Memang betul. Boleh tengok dekat myspace atau friendster. Kalau letak gambar yang cun sikit memang konfem ramai yang berduyun datang. Cuba letak gambar baru bangun tidur dengan rambut serabai muka macam bangla, tambah pulak dengan air liur basi meleleh, lagi kena maki ada. Melainkan kalau korang memang natural beauty bangun tidur memang dah cantik tak mengapa. :P
Saya pernah letak gambar profile Hero Jaejoong dulu dekat friendster sebagai tanda meminati dia *dan sedar diri muka comot* dan sekali dapat mesej "Awak hensemlah, awak lelaki ke perempuan?" Omaigod, rasa nak jawab "Saya bisexsual". LOL! Dah terang-terangan jantina female. Mungkin dia tak kenal DBSK dulu. :P
Don't judge a person by his/her look. Tak semestinya dalam internet cantik real life memang cantik. Say hellooo to PHOTOSHOP! Apa je yang photoshop tak boleh buat kan? :D
Memang malang lagi bila diri sudahlah kurang cantik, diperlekehkan lagi ada. Ini pernah berlaku kepada kawan saya, masa tu ada aktiviti di kolej yang mana ia adalah wajib untuk disertai sebab markah dikira untuk final exam. Tak pergi fail. Tamat cerita. Dan melibatkan aktiviti berkumpulan pulak. Yang ini paling melemahkan. :'( Perlu pulak buat sketsa. Kumpulan kawan saya buat sketsa mengenai sebuah kawasan kampung. Maka perlu lah ada yang kena berlakon jadi penduduk kampung ye tak? Masa pemilihan pelakon tu, ada senior ni kata "Eh awak nampak macam kampung, jadi orang kampunglah. " Dan kawan saya yang terguris hatinya berkata, "Yelah aku tak cantik, jadi orang kampung je lah." @#$%^ -_-" Oh terus kensel senior ini nak buat jadi calon husband. Ye senior saya ini memang terkenal sebagai orang yang memilih rupa.
Kawan saya bukannya tidak cantik, dia cantik cuma dia tidaklah bergaya sangat haritu. Apa motif buat aktiviti yang melecehkan mahu bergaya sakan? :O hey semua makhluk tuhan adalah cantik ok!
Ini baru dekat universiti, dekat tempat kerja lagi lah kan?
Kalau dalam drama atau filem yang cantik/hensem akan menjadi pujaan. Hero atau heroin perlu cantik baru rating naik. Yang tak cantik? Ejekan dapat. Eh? Fatimah jongang dengan Halimah Juling heroin dia tak cantik kan? Tapi cuba tengok kesannya pada mentaliti orang kita. Tak pasal-pasal mana-mana yang jongang dan juling makin kene ejek. Cuba tengok realiti tv macam Akademi Fantasia. Yang cantik/hensem memang konfem akan dapat vote lebih. Kan kan? Tapi saya mengaku saya terpikat jugak dengan Shahir tu.
Ye kalau awak cantik,awak popular. Kalau tak cantik, mari tengok Fatimah Juling atau Halimah Jongang.
Random:
1) Peserta Pretty Boys And Girls yang di riview kat sini dah bertukar. Dah ada penyingkiran. Hoo Joon Yeon masih ada tapi Kwon Su Jung dah terkeluar.
2) Saya dah tak update myspace dan friendster. Tak remajalah, orang sekarang pakai FB. Eh FB kan menyokong Yahudi? -_-
Gula-gula mata. :)
Sekali pandang awak macam Kamenashi Kazuya pulak.
11 comments:
ya. btul tu.
hu, manusia :)
aku dulu penah gak terpedaya sebab tkkenal artis..masa tu skolah lagi la..sorg budak pompuan tunjuk gambar dia..aku tgk boleh tahan lawalah.pastu dah lama2 baru aku sedar yg gmbr tu adalah gmbr dian sostrowordoyo
oh sangattt lah setuju dengan entri ini. Bdw, kalau membawa wajah cantik tp perangai tak semenggah tak guna jugak kan. Lambat laun org akan meluat.huhuhu..
p/s:gambar paling last tu, amber f(x) kah? *gosok2 mata*
memang orang masih pentingkan pandangan pertama....
balqis: kene insaf ni. diri sendiri pun terkadang mcm tu jugak. :)
fndrocka: haha! kenapa x mintak autograf die? :P
nadia ady: bukan amber(fx) die ho joon yeon. :)
Hazman: first impression tu penting. tapi 2nd impression pun penting jugak. :)
agak betul la 1st impression tu penting...
huh~mmg salu jd cmtuh..y cntik akn popular..y xbape nk cntik neh kurg lh...ape y pnting..hati mau baek..suci n murni,owg akn sng hti ble bkwn ngn kte..lgpon..y cntik2 tuh kdg2 pakaian jer y watkan dowg nmpk cun n ensem...
fana~..kt tpt kte kn ade lh minah neh.. xd lh cntik pn, pragai pn kureng tp die perasan dri nye cntik...cne tuh...myampah giler
haha.. normal la 2.. yg cantik menjadi pujaan hati..heh
yg cantik luaran tu.tak kn kekal.=0
babe... cantik tuh subjektif ar.. don't worry kalo kita yg smpurna neh xcantik, xper.. ade yg xsmpurna (after opr8) cz nk cntik... lg dahsat kan? say thanks to Allah, at least we are almost perfect..
Post a Comment