebenarnya pekerja di situ. "Emm takpelah. Ambil ni. Ni no fon saya. Saya tunggu mesej dari awak okey." dia senyum sambil mengenyitkan matanya sebelum berlalu pergi menyambung tugasannya...............

















HARHARHAR!

Ha yang ni gambar dia yang saya ambik masa dia beraya dekat rumah saya haritu. Nak bergambar berdua takut kontroversi la pulak. Maklumlah pakwe hensem. Makwe pulak tak berapa nak cantik lepas tu tak reti pulak buat aksi-aksi cute depan kamera. Teehee.


Anyway, lepas kejadian tu memang sumpah taubat saya tak mau lagi pergi main ice skating. 

When fandom and reality collide.

Believe it or not, this Kpop thingy has totally taken its toll on me. Macam yang pernah I cakap dulu, sekarang ni I dah kurang mendengar lagu normal yang orang Melayu dengar dan kalau ada pun I asyik ulang lagu Shahir AF8 Kebahagiaan Dalam Perpisahan tu sebab I minat Shahir dan pernah terserempak dengan orang macam Shahir yang peewit memang hensem. Oh dasar memandang rupa sungguh I ni. Okey kazen I yang bernama Shahir tu jangan nak perasan pulak ye.

Bila dah setiap hari bergelumang dengan Kpop/Jpop ni kan, memang sedikit sebanyak akan mempengaruhi minda jugak. Tengah-tengah menjawab exam, dekat telinga macam terdengar-dengar suara Jaejoong menyanyikan lagu For You which is so NOT GOOD sebab dalam masa-masa krikital ni, I should try to recall back what I have studying tapi akhirnya apa yang I berjaya recall adalah suara Jaejoong. -_-


Dan ini jugak terjadi bila imaginasi yang tiada hadnya berlaku.

Dan membuat orang lain pun turut terjebak sama.



Sumpah rasa geli bila baca balik. HARHARHAR *pengsan*. Normal la bila tengah study banyak benda-benda pelik I cuba. Hahahaha.

p/s: Boleh try buat fake facebook conversation kat sini. http://fakeconvos.com :D