Berlumba-lumba

Macam biasa suri rumah takde tangga macam saya ni akan bukak internet dulu sebelum buat kerja-kerja rumah. Mana tangga? Tertingal dekat Korea lah tak lepas masuk Malaysia sebab tak de passport. Teehee! :D Dan tiba-tiba terbaca ini:

Ini berita semalam. Memang betul-betul mendukung dasar kerajaan. Dasar ape ke benda entah, yang menambahkan bilangan rakyat Malaysia tu. Saya memang fail dalam bab-bab Pengajian Am ni. Tapi eh macam mana boleh lulus masa STPM haritu. :P

Ini trend zaman sekarang agaknya. Saya memang outdated, sudahlah tu nerd dan skema habis pulak. Diorang ni nak menguju tahap kesuburan sebelum kahwin ke? Kalau tak uji sekarang, tiba-tiba lepas kahwin dapat tahu memang mandul. Haa kan dah satu hal nanti berperang dengan suami dengan mentua lagi. Bijak betul anda dah buat perancangan masa depan. Mesti sebab kecik-kecik dulu banyak minum susu Dumex kan? Heh! Saya tak suka susu. Dari kecik minum Sky Juice je. :P

Ke ini rancangan realiti yang mana siapa mengandung dulu dapat hadiah utama? Wahh dahsyat!! Takyah bersusah payah berlatih vokal segala nak menang Akademi Fantasia ye. 

Ke korang buat eksperimen Sains tentang pembiakan? Yelah masa sekolah dulu cuma bab ni je takde amalinya. Wahh korang mamang bijak lah! Bagus betul, mesti kesan susu Dumex. Takpun susu Anmum kan "Beruang kutub tak makan penguin!" Budak dalam iklan tu memang bijak betul. Takpernah tahu pulak beruang kutub tak makan penguin. Tahu tak cicak boleh makan lipas?.

Nak membendung pakai kondom? Nak suruh diorang makin galak bereksperimen ke? Kondom tu ciptaan manusia kot. Not 100% perfect ok!Wujudkan pendidikan seks? Wah lagi lahh suka diorang, siap ade tunjuk ajar lagi ittew!!

"antara cara untuk memusnahkan Umat islam adalah dengan merosakkan kaum hawanya."


Ada akal guna. Jangan samakan dengan akal binatang.

Baiklah suri rumah takde tangga nak memasak sekarang. :D

7 comments:

princeduyong said...

ermm..bagus bagus pendapat ni..amalkan..

APAN said...

nice post sis...
nak tunjuk mesia boleh la tu....

Fay Nana (Cik Fana) said...

princeduyong: oh baiklah. thx!

apan: ni malaysia boleh blah. :P

Michiko Pieces said...

like this post :)

Fay Nana (Cik Fana) said...

azah: thx! :)

Michiko Pieces said...

subjek pengetahuan am tu subjek yg camne ek??

Fay Nana (Cik Fana) said...

Pengajian Am. belajar pasal Malaysia, dasar-dasar, undang-undang, semua pasal Malaysia lah. Pastu ade belajar buat karangan, graf etc etc.