Showing posts with label About life. Show all posts
Showing posts with label About life. Show all posts

Be my prince. Kalau taknak takpe saya cari putera lain.

Woahh sejuk betul hari ni. Hujan dari pagi sampai ke petang. Memang sedap berguling-guling atas katil bermalas-malasan. Tambah-tambah pulak tengah cuti ni. Wahh heaven, heaven! Haish haishh apa nak jadi dengan budak ni. Stop it Fay! Jangan nak malas-malas. Badan dah gemuk, nanti bila balik KL konfem semua terkejut. Wahh ko dah makin chubby yerhh. -_-

Mau update blog malas, mau blogwalking malas, mau komen dekat entri-entri baru malas (rhyme). Once in a while, bloggers akan ada masalah ni. Sindrom writer's goblock. Not infectious, don't worry. :D

Have u guys watch Princess Hour? I think most of u did watch it. Drama ni pernah ditayangkan dekat 8tv dalam tahun 2008, i think. I can't remember. Drama yang buat saya rasa 'bunga-bunga'. :P One thing about Korean Drama, it makes u imagining stuff, hoping your Mr. Right will come and knelt, proposing u to marry him instance. It did affected me somehow and I do get carried away with this so called 'perfect-ending-love-story'. I'm a bit worried, tapi nasib baiklah masih boleh beza realiti dan drama. Haihh.. Last time memang sangat suke tengok drama-drama Korea ni, but since I enter Universiti dah kurang sikit sebab takde tv, takde bajet nak beli DVD, Assaimen yang banyak plus dengan wifi yang lembab and precious BB (BerukBen) yang selalu overlimit. Sheeshh.. Princess Hour sekarang ditayangkan balik dekat Animax, with dual language. Hehe..sangat kelakar drama ni dalam BM. :P

Princess Hour. 
Happy family! Wish mine will be like this in the future! :D

And did u guys watch Benci Bilang Cinta? An Indonesian drama that being aired in Astro Ria now?  Sangat popular sekarang ni. Based on status dekat FB dengan entri-entri dekat blog. Seriously, cerita nye almost exactly like Princess Hour!! Woahh! I'm not a fan of Indo drama, tapi kadang-kadang tergedik jugak nak tengok since adik memang suke tengok cerita ni. One thing yang buat saya tak suka Indo drama ni ialah episod nye yang melampau panjang dan story line nye yang meleret-leret. Bosan nak tengok. (to Indo fans no offence ya!) Well, I hope in the future they will produce a drama with better storyline. :') 

Eh? Agak-agak macam mana kalau Princess Hour di Malaysiakan? Haihh baik tak payah bayangkannn. :P


U-Know Yunho

The guy in the picture has been casted for musical Goong as the male lead,! Yay!! He will play the role  as Prince Shin yang sebelum ni dalam drama dilakonkan oleh Joo Ji Hoon Tapi sedihnya muzikal ni cuma dekat Korea je. Haihh tak dapat lah nak gi tengoknye. Based on U-Know Yunho punya dancing and singing capability no wonder lah dia ni dipilih. I'd actually really love to see him in a musical. Sebelum ni dia pernah berlakon dalam drama Heading To The Ground yang sekarang tengah ditayangkan jugak dekat 8TV. Heading To The ground is his acting debut drama. :) Pernah tengok few episode je, so susah nak buat review. Haihh. Sunao Ni Narenakute pun tak tengok lagi. Haihh. Banyak list drama nak tengok ni.


Surprisingly, he do look like Ju Ji-hoon. :P Coincidence agaknya. Pics taken from here.


