Tesis

Assalamualaikum :)

Masuk semester ni rasanya dah asyik berdebar je bila memikirkan hal tesis ni. Kalau diikutkan dari sepanjang cuti haritu lagi dah berdebar sebenarnya. Dupdap dupdap. Makan tak lalu, tidur tak lena memikirkannya . Eh? Kenapakah simptomnya seperti pertama kali bercinta sahaja? Mana tidaknya bila bukak-bukak fb je hampir semu coursemate bercerita pasal tesis masing-masing. Ada yang dah dapat tajuk, ada yang dah nak siap proposal, ada yang start dah masuk lab lagi  ini yang menambahkan lagi debaran di dada. Eceh. Cuma saya dan budak-budak group biostatistik je yang belum dapat tajuk final lagi.

Tesis saya adalah mengenai pesticide. Tajuk yang saya suka. Dan mungkin saya kena banyak pergi fieldwork. Bukan mungkin memang kena pergi pun sebenarnya. Satu ni saje yang saya suka pasal tesis saya ni tak banyak kena masuk lab. kalau orang lain kena bergelut dengan mencit, ekstrak tumbuhan, bakteria parasit segala bagai saya pulak mungkin kena bergelut dengan data yang kemain boleh tahan banyaknya.

Buat masa ni apa pun belum mula lagi. Cuma cari sikit-sikit jurnal yang mungkin berkaitan. Harap-harap la next week boleh dapat tajuk. Sebab lagi dua minggu nak kena present proposal dah ni. ye lagi DUA MINGGU. T____T Masa memang sangat-sangat genting sekarang ni. Ya Allah semoga proposal dan tesisku sempat siap. Amin.

p/s: Tapi dalam saat-saat genting ni dia masih lagi aktif bersosial di lman-laman sosial. Ish ish. bila nak berubah n. -____-"

2 comments:

ayumiyoshida said...

wah, gud luck ye anda!


fighting!!

WZulhilmi said...

klu aktif dilaman sosial tp keje gerak takpe. =)

eh! gud luck!