Ini Joo Ji-hoon sekarang. Rambut dah botak ye. Dia kena pergi buat Khidmat Negara lepas kes dadah dia. Awat lah hang ni dah hensem, popular, kerjaya baik punya gi amik dadah. Haisshh. Moral dekat sini, toksah-toksah, tak payah, nehi-nehi, don't u ever thing nak AMBIL DADAH *capital letter bling-bling*. Rosakkan masa depan je. -_-


Ehemm...i really want to watch Sunao Ni Narenakute now. Who can lend me a copy? Even nicer send me a copy or the nicest one buy me an original copy. Pretty please.... -_-

Sunao Ni Narenakute a.k.a Hard To Say I Love You


Berlumba-lumba

Macam biasa suri rumah takde tangga macam saya ni akan bukak internet dulu sebelum buat kerja-kerja rumah. Mana tangga? Tertingal dekat Korea lah tak lepas masuk Malaysia sebab tak de passport. Teehee! :D Dan tiba-tiba terbaca ini:

Ini berita semalam. Memang betul-betul mendukung dasar kerajaan. Dasar ape ke benda entah, yang menambahkan bilangan rakyat Malaysia tu. Saya memang fail dalam bab-bab Pengajian Am ni. Tapi eh macam mana boleh lulus masa STPM haritu. :P

Ini trend zaman sekarang agaknya. Saya memang outdated, sudahlah tu nerd dan skema habis pulak. Diorang ni nak menguju tahap kesuburan sebelum kahwin ke? Kalau tak uji sekarang, tiba-tiba lepas kahwin dapat tahu memang mandul. Haa kan dah satu hal nanti berperang dengan suami dengan mentua lagi. Bijak betul anda dah buat perancangan masa depan. Mesti sebab kecik-kecik dulu banyak minum susu Dumex kan? Heh! Saya tak suka susu. Dari kecik minum Sky Juice je. :P

Ke ini rancangan realiti yang mana siapa mengandung dulu dapat hadiah utama? Wahh dahsyat!! Takyah bersusah payah berlatih vokal segala nak menang Akademi Fantasia ye. 

Ke korang buat eksperimen Sains tentang pembiakan? Yelah masa sekolah dulu cuma bab ni je takde amalinya. Wahh korang mamang bijak lah! Bagus betul, mesti kesan susu Dumex. Takpun susu Anmum kan "Beruang kutub tak makan penguin!" Budak dalam iklan tu memang bijak betul. Takpernah tahu pulak beruang kutub tak makan penguin. Tahu tak cicak boleh makan lipas?.

Nak membendung pakai kondom? Nak suruh diorang makin galak bereksperimen ke? Kondom tu ciptaan manusia kot. Not 100% perfect ok!Wujudkan pendidikan seks? Wah lagi lahh suka diorang, siap ade tunjuk ajar lagi ittew!!

"antara cara untuk memusnahkan Umat islam adalah dengan merosakkan kaum hawanya."


Ada akal guna. Jangan samakan dengan akal binatang.

Baiklah suri rumah takde tangga nak memasak sekarang. :D

Suka hati. :)

Result sudah keluar dan hasilnya memuaskan.
Walaupun tak sampai target.

Mau pow ibu dan ayah hadiahkan dia ni.


Please, please, please kamu jangan nakal  pos dia ni. :P

Mau tidur dengan gumbiranya, macam Sleeping beauty. Tiada lagi mimpi ngeri. :)


Awak cantik, awak popular. Kalau tak cantik, faham-faham sendiri lah.

Memang betul. Boleh tengok dekat myspace atau friendster. Kalau letak gambar yang cun sikit memang konfem ramai yang berduyun datang. Cuba letak gambar baru bangun tidur dengan rambut serabai muka macam bangla, tambah pulak dengan air liur basi meleleh, lagi kena maki ada. Melainkan kalau korang memang natural beauty bangun tidur memang dah cantik tak mengapa. :P 

Saya pernah letak gambar profile Hero Jaejoong dulu dekat friendster sebagai tanda meminati dia *dan sedar diri muka comot* dan sekali dapat mesej "Awak hensemlah, awak lelaki ke perempuan?" Omaigod, rasa nak jawab "Saya bisexsual". LOL! Dah terang-terangan jantina female. Mungkin dia tak kenal DBSK dulu. :P

Don't judge a person by his/her look. Tak semestinya dalam internet cantik real life memang cantik. Say hellooo to PHOTOSHOP! Apa je yang photoshop tak boleh buat kan? :D

Memang malang lagi bila diri sudahlah kurang cantik, diperlekehkan lagi ada. Ini pernah berlaku kepada kawan saya, masa tu ada aktiviti di kolej yang mana ia adalah wajib untuk disertai sebab markah dikira untuk final exam. Tak pergi fail. Tamat cerita. Dan melibatkan aktiviti berkumpulan pulak. Yang ini paling melemahkan. :'( Perlu pulak buat sketsa. Kumpulan kawan saya buat sketsa mengenai sebuah kawasan kampung. Maka perlu lah ada yang kena berlakon jadi penduduk kampung ye tak? Masa pemilihan pelakon tu, ada senior ni kata "Eh awak nampak macam kampung, jadi orang kampunglah. " Dan kawan saya yang terguris hatinya berkata, "Yelah aku tak cantik, jadi orang kampung je lah." @#$%^ -_-" Oh terus kensel senior ini nak buat jadi calon husband. Ye senior saya ini memang terkenal sebagai orang yang memilih rupa.

Kawan saya bukannya tidak cantik, dia cantik cuma dia tidaklah bergaya sangat haritu. Apa motif buat aktiviti yang melecehkan mahu bergaya sakan? :O hey semua makhluk tuhan adalah cantik ok!

Ini baru dekat universiti, dekat tempat kerja lagi lah kan?

Kalau dalam drama atau filem yang cantik/hensem akan menjadi pujaan. Hero atau heroin perlu cantik baru rating naik. Yang tak cantik? Ejekan dapat. Eh? Fatimah jongang dengan Halimah Juling heroin dia tak cantik kan? Tapi cuba tengok kesannya pada mentaliti orang kita. Tak pasal-pasal mana-mana yang jongang dan juling makin kene ejek. Cuba tengok realiti tv macam Akademi Fantasia. Yang cantik/hensem memang konfem akan dapat vote lebih. Kan kan? Tapi saya mengaku saya terpikat jugak dengan Shahir tu.

Ye kalau awak cantik,awak popular. Kalau tak cantik, mari tengok Fatimah Juling atau Halimah Jongang.


Random:
1) Peserta Pretty Boys And Girls yang di riview kat sini dah bertukar. Dah ada penyingkiran. Hoo Joon Yeon masih ada tapi Kwon Su Jung dah terkeluar.
2) Saya dah tak update myspace dan friendster. Tak remajalah, orang sekarang pakai FB. Eh FB kan menyokong Yahudi? -_-



Gula-gula mata. :)
Sekali pandang awak macam Kamenashi Kazuya pulak.


Tak faham, tak faham.



LOL! ^^,


*****

Actually, itu adalah gambar Heechul dari SuJu dengan kucing dia Heebum. Gambar-gambar tu di ambil di sini dan di edit oleh saya (guna photoscape je). HAHAHA! I really enjoying doing this stuff. Masa cuti otak paling senang berkarat, so untuk mengelakkan pengaratan berleluasa, mari jadi kreatif supaya otak dapat bekerja secara efisien! Barulah boleh belajar dengan tenang masa semester baru nanti. -_-


You can see, Heechul memang sayang sangaaat dengan kucing dia. Kucing dia pun macam dengar cakap je, tak bergerak-gerak, elok je duduk kat situ. Biasanya individu yang menyukai haiwan adalah individu yang penyayang. :D Heechul sila kahwin dengan saya sekarang boleh. Memang susah nak jumpa dengan orang yang betul-betul sayangkan haiwan sekarang ni. Tak semestinya kucing, je haiwan lain pun boleh. (Tapi kalau sesama manusia pun takde kasih sayang apatah lagi dengan haiwan kan?) -__-"


Once, I see and old guy, throwing his shoes to a cat for no reason.. Memang !@#$%WTF la. OMG, PAKCIK!! KUCING TU PUN BUKANNYA LAH DUDUK KAT MEJA PAKCIK KAT MEJA SEBELAH JE KOT!! Motif dia halau kucing tu?? Tataw, tataw. Kucing tu bukannya panjat meja dia lepas tu curi makanan dia pun. -_- Pakcik tau tak haiwan sentiasa mendoakan manusia yang berbuat baik kepadanya. Lagipun kucing kan binatang kesayangan Rasulullah S.A.W. Ewahh..kalau pasal poligami tau ikut sunnah Rasulullah S.A.W hal-hal lain taknak pulak ikut. -_-" *Eh macam takde kene mengena* Memang tak faham dengan sikap manusia sekarang ni.


Tengok pada kucing Heechul teringat pulak kucing saya yang saya tinggalkan dekat rumah lama 17 tahun yang lepas. Masa tu kena pindah kuarters askar. Ayah pulak cakap tak boleh bela haiwan so terpkasalah tinggalkan dekat jiran. Then, bila pindah kuarters tengok jiran-jiran sebelah siap bela arnab, ayam, itik segala. OMG dah lah bela tapi tak reti jaga. Bersepah-sepah najis haiwan, habis busuk rumah! -_-



Mommy, daddy saya nak bela ni boleh??





Saya janji nanti saya mandikan dia, bawak dia pergi jalan-jalan, bagi dia makan.


Boleh kannn? Please..*puppy eyes*


LOL! ^^





Belum Terlambat

Kehadapan Cikgu-Cikgu Yang Dikasihi,

Dikala cikgu membaca surat ini, saya pasti Hari Guru telah berlalu. Maaf atas kelewatan surat ini. Yelah, saya pos guna Pos Malaysia je. Walaupun mereka kata "Dijamin Sampai Esok" tapi tak bermakna hari ni saya pos esok boleh sampai. Esok tu boleh jadi lusa, minggu depan, bulan depan, tahun depan atau tak dapat-dapat lansung. -_-


Cikgu masih ingat tak, masa Darjah 1 cikgu marah saya sebab saya bising dalam kelas? Padahal saya cuma bercakap dua-tiga patah je. Budak-budak lain asyik potpet potpet cikgu tak marah pun. Oh lupa pulak Ketua Darjah (hahaha! comelnya Ketua Darjah) masa tu memang pilih kasih. Saya tau saya cute sebab tu dia jeles dengan saya. Takpelah redha je. Lepas tu Cikgu panggil saya ke depan. Masa tu saya tocang dua rambut macam Amani dalam Adamaya tu. Saya tau saya nampak comel masa tu. Tapi sampai hati Cikgu cakap saya macam arnab! Sudahlah satu kelas ketawakan saya. Saya malu cikgu. Habis self-esteem saya jatuh. Lepas tu saya taubat taknak cakap dalam kelas lagi sampai tiap-tiap tahun bila ambil kad laporan cikgu mesti letak komen "Terlalu Senyap Dalam Kelas". -___-


Saya tau saya lah anatara budak yang selalu mengantuk dalam kelas. Bukannya saya tak nak tidur awal cikgu, habistu cikgu bagi homework banyak sangat kenapa? Terhegeh-hegeh saya tengah-tengah malam nak  baca komik, tengok tv, siapkan homework, ulangkaji semua. Mana ada saya main FB, friendster, myspace semua. Saya tak kenal lagi semua tu dulu. Cuma sekarang je saya selalu tidur lambat sebab nak bukak FB lepastu update blog. Tapi kan cikgu ramai lagi yang mengantuk siap tidur lagi. Mata saya ni sepet cikgu. Kalau saya tak mengantuk pun orang ingat saya mengantuk sebenarnya. 

 

Cikgu selalu cakap, masa sekolah memang susah study, bila dah masuk U nanti tak susah dah. Tapi cikgu tipu! Bila dah dekat U ni makin susah lah pulak dengan assignment, projek, lab report, presentation banyak gila sampai takde masa nak bukak buku. -_____-" Tapi sempat berFacebook. Masa sekolah sudahlah skema, masuk U bertambah-tambahlah pulak. Takpelah Skema Itu Hot kan. Saya pasrah cikgu, saya pasrah.



Saya tau cikgu, saya ni bukanlah pelajar kesayangan cikgu. Saya tak popular, tak pandai main sport, takde bakat, dan tak pandai membodek jugak. Sekarang ni cikgu, bila saya try bodek-bodek pensyarah ramai kawan-kawan saya mula pandang semcam je. Padahal saya bodek bukan nak dapat markah tinggi dalam exam, sebab nak buat assignment jugak. Lepas tu diorang pulak bodek saya. Haih...=__=


Cikgu, walaupun cikgu dah tak berapa nak ingat saya. Mungkin juga cikgu dah lupa wajah saya (yelah dulu nerd sekarang cun eh terperasan pulak :P) saya masih ingat pada cikgu-cikgu semua ye. (mungkin berkat makan kismis kot. :P) Jadi cikgu, saya nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat cikgu-cikgu yang mengajar saya dahulu, tak kisah lah Cikgu Tuisyen, Cikgu Praktikal, Cikgu hensem eh eh..Cikgu Ganti, Cikgu Besar, Pengetua dan sebagainya. Tak lupa juga buat Pensyarah-Pensyarah Jabatan Sains Bioperubatan UKM terutama kepada pensyarah faveret Prof Madya Dr. Rohi (yang lain pun faveret jugak ye...ihikk.). Teruskan usaha anda untuk mendidik anak bangsa. :D

Sekian, terima Kasih.

Yang Menulis Blog,
Fay

*****


Gambar sekolah tak boleh nak scan cuma ada gambar dinner Jabatan Biomed je. Bolehlah buat tatapan. :D

Aku suka sama dia.


Secara jujurnya saya bukanlah peminat fanatik Adamaya. Ini disebabkan semasa cerita ini disiarkan, saya sedang menyibukkan diri dengan assignment beserta nota-nota yang bertimbun untuk menghadapi peperiksaan final. Sunnguh hiperbola alasan yang diberikan. Ok sebenarnya tiada TV di bilik dan juga kemalasan mahu ke website TV3 maka Adamaya saya tinggalkan. *Encik TV3 memang pandai pilih waktu nak siarkan drama yang menarik* Lagipun saya lebih leka menonton Code Blue dan bermain melayan facebook buku. Tetapi kadangkala saya menggedik juga menonton Adamaya. *Ini disebabkan kekalahan dalam merebut remote control dan juga tertarik dengan watak Adam * :D Berjaya juga menonton beberapa episod setelah pulang ke rumah.

Tidak dinafikan populariti Adamaya memang setanding dengan populariti drama Nur Kasih.  Mana tidaknya , hampir kesemua rakan-rakan menulis status mengenai Adamaya di Facebook dan wujudnya juga kuiz mengenai Adamaya (seperti semasa berlangsungnya drama Nur Kasih). Secara jujurnya saya juga bukan peminat fanatik Nur Kasih. Oh something wrong di sini? Haha anda boleh merujuk alasan di atas. =P 

Walaubagaimanapun cerita ini telah ditamatkan dengan jayanya selepas berlangsung selama 23 episod dan saya yakin ramai yang mengeluh seperti Cik Kema kerana cerita ini telah berakhir. Mungkinkah ada yang menangis? :D Saya amat tertarik dengan satu post yang ditulis oleh seorang penulis blog. Boleh baca di sini.

Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai cerita ini, dan kalau anda hendak tahu dengan lebih lanjut boleh google sendiri. ;P Apa yang saya hendak tekankan di sini adalah cintailah pasangan anda berlandaskan kepada Allah. Terimalah dia seadanya, bahagiakan dirinya sepenuh hati seperti Adam. Jangan jadi seperti Dani yang hanya mengikut nafsu dan akhirnya, rumahtangga sendiri terabai dan akhirnya gila kerana cinta.

Hahaha! Melihat kepada kisah ini, rasanya istilah perkahwinan yang diaturkan keluarga bukanlah sesuatu yang kuno. :D Mungkin alasan "Saya tidak mahu berkahwin dengan insan yang tidak dikenali" boleh ditolak! (seperti yang ditulis oleh penulis blog berkenaan) ;D


Eh, eh tiba-tiba penggunaan "aku" telah diganti dengan "saya" :D Mungkin mood saya baik hari ini. Terima kasih roti bakar *tetibe